Sabtu, 30 Jun 2012

Khilafah Manifesto : Penyelesaian Praktikal Islam untuk Dilaksanakan Serta-Merta

khilafah
ARRAYAH.INFO, Britian, 30 Jun 2012 - Pada hari Sabtu, bertarikh 30 Jun 2012, delegasi dari seluruh United Kingdom, Belanda, Denmark, dan Belgium telah menghadiri persidangan yang bertajuk ‘Arab Uprisings : Khilafah – A Manifesto for change’ dianjurkan Hizbut Tahrir Britian.

Pada persidangan itu, Hizbut Tahrir telah melancarkan satu dokumen yang terperinci [The Islamic Khilafah: A Manifesto for Change] menunjukkan penyelesaian Islam yang praktikal untuk dilaksanakan serta-merta dalam dunia Islam.

Selepas kebangkitan Arab, umat sedang menuntut satu perubahan yang jelas dan mendalam untuk memperbaiki keadaan mereka.

Perdebatan kini tentang sistem yang boleh menangani banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat, pengangguran, kemiskinan, campur tangan kuasa Barat, dan kekurangan penjagaan kesihatan.

Walaupun pilihan hanya dibentangkan di hadapan mereka adalah penyelesaian dari model ekonomi dan politik Barat, kadang-kadang yang berselindung dengan istilah Islam nosional.

Dalam persidangan tersebut, Hizbut Tahrir telah menunjukkan bagaimana hanya penyelesaian politik Islam boleh membuka kunci potensi dalam dunia Islam dengan menawarkan penyelesaian yang praktikal yang tulen untuk mewujudkan Timur Tengah yang bebas dan makmur yang bebas dari pergantungan politik dan ekonomi di Barat.

Penceramah Dr Imran Waheed, Dr Abdul Wahid, Taji Mustafa, Chadi Freigeh, Ustaz Kamal Abu Zahra - ahli Hizbut Tahrir - menggariskan bagaimana penyelesaian ekonomi, sosial dan politik dengan sistem Khilafah adalah satu-satunya bermakna untuk perubahan sebenar dan asas masa hadapan yang lebih baik bagi umat di dalam dunia Islam.

Penceramah menggariskan pemikiran baru ekonomi untuk dunia Islam termasuk dasar Islam yang membolehkan penggunaan berbilion-bilion yang dirompak daripada penggunaan awam, minyak yang luas dan kekayaan mineral untuk rakyat, pemansuhan cukai tidak langsung dan cukai kekayaan daripada pendapatan yang dengan itu meninggalkan orang yang mempunyai kuasa berbelanja yang lebih dan membantu merangsang ekonomi.

Akhirnya, mereka menggesa umat Islam di seluruh dunia untuk menyokong kerja untuk penubuhan semula Khilafah di dunia Islam sebagai perubahan sebenar yang diperlukan ekoran kebangkitan mulia umat Islam. [hizb.org.uk/abuidris/arrayah.info]

Sumber : http://www.hizb.org.uk/dawah/hizb-ut-tahrir-offers-islamic-manifesto-for-implementation

Lihat berita bergambar



Rabu, 27 Jun 2012

Muktamar Khilafah di Sudan, Afrika - Usaha Menegakkan Sebuah Negara Islam Global

muktamar
ARRAYAH.INFO, Sudan, 27 Jun 2012 - Pada hari Sabtu, bertarikh 16 Jun 2012 di Sudan, Afrika. Hizbut Tahrir sebuah Parti Politik Islam Global bersama umat Islam di sana telah berjaya melaksanakan Muktamar Khilafah sebagai satu usaha untuk menyedarkan umat tentang kewajipan menegakkan Khilafah.

Umat ​​Islam di Afrika mempunyai harapan besar, terutama mereka yang berada di Sudan setelah Muktamar Khilafah, satu usaha untuk menegakkan sebuah Negara Islam Global telah berjaya dilaksanakan.

Situasi di Tanah Melayu, bagaimana pula keadaannya? Mengapakah majoriti orang Islam di Tanah Melayu tidak seperti orang Sudan, berusaha mengembalikan Khilafah? Adakah majoriti orang Islam di Tanah Melayu tidak mengenali, apa sebenarnya Khilafah? Atau mungkin mereka tidak mengenali kehidupan Islam yang harus diterapkan pada di setiap saat dan setiap waktu oleh penerapnya iaitu Khilafah?

Bagi yang tidak tahu, Khilafah adalah Negara Islam Global yang akan menggunakan kekuasaannya untuk menerapkan syariat Islam di setiap saat dan setiap waktu di seluruh pelusuk bumi.

Mungkin ada orang yang menganggap mustahil kemungkinan berdirinya Khilafah. Namun fakta dengan mata kasar, anda sudah lihat umat Islam sedang menuntut Khilafah.

Di belakang umat Islam yang sedang menuntut Khilafah ini ada Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir pun sama, iaitu gerakan global yang berusaha mendirikan Khilafah dari mula awal penubuhannya hingga kini tidak pernah berubah-ubah.

Muktamar Khilafah yang berlangsung di seluruh dunia merupakan ketakutan yang menimpa penguasa zalim setiap tahun. Buktinya mereka berusaha dengan seluruh kekuatan mereka, dan para penguasa dan pemimpin munafik yang menjadi bonekanya untuk mencegah dan menekan agar muktamar tersebut tidak terjadi, dan melarang media untuk meliput ketika muktamar tersebut tetap diadakan.

Namun pertanyaannya adalah jika mereka begitu gemetar ketakutan dengan kegiatan ini, maka bagaimana reaksi mereka ketika menerima khabar bahawa berdirinya Khilafah tidak lama lagi? Bersedialah kalian.....terutamanya Pemimpin-Pemimpin Kafir, Fasik,  Zalim dan Munafik!
[abuidris/arrayah.info]

Sumber gambar : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.312365512186995.69679.100002406451416&type=3

Selasa, 26 Jun 2012

Muktamar Khilafah di Belanda, Eropah - Usaha Menegakkan Sebuah Negara Islam Global

muktamar
ARRAYAH.INFO, Belanda, 26 Jun 2012 - Umat ​​Islam di Eropah mempunyai harapan besar, terutama mereka yang berada di Belanda setelah Muktamar Khilafah, satu usaha untuk menegakkan sebuah Negara Islam Global telah berjaya dilaksanakan.

Pada hari Ahad, bertarikh 17 Jun 2012, di bandar Amsterdam. Hizbut Tahrir, Parti Politik Islam bersama minoriti orang Islam di Belanda telah berjaya melaksanakan Muktamar Khilafah sebagai satu usaha untuk menyedarkan umat tentang kewajipan menegakkan Khilafah.

Jumlah umat Islam di Belanda hanyalah 946,000 orang daripada 16,653,734(5.7%) juta orang penduduk berbanding dengan umat Islam di Tanah Melayu lebih besar iaitu 16,581,000 orang daripada 28,728,607(60.4%) juta orang penduduk.

Walaupun orang Islam di Belanda minoriti tapi usaha mereka tidak pernah kenal erti putus asa untuk mengembalikan semula kehidupan Islam secara keseluruhan dengan ditegakkan kembali Negara Islam Global iaitu Khilafah.

kamera
Situasi di Tanah Melayu, bagaimana pula keadaannya? Mengapakah majoriti orang Islam di Tanah Melayu tidak seperti orang Belanda, berusaha mengembalikan Khilafah? Adakah majoriti orang Islam di Tanah Melayu tidak mengenali, apa sebenarnya Khilafah? Atau mungkin mereka tidak mengenali kehidupan Islam yang harus diterapkan pada di setiap saat dan setiap waktu oleh penerapnya iaitu Khilafah?

Bagi yang tidak tahu, Khilafah adalah Negara Islam Global yang akan menggunakan kekuasaannya untuk menerapkan syariat Islam di setiap saat dan setiap waktu di seluruh pelusuk bumi.

Mungkin ada orang yang menganggap mustahil kemungkinan berdirinya Khilafah. Namun fakta dengan mata kasar, anda sudah lihat umat Islam sedang menuntut Khilafah.

Di belakang umat Islam yang sedang menuntut Khilafah ini ada Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir pun sama, iaitu gerakan global yang berusaha mendirikan Khilafah dari mula awal penubuhannya hingga kini tidak pernah berubah-ubah.

Sesungguhnya ketakutan terhadap Khilafah dan muktamar ini adalah ketakutan yang nyata. Hal ini ditegaskan oleh pernyataan para pemimpin politik, pemimpin munafik, dan ketua negara, seperti Cameron, Sarkozy, Putin dan lain-lainnya tentang ketakutan terhadap Khilafah dan kemungkinan hilangnya kawalan atas revolusi Arab, serta terjadinya bencana bagi mereka.

penonton
Sementara Muktamar Khilafah yang berlangsung di seluruh dunia merupakan ketakutan yang menimpa mereka setiap tahun. Buktinya mereka berusaha dengan seluruh kekuatan mereka, dan para penguasa dan pemimpin munafik yang menjadi bonekanya untuk mencegah dan menekan agar muktamar tersebut tidak terjadi, dan melarang media untuk meliput ketika muktamar tersebut tetap diadakan.

Namun pertanyaannya adalah jika Barat begitu gemetar ketakutan dengan kegiatan ini, maka bagaimana reaksi mereka ketika menerima khabar bahawa berdirinya Khilafah Islam sudah tidak lama lagi? Bersedialah kalian.....terutamanya Pemimpin-Pemimpin Zalim dan Munafik!
[abuidris/arrayah.info]

Sumber gambar : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.312a356345521245.69678.100002406451416&type=3

Isnin, 25 Jun 2012

Muktamar Khilafah di Tunisia, Usaha Menegakkan Sebuah Negara Islam Global

khilafah
ARRAYAH.INFO, Tunisia, 25 Jun 2012 - Liputan Muktamar Khalifah di Tunisia yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir Tunisia pada hari Ahad, bertarikh 24 Jun 2012 yang lepas.

Pemisahan agama dari kehidupan adalah satu jenayah terhadap umat Islam yang dinyatakan Ridha Belhaj, Jurubicara Rasmi Hizbut Tahrir.

Ridha Belha menyeru untuk mengguna pakai syariah dan mengembalikan semula Khilafah sebuah Negara Islam Global.

Dengan kehadiran tidak kurang daripada 500 umat dan wakil parti politik, Abdel fattah Mourou (peguam dan pengasas bersama daripada parti En nahdha), Mokhtar Jebali (Presiden Barisan Persatuan Islam Tunisia), Mohamed Khouja (Pengerusi Parti Barisan Salafi Pembaharuan), Hassen Selmi (Imam Masjid di Tunis El Manar) dan banyak lagi Imam Salafi.

Beberapa kali, Ridha mengkritik Samir Belhaj Dilou, Menteri Hak Asasi Manusia dan Keadilan Peralihan, tidak membentangkan (dan tidak untuk mempertahankan) prinsip-prinsip Islam kepada Majlis Hak Asasi Manusia di PBB, Geneva pada akhir bulan Mei lalu.

Jurubicara Rasmi Hizbut Tahrir, Ridha juga mengambil peluang untuk menuding jari pada Majlis Perlembagaan Negara yang bertanggungjawab untuk membuat permohonan bukan syariah di Tunisia, manakala yang menunjukkan bahawa agama yang berasingan daripada kehidupan harian adalah satu jenayah.

Ridha Belhaj telah juga menekankan hala tuju Hizbut Tahrir adalah penubuhan sebuah Negara Islam Global. Beliau menambah bahawa dekad akan datang, memang lebih tegas. [abuidris/arrayah.info]

Sumber :
http://www.ht-tunisie.info/info/index.php ,
http://www.kapitalis.com/politik/72-partis/10534-tunisie-le-chef-salafiste-ridha-belhaj-seleve-contre-lla-separation-de-la-religion-de-la-vier.html

Lihat video





Ahad, 24 Jun 2012

Kekuasaan Mursi, Presiden Mesir Terbatas, Dilarang Mengurusi Urusan Ketenteraan

mursi
ARRAYAH.INFO, Mesir, 24 Jun 2012 - Syarif Zayed jurubicara Media Informasi Hizbut Tahrir di Mesir menegaskan bahawa kegembiraan yang melanda masyarakat setelah pengumuman kemenangan Dr Muhammad Mursi meraih jawatan Presiden Negara Mesir hanyalah sebagai bentuk kegembiraan yang beralasan.

Sebab masyarakat di Mesir itu sangat mencintai Islam, dan ingin pemerintahan yang menerapkan Islam, terutama Dr Muhammad Mursi mengusung slogan penerapan syariah, namun itu sekedar slogan yang tidak ada perlaksanaannya sama sekali dalam realiti nyata.

Mengingat, perlaksanaannya telah dikosongkan sendiri oleh Dr Muhammad Mursi ketika ia mengumumkan akan kompromi dengan semua kekuatan politik yang sebagian besar di antaranya adalah kelompok sekular, yang pasti tidak menginginkan penerapan syariah Islam secara keseluruhan.

Zayed mengatakan bahawa deklarasi perlembagaan baru yang dikeluarkan Dewan Agung Ketenteraan (SCAF) benar-benar telah melucuti semua kekuasaan yang sebenarnya dari presiden seterusnya, dan sekalipun hal itu mungkin membawa masyarakat pada kegembiraan kemenangan, lalu melupakan rencana undang-undang yang berjalan sesuai arahan SCAF, dengan memasang garis merah larangan yang tidak dapat dilanggarnya, iaitu misi terbentuknya negara sivil, yakni negara sekular, yang menghormati perjanjian perdamaian dengan negara Yahudi, dan berbagai hubungan strategi dengan Amerika Syarikat, musuh Islam dan musuh kaum Muslimin.

Menurut deklarasi perlembagaan baru SCAF, presiden akan kehilangan empat kekuatan utama. Presiden tidak lagi menjadi ketua SCAF dan tidak memiliki hak untuk mengganti, menyetujui atau memberhentikan anggota SCAF.

Presiden juga tidak akan memiliki kekuatan memerintahkan tentera untuk mengintervensi sebuah kes yang mengganggu keamanan negara. Selain itu, presiden tidak akan memiliki kekuatan untuk memberi suara kepada Majlis Perlembagaan, majlis yang akan bertanggung jawab untuk menyusun perlembagaan baru negara itu.

Menurut deklarasi tambahan itu juga disebutkan, SCAF hanya bertanggung jawab untuk menangani urusan ketenteraan, bukan presiden. Salah satu tanggung jawab yakni mengangkat dan mengganti staf tentera.

Masyarakat akan menyedari dalam waktu terdekat bahawa tidak mungkin menciptakan perubahan yang sesungguhnya di Mesir, kecuali dengan menghapus seluruh rejim yang korup dan rosak, dan kemudian mendirikan Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global di atasnya. [edit/abuidris/arrayah.info]

Sumber: hizb-ut-tahrir.info, 24/06/2012. http://www.al-khilafah.org/2012/06/hizbut-tahrir-militer-melucuti.html

Jumaat, 22 Jun 2012

Pelaksanaan Master Plan dan Road Map untuk Menegakkan Semula Khilafah

masterplan
ARRAYAH.INFO, Makassar, 22 Jun 2012 - Perjuangan Hizbut Tahrir untuk menegakkan kembali institusi Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global tak perlu diragukan lagi. Sejak awal didirikan hingga sekarang, Hizbut Tahrir tidak pernah kehilangan arah disebabkan kerana Hizbut Tahrir sudah punya master plan dan road map untuk menegakkan Khilafah. Pernyataan ini ditegaskan oleh Hafidz Abdurrahman (DPP Hizbut Tahrir Indonesia) saat menjadi pembicara di Konferensi Tokoh Umat Sulsel, Ahad (17/6) di Makassar.

"Dengan izin Allah, Hizbut Tahrir bersama umat bisa menegakkan Khilafah kembali. Perjuangan Hizbut Tahrir tidak akan kehilangan arah, karena Hizbut Tahrir sudah memiliki master plan dan road map. Yang diperlukan Hizbut Tahrir adalah nusroh dan dukungan dari para tokoh umat," tegas Hafidz.

Mengupas keadaan bangsa Indonesia, Hafidz berpendapat bahawa Indonesia adalah negeri yang fasad. Hal tersebut dikeranakan maksiat yang dilakukan oleh penguasa, dan rakyatnya juga mendiamkannya. Kemaksiatan penguasa yang dimaksud Hafidz adalah ketika penguasa menerapkan undang-undang yang tidak bersumber dari syariah Islam.

Dalam bidang ekonomi misalnya, pembangunan ekonomi disandarkan pada hutang dan investasi asing. Belum lagi postur APBN yang bermasalah sehingga membuat bangsa Indonesia semakin terpuruk.

Berbeza dengan sistem Khilafah, jika diterapkan, politik ekonomi Islam akan memicu pertumbuhan ekonomi yang stabil dan menyejahterakan. Oleh kerana itu Hafidz menyerukan kepada seluruh tokoh umat agar memberikan dukungannya dan bersama-sama dengan Hizbut Tahrir untuk menyonsong tegaknya Daulah Khilafah Islam. [auliayahya/htipress/syabab.com]

Sumber : http://syabab.com/akhbar/ummah/2699-hafidz-abdurrahman-hizbut-tahrir-sudah-punya-master-plan-dan-road-map-untuk-menegakkan-khilafah.html

Rabu, 20 Jun 2012

Muktamar Al-Khilafah di Palestin, Usaha Menegakkan Sebuah Negara Islam Global

ARRAYAH.INFO, Hebron, 20 Jun 2012 - Puluhan ribu umat Islam di Palestin hadir untuk memenuhi undangan Hizbut Tahrir di Persidangan Khilafah di Al-Khalil (Hebron), Palestin, pada hari Ahad, bertarikh 17 Jun 2012 bersamaam 27 Rejab 1433 H., bertepatan dengan peringatan Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Persidangan Kebangkitan Khilafah ini merupakan siri kegiatan dakwah bertepatan dengan tarikh ke 91 tahun keruntuhan Khilafah, institusi pelaksana syariah, penyatu umat yang dihancurkan oleh agen Barat Mustafa Kamal, pada 28 Rejab 1342 H.

Untuk pertama kalinya dalam tempoh lima tahun Persidangan Kebangkitan Khilafah dapat diadakan kembali di Palestin. Setelah bertahun-tahun penangkapan anggota-anggota Hizbut Tahrir, tindakan kekerasan ke atas mereka, pemenjaraan, dan usaha menghalang untuk mengadakan acara, jumlahnya terlalu besar bagi Fatah untuk melakukan hal apa pun. Puluhan ribu kaum Muslim hadir dalam Persidangan Kebangkitan Khilafah di Al-Khalil (Hebron).

Kaum Muslim, baik laki-laki, perempuan, orang tua, pemuda, hingga anak-anak memadati Muktamar Al-Khilafah di Lapangan Sekolah Ibn Rusyd di Al-Khalil, yang mengangkat tema, "Wahai Kaum Muslim Revolusi Al-Khilafah Adalah Kewajipan dari Tuhan Kamu, Arah Persatuan Kalian, Pembebas Negeri Kalian, dan Negara Sivil Adalah Projek Musuh Kamu, dan Mematikan Syariat Tuhan Kamu ".

Beribu-ribu orang memadati di bahagian khusus laki-laki, dan ribuan yang lain di bahagian khusus kawasan perempuan. Sehingga para peserta memadati juga tepi-tepi jalanan dan sekitar sekolah untuk menghadiri persidangan dari semua usia, baik laki-laki mahupun perempuan.

Mereka meninggikan Panji Ar Rayah, Panji Rasulullah SAW di seluruh tempat Persidangan. Para peserta pun meneriakan takbir, tahlil, serta seruan Khilafah dan seruan untuk memberikan nusryroh (pertolongan) bagi revolusi Syam dan semua revolusi.

Persidangan Khilafah ini diliput oleh pelbagai media, termasuk Agensi Berita Ma'an, Palestin yang ikut menerbitkan sejumlah foto-foto pelaksanaan persidangan tersebut. Selain persidangan di Hebron, untuk memperingati 91 tahun keruntuhan Khilafah ini, Hizbut Tahrir Palestin juga menggelar aksi masirah (long march) di bandar Jalur Gaza, hari ini, Isnin, 18/06/2012 bertepatan dengan 28 Rejab 1433H.

Demikianlah, rakyat Palestin salah satu kawasan di bumi Syam, telah mengibarkan panji-panji Rasulullah SAW, yang akan menjadi panji Khilafah masa depan. Bahkan hampir setiap saat, di masjid-masjid para pemuda Hizbut Tahrir meningkatkan kajian dan seruan mereka tentang Khilafah. Ini semakin menegaskan, kaum Muslim Palestin tidak ingin negara nasionalisme, melainkan Khilafah saja.

Di waktu yang sama, sejak bulan Rejab ini, Hizbut Tahrir di berbagai penjuru negeri, menggelar Persidangan Khilafah untuk membangkitkan kembali kaum Muslim di bawah naungan Khilafah. Persidangan sama telah mulai digelar di Indonesia, Malaysia, beberapa negeri Arab seperti di Yaman, juga di Afrika, termasuk juga Eropah, Australia dan Amerika.

Ini semua menunjukkan, bahawa kaum Muslim akan kembali bangkit dan bersatu di bawah panji Rasulullah SAW, di bawah naungan Khilafah, institusi pelaksana syariah, dan penyatu umat. Insya Allah, fajarnya kini tengah memancar. Maka, sudah selayaknya, kaum Muslim di berbagai dunia untuk menyambutnya, sebelum Khilafah itu tegak terlebih dahulu. Allahu Akbar! [syabab.com/arrayah.info]


Lihat berita bergambar penuh di https://www.facebook.com/media/set/?set=a.311073812316165.69399.100002406451416&type=3

Lihat video


Isnin, 18 Jun 2012

International Conference - Arab Uprising, Khilafah : A Manifesto For Change

khilafah
ARRAYAH.INFO, London, 18 Jun 2012 - Satu Persidangan Antarabangsa : 'Arab Uprising. Khilafah - A Manifesto for Change' akan diadakan di London pada hari Sabtu bertarikh 30 Jun 2012.

Para penceramah adalah Dr Imran Waheed, Ustaz Kamal Abu Zahra, Taji Mustafa dan Jamal Harwood dari Parti Politik Islam Global iaitu Hizbut Tahrir akan mengupas masalah dan jalan penyelesaian sebenar 'Arab Uprising'.

Sila sebarkan dengan semua rakan anda dan lihat di facebook untuk maklumat lanjut. http://www.facebook.com/ArabUprising2012

Persidangan Antarabangsa ini akan diadakan di:-
The Waterlily,
69-89 Mile End Road
London E1 4TT

Doors Open 11:30am.
Ticket Price: £10.
Event Ends: 6:00pm

Tiket boleh dibeli secara online dari: http://www.uprising2012.co.uk/tickets/

Berikut adalah - TRAILER RASMI untuk Kebangkitan Arab: Khilafah - Manifesto untuk Perubahan
Sila LIKE dan BERKONGSI video ini dengan orang seberapa banyak mungkin dengan izin Allah SWT

Lihat video



Lihat poster
khilafah
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular