Jumaat, 6 Julai 2012

Kaitan Imam Mahdi sebagai Khalifah dengan Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global

mahdi
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yang memilih untuk duduk diam sahaja bukan berusaha untuk bertindak, kerana berpendapat bahawa nanti Imam Mahdi akan muncul tiba-tiba untuk menegakkan Islam – maka kita tidak perlu berbuat apa-apa melainkan menunggu kemunculannya.

Benarkah sikap sebegini? Benarkah Imam Mahdi yang akan menegakkan Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global, dan seterusnya menegakkan syariat Islam dari ufuk timur hingga ufuk barat dunia?

Janji Allah SWT yang dikhabar melalui Al-Quran:
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. [Terjemahan Melayu Quran Surah An-Nurr ayat 55]


mahdi
Kedatangan Imam Mahdi adalah salah satu tanda-tanda utama ketibaan Hari Pembalasan. Berbeza dengan tanda-tanda kecil Kiamat, penampilan Imam Mahdi akan memberi isyarat bahawa Hari Kiamat telah dekat dan bahawa orang-orang yang beriman mesti memastikan bahawa mereka bersedia menantikan keputusan nikmat syurga atau seksaan neraka.

Kisah Imam Mahdi, seperti yang diceritakan dalam sunnah, adalah sebuah kisah harapan di mana perjuangan antara Haq dan Batil, di mana orang-orang yang beriman memperoleh kemenangan ke atas orang-orang kafir, di mana bumi akan ditadbir dengan penuh keamanan dan keadilan yang disebabkan oleh pemerintahan yang adil oleh Imam Mahdi.

Imam Mahdi akan datang pada masa apabila umat Islam berpecah-belah dan di mana kezaliman oleh pemerintah diktator dan penganiayaan ke atas umat berleluasa. Kisah Imam Mahdi seharusnya menggalakkan orang-orang yang beriman bekerja untuk perpaduan umat Islam dan keadilan Islam melalui penubuhan Khilafah sebuah Negara Islam Global dan perlaksanaan Syariah Islam secara keseluruhan.

Orang-orang yang beriman mengetahui bahawa satu hari nanti seluruh dunia akan terang oleh cahaya Islam dan kepalsuan akan lenyap. Tetapi sehingga hari itu datang umat mesti mengambil galakan daripada berita gembira Rasulullah SAW dan berusaha bekerja untuk Islam mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Khilafah sebuah Negara Islam Global tidak akan ditubuhkan oleh Imam Mahdi tetapi dia akan menjadi Khalifah yang akan datang selepas kematian Khalifah sebelumnya. Dalam erti kata lain, Khilafah sebuah Negara Islam Global akan telah ditubuhkan oleh umat Islam sebelum kedatangan Imam Mahdi.

Peringatan Allah SWT:-
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. [Terjemahan Melayu Quran Surah Al-Maaidah ayat 54]


Video Open Circle yang Bertajuk Imam Mahdi dan Khilafah

Ustaz Ishan Ibrahim telah mengupas persoalan ni semasa sesi Open Circle di Dewan Khilafah TTDI Jaya pada 26 Jun 2012.

Lihat video


Sesi Open Circle diadakan setiap Selasa jam 9 malam, bertempat di Dewan Khilafah TTDI Jaya, Shah Alam. Muslimin dan Muslimat sentiasa dijemput hadir untuk menyertai perbincangan-perbincangan mengenai Islam di sana.

Sampaikanlah walau satu ayat... Jazakallah.

Sumber : http://dewankhilafah.com/2012/06/26/imam-mahdi-dan-khilafah/
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular