Selasa, 12 Jun 2012

Tidak Cukup Hanya Kutuk Keganasan Terhadap Minoriti Rohingya Islam di Myanmar

rohingya
ARRAYAH.INFO, Myanmar, 12 Jun 2012 - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyuarakan kebimbangan mengenai laporan keganasan terhadap golongan minoriti Rohingya Islam yang tinggal di provinsi Arakan dan kawasan-kawasan lain di Myanmar.

"OIC mengutuk tindakan keganasan dan menakut-nakutkan secara sistematik itu terhadap populasi Rohingya yang hidup secara aman, yang telah menderita selama berdekad-dekad" kata Setiausaha Agung OIC Ekmeleddin Ihsanoglu dalam kenyataan.

Sehubungan itu, pertubuhan 57 negara anggota itu menggesa anggotanya dan masyarakat antarabangsa segera meminta kerajaan Myanmar untuk menghalang keganasan dan kehilangan nyawa seumapama itu dan mendakwa pesalahnya ke muka pengadilan.

Dalam kenyataan itu, OIC yang berpengkalan di Jeddah menegaskan dilaporkan serangan berulang kali dilakukan terhadap tempat beribadat, harta benda dan kediaman masyarakat Rohingya Islam di selatan provinsi di Rakhine dalam tempoh beberapa hari lepas.

Kenyataan itu juga menyebut apa yang dikhuatiri terdapat laporan bahawa terdapat kumpulan bersenjata api yang meengepung Majlis Pusat dan Masjid Auk Ywa untuk menakutkan-nakutkan para jemaah. [BERNAMA]

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=672489


Tidak Cukup Hanya Kutuk Keganansan Terhadap Minoriti Rohingya Islam di Myanmar

Sejak keruntuhan Khilafah Uthmaniyah berpusat di Turki pada tahun 1924, umat Islam kehilangan kuasa politik Islam yang mampu memayungi dan memelihara nasib umat Islam.

Di Asia Tenggara, wilayah Patani terus bergolak dan semangat persaudaraan Islam kita diuji lagi dengan pembunuhan umat Islam Rohingya, Myanmar.

Sejak 3 Jun 2012, 10 orang beragama Islam di Taunggote, daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Pada 9 Jun 2012 pula, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.

Terbaru, 10 Jun 2012, dua kampung paling besar, iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh, masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.


Perisai dan Pelindung Umat iaitu Khilafah, Wajib Segera Ditegakkan

Ketiadaan Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global telah menyebabkan kehormatan dan kemulian umat Islam akan terus dinodai oleh kaum kafir laknattullah.

Akibat daripada munculnya para pemimpin khianat yang sentiasa mengkhianati kita umat Islam. Dalam segenap perkara kita dapat menyaksikan sendiri pengkhianatan mereka dengan mata kepala kita, sepertimana yang berlaku di Syria, Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Patani dan wilayah-wilayah Islam yang lain yang sedang diserang, dibunuh dan diperangi oleh musuh-musuh Islam, para pemimpin pengkhianat ini masih merantai dan memenjara kekuatan tentera umat Islam daripada berjihad dalam menentang kekuatan kuffar di luar sana!

Itulah jiwa mereka, menindas dan mengkhianati saudara seagama! Demi Allah, merekalah pengkhianat yang mengkhianati umat Islam. Mereka redha dengan kuffar barat tetapi mereka membiarkan Islam dan umatnya, biarpun wajah dan nama mereka sama seperti kita! Kepimpinan mereka perlu segera ditolak agar pengkhianatan mereka ini dapat dihentikan dengan serta-merta.

Kehilangan pelindung dan perisai, yakni Negara Islam Global iaitu Khilafah. Sepertimana yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya, bahawa
“Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu adalah perisai, di mana daripada belakangnya umat berperang, dan dengannya umat berlindung [Hadis Riwayat Ahmad].

Sejak daripada tahun pertama Hijriyah, Rasulullah SAW dan para sahabat RA telah bersama-sama berjuang, dan membina sebuah negara Islam di Madinah.

Pemerintahan Negara Islam ini diteruskan oleh Khulafa' Ar-Rasyidin, dan kemudian disambung dan diteruskan pula oleh para Khalifah sesudah mereka melalui Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah, sehinggalah akhirnya diruntuhkan pada tanggal 28 Rejab 1342H di Turki.

Dahulu, Negara Islam Khilafah memayungi kehidupan umat Islam dan seluruh manusia dengan penuh keadilan dan kemakmuran.

Tetapi setelah runtuhnya Khilafah Uthmaniyah yang terakhir di Turki, maka bermulalah detik hitam yang mengundang segala kesengsaraan hidup bagi seluruh umat manusia, khususnya umat Islam, sepertimana yang dapat kita saksikan pada hari ini.

Umat Islam telah hilang pelindung dan perisainya, syariah Islam sudah tidak lagi menjadi sistem dan peraturan hidup yang mampu membahagiakan kita semua.

Ayuh tegakkan Khilafah dan berhenti daripada berharap kepada OIC, PBB, NAM dan pemimpin sekular![abuidris/arrayah.info]
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular