Rabu, 18 April 2012

Sistem Pemerintahan Islam vs Sistem Demokrasi - Di Mana Bezanya?

khilafah
ARRAYAH.INFO, Bangi, 18 April 2012 - Satu ceramah umum yang bertajuk "Sistem Pemerintahan Islam vs Sistem Demokrasi - Di Mana Bezanya?" akan diadakan di Khilafah Centre pada hari Sabtu, 21 April 2012, jam 9.00 malam.

Umat Islam di Malaysia mula mempersoalkan bahawa sesungguhnya syura itu tidak sama dengan demokrasi mahupun Parlimen. Maka disini tentu ada bezanya di antara Sistem Pemerintahan Islam vs Sistem Demokrasi.

Syura bukanlah demokrasi, kerana syura adalah pengambilan pendapat (dalam perkara yang dibolehkan oleh Islam) sedangkan demokrasi adalah sistem pemerintahan kufur yang berasal dari Barat yang berasaskan pada idea sekularisme yang memisahkan agama dari kehidupan.

Ingatlah bahawa sistem demokrasi telah dijadikan senjata ampuh oleh Barat untuk menghancurkan Islam.

Semua ini telah dirancang oleh Barat ketika Daulah Islam mulai melemah dan ketika Khilafah hancur pada tahun 1924, Barat segera meracuni pemikiran umat Islam dengan menyebarkan idea bahawa Islam adalah agama demokratis, bahawa demokrasi berasal dari ajaran Islam atau boleh diambil oleh Islam sebagai sebuah sistem pemerintahan yang baik kerana berteraskan musyawarah (syura).

Sesungguhnya sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa demokrasi adalah sebahagian dari ajaran Islam atau mengatakan demokrasi adalah syura itu sendiri, ini bererti bahawa dia telah berjaya diracun oleh Barat untuk turut menghancurkan Islam dan menyesatkan umat Islam.

Propaganda demokrasi yang palsu dan penuh kedustaan ini tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencegah bangkitnya Islam melalui sistem pemerintahan sebenar Islam yakni sistem pemerintahan Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global, sekali gus bertujuan untuk melestarikan hegemoni ideologi kapitalis-demokratik yang kufur di seluruh dunia, agar umat Islam tetap terus-menerus hidup dalam ketertindasan, penderitaan dan kesengsaraan di dunia dan akhirat. [edit/abuidris/arrayah.info]



Jika mahukan penjelasan lanjut tentang perkara ini dijemput ke 

CERAMAH UMUM

Sistem Pemerintahan Islam vs Sistem Demokrasi - Di Mana Bezanya?
Tarikh: 21 April 2012 (SABTU)
Masa: 9:00 Malam
Tempat: Khilafah Centre, 47-1 Jalan 7/7A, Seksyen 7
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Penceramah:
Sdr. Burhanuddin (Syabab HTM)

Semua Dijemput Hadir
Masuk Adalah Percuma!

ceramah umum


Sumber rujukan : http://www.mykhilafah.com/seminar/3340-ceramah-umum-sistem-pemerintahan-islam-vs-sistem-demokrasi-di-mana-bezanya
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular