Selasa, 17 April 2012

Adakah Pemerintah adalah Talibarut Penjajah Kafir British di Zaman Moden ini?

polis
ARRAYAH.INFO, Bukit Aman, 17 April 2012 – Satu kunjung hormat daripada Mr. Gerald Howarth, Minister For International Security Strategy dan Security Organization dari United Kingdom di bilik Tetamu Ketua Polis Negara pada hari Isnin, 16 April 2012.

Turut hadir, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Abdul Rahim Bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha ( Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan rombongan delegasi. [Sumber:Facebook/PolisDirajaMalaysia]


Adakah Pemerintah adalah Talibarut Penjajah Kafir British di Zaman Moden ini?

Generasi muda sudah mula menekuni laman maya blogger dengan minda terbuka dan tertarik untuk mengetahui kisah sebenar Penjajah Kafir British.

Kedatangan wakil bekas Penjajah Kafir British Gerald Howarth bertemu dengan Hishammuddin susulan pertemuan David Cameron dengan Najib tentu ada muslihatnya. Ia adalah satu tindakan memberi jalan dan seolah-olah menjadi talibarut kepada kafir harbi barat itu atas nama kerjasama negara dua-hala, perkongsian risikan, hak asasi manusia, undang-undang sekular dan macam-macam lagi.

Berpandukan perintah daripada firman Allah SWT:-
"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka." (Surah al-Baqarah ayat 120).

Kepimpinan pemerintah, khususnya UMNO (United Malays National Organisation) berkerjasama dengan bekas penjajah kafir British adalah suatu pengkhianatan bagi umat. Adakah mereka rasa sebutan UMNO itu dah macam Melayu? Namun bagi generasi muda, tidak begitu. Mereka kritis; mengapa dakwa berjuang untuk Melayu tetapi nama berbau penjajah - United Malays National Organisation, Kenapa?

Begitulah hubung kait organisasi kepartian Melayu yang nama bertema orang putih ini dengan penjajah kafir British yang wajar diketahui oleh umat.

Fakta dan dokumen terkumpul telah menguatkan hujah bahawa parti Melayu ciptaan penjajah sebenarnya adalah talibarut kafir British penegak undang-undang sekular Lord Reid yang mengkhinati perjuangan para ulama dan pejuang silam seperti Tok Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong dan disambung oleh tokoh-tokoh pejuang tahun 1950-an yang digelapkan namanya oleh talibarut kafir penjajah.

Kerjasama pemerintah dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada melaksanakan syariatnya. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah syariat Islam.

Pertimbangan logik akal mendapati bahawa parti tersebut tidak berhasrat untuk menegakkan Islam pastinya hanyalah menjadikan parti sebagai jambatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak membiarkan ada gerakan Islam yang berkembang sehingga meruntuhkan kekuasaan mereka.

Dan ini sekali gus akan menghalang kepada tertegaknya penerapan syariat Islam secara keseluruhan dengan tertegaknya Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global seperti yang diperjuangkan oleh Parti Islam Global yang berkembang pesat iaitu Hizbut Tahrir. [edit/abuidris/arrayah.info]
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular