Selasa, 4 September 2012

Kekeliruan Umat Islam Bagaimanakah Panduan Penganjuran Sebuah Majlis

kekeliruan
ARRAYAH.INFO, 4 September 2012 - Ada banyak kekeliruan yang berlaku di dalam masyarakat apabila timbul persoalan bagaimanakah panduan penganjuran sebuah majlis seperti hari raya, kenduri kahwin, ilmu, ceramah, perhimpunan dan lain-lain mengikut hukum syarak.

Berikut adalah sedikit (not limited to) panduan kepada penganjur majlis, jika ingin memastikan majlis yang dianjurkan bertepatan dengan hukum syarak.

Ini bukanlah panduan untuk menganjurkan majlis ilmu dan ceramah sahaja tetapi terpakai untuk semua majlis.

1. TUJUAN
Tujuan penganjuran majlis mestilah tujuan yang diharuskan oleh syarak. Tidak boleh menganjurkan majlis yang akan mendatangkan mudharat, menyerukan kefasiqan dan kefajiran dan lain-lain.

2. TEMPAT
Majlis di tempat yang selamat dari dhoror (bahaya) kecederaan, tidak selesa atau membahayakan nyawa.

3. MASA
Menghormati masa ibadah yang wajib seperti solat fardhu. Tidak boleh majlis menyebabkan hadirin tidak dapat melaksanakan solat maghrib contohnya.

4. JAMUAN
Makanan yang dihidangkan tidak boleh makanan yang haram seperti arak, daging babi, bangkai dan lain-lain. Walaupun hadirin ada yang bukan Islam, makanan yang tidak halal mereka boleh ambil tetapi penganjur tidak boleh hidangkan, kerana hadirin yang muslim tidak boleh hadir dalam majlis yang ada dihidangkan arak.

5. ACARA
• Digalakkan memulakan dengan ayat Al-Quran, zikir dan ditutup dengan tasbih.
• Digalakkan ada tazkirah yang menyeru kepada taqwa, kebaikan dan lain-lain.
• Tidak boleh ada penghibur wanita menghibur majlis yang dihadiri tetamu lelaki.
• Penghibur atau lagu yang dimainkan tidak boleh mendendangkan lagu, puisi, sajak, syair yang berunsur lucah, mencaci, takbur, seruan kepada kefasikan dan kefajiran dan lain-lain.
• Pengacara dan penghibur mestilah memakai pakaian menurut hukum syarak, tidak bertabarruj di hadapan lelaki ajnabi, dan lain-lain.
• Tidak boleh ada unsur tasyabbuh kepada orang kafir iaitu meniru perkara yang terkait pandangan hidup mereka (view of life).

6. HADIRIN
Penganjur perlu memisahkan hadirin lelaki dan wanita supaya tidak ada ikhtilath. Hadirin mestilah memakai pakaian menurut hukum syarak.

maksiat
Pergaulan bebas mengundang maksiat.
Tanggungjawab penganjur adalah memastikan majlis selari dengan hukum syarak. Tanggungjawab tetamu adalah memenuhi undangan.

Tidak wajar atau tidak adil jika penganjur menyebabkan tetamu terpaksa berada di dalam majlis yang tidak selari dengan hukum syarak.

Untuk hadirin yang berada di dalam suatu majlis yang ada unsur yang tidak islamik maka ayat berikut adalah panduan dari Allah SWT,
“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain...” (TMQ: Al. An’am:68)

Sekiranya hadirin dijemput ke dalam majlis yang tidak Islamik keseluruhannya seperti majlis joget lambak, LGBT dan sebagainya, maka tidak wajib hadir malah haram.

Islam yang dating kepada kita bukanlah hanya terkait dengan ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji, tetapi mencakupi seluruh kehidupan kita. Seluruh perbuatan kita terikat dengan hukum syarak, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikannya sesuai dengan syarak agar hidup kita diberkati Allah SWT,
“Apa jua yang dibawakan oleh Rasul itu hendaklah kamu pegang dia, dan apa jua yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi dia.” (TMQ: Al. Hasyr:7)

“Dan tidaklah wajar bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (TMQ: Al. Ahzab:36)

Semoga panduan ini bermanfaat, wallahu ‘alam.

Sumber : Hishamudin Ibrahim, Universiti Malaya
https://www.facebook.com/hishamudin.ibrahim.7
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular