ARRAYAH.INFO - Dalam Blog Aku Berdakwah. Ini Adalah Misi Utama aku berblog.
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik [amar makruf]
dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), [nahi mungkar]
serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Surah A-li 'Imraan-Ayat 110
Bertitik tolak dari perintah dari Allah, diriku ini wajib menginsafi bahawa aku sebenarnya bertanggungjawab untuk melaksanakan kewajiban amar makruf nahi mungkar dalam konteks kehidupan seharian.
Sabda Rasulullah bermaksud:
“Sesiapa daripada kamu yang ternampak kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya atau
mencegahnya dengan tangannya (kuasanya).
Sekiranya dia tidak mampu dengan tangannya, maka hendaklah dia mengubahnya (mencegahnya) juga dengan lidahnya.
Jika dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.”
Riwayat Muslim
[ arrayah.info /abu idris ]