Isnin, 3 September 2012

Hutang Amerika Syarikat Melonjak USD 16,015,769,788,215.80, Tanda Awal Keruntuhannya

ARRAYAH.INFO, Amerika Syarikat, 3 September 2012 - Hutang Amerika Syarikat mencapai USD 16 trilion untuk pertama kalinya, berdasarkan data negara Amerika Syarikat yang baru, seiring jumlah pinjaman kerajaan persekutuan terus bergerak menuju batas pinjaman 16,394 trilion USD, dilaporkan Market Watch.

Jabatan Kewangan mengatakan jumlah keseluruhan hutang negara menginjak angka USD 16,015,769,788,215.80 pada hari Jumaat, naik hingga USD 25 bilion dari hari sebelumnya.

Negara Amerika Syarikat diramalkan akan mengalami defisit antara USD 1.1 trilion hingga USD 1.2 trilion pada tahun fiskal yang akan berakhir 30 September akan datang, yang bererti bahawa pengeluaran akan melebihi jumlah pendapatan cukai dengan jumlah tersebut lebih dari 12 bulan.

Defisit akan tetap besar kerana gabungan pelbagai faktor, walaupun parti Demokrat dan Republik telah berselisih mengenai siapa yang lebih patut dipersalahkan atas peningkatan tahap hutang ini.

Perbelanjaan persekutuan tetap tinggi dan pendapatan cukai tetap rendah, berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Saat ini, negara Amerika Syarikat sedang menjalankan defisit purata bulanan sebanyak USD 100 bilion dan kemungkinan akan mencapai batas hutang pada akhir Disember.

Maka Jabatan Kewangan boleh mengambil langkah-langkah kecemasan selama beberapa bulan untuk mencegah Amerika Syarikat dari missing payments.

Setelah kerajaan mencapai batas hutang tertinggi, maka tidak lagi dapat meminjam wang dalam jumlah yang melebihi batas undang-undang. [arrahmah/edit/arrayah.info]

Sumber :http://www.al-khilafah.org/2012/09/utang-nasional-as-mencapai-usd-16.html
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular