Isnin, 28 Mei 2012

70,000 Memeluk Islam, Janji Allah, Kota Rom Pasti Dibuka

rom
Umat Islam solat di sebelah Colosseum, Rom
ARRAYAH.INFO, Rom, 28 Mei 2012 - Menurut laporan Kesatuan Komuniti Islam (UCOI) di Rom, Itali, sehingga bulan Mei 2012, sekitar 70,000 orang Itali telah memeluk agama Islam.

Ledakan penukaran nyata yang meningkat di tengah-tengah krisis moral dan juga krisis ekonomi di Itali, ujar Elzir Izzedine berkomentar di program Youtube, KlausCondicio oleh penyiar Klaus Davi yang melaporkan tentang prkembangan agama Islam di Itali.

UCOI memperlihatkan beberapa data mengenai 70,000 warga Itali yang memeluk Islam serta tingginya jumlah warga Itali yang memenuhi Masjid untuk mempelajari Islam.

"Ini adalah fakta yang benar-benar positif," ujar Izzedine seperti yang disiarkan AGI.

"Jika anda menganggap bahawa sudah ada 150,000 Muslim dengan kewarganegaraan Itali dan satu juta penduduk Muslim, anda dapat memahami bahawa ini adalah sebuah kebangkitan yang tidak terduga." [arrahmah.com/arrayah.info]

Sumber : http://www.atjehcyber.net/2012/05/allah-akbar-70000-warga-italia-memeluk.html


Rasulullah SAW Bersabda, Rom Pasti Dibuka di Tangan Islam

Kita akan menyaksikan bukan sahaja negara-negara kecil, malah negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah ditaklukkan oleh Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global.

Kita akan menyaksikan pusat Kristian (Rom) akan jatuh ke tangan Islam, sebagaimana dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tatkala ditanyakan oleh sahabat:
"Di antara dua kota, yang manakah akan dibuka terlebih dahulu, Kontantinople atau Rom? Jawab Rasulullah SAW, ‘Konstantinople iaitu kotanya Heraklius" [Hadis Riwayat Ahmad].

Konstantinople telah pun dibuka oleh panglima Islam dan tentera Islam yang terbaik di bawah pimpinan Sultan Muhammad al-Fateh setelah lebih 800 tahun janji Rasulullah SAW.

Namun kota kedua yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW akan dibuka iaitu Rom, masih lagi belum dibuka hingga kini.

Penantian, siapakah lagi yang akan membuka kota Rom ini dengan jihad dan futuhat, jika bukan Khilafah yang akan bangkit buat kedua kalinya?
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular