Ahad, 9 September 2012

Kitab : Menegakkan Kembali Negara Khilafah, Kewajiban Terbesar Dalam Islam

khilafah
ARRAYAH.INFO, 9 September 2012 - Banyak sekali kitab yang telah membincangkan kewajiban dalam melaksanakan syariah Islam dalam rangka Khilafah.

Kewajipan ini dipandang sangat penting di masa sekarang, sebab secara de facto institusi yang menerapkan syariah Allah (baca: Khilafah Islamiyah) tersebut telah diruntuhkan kaum kafir imperialis pada tahun 1924 yang lalu.

Dalam penantian tersebut, telah banyak usaha yang dilakukan banyak golongan umat Islam untuk mengembalikan kepimpinan Islam tersebut.

Namun banyak juga kalangan kaum muslim yang mengabaikan kewajipan menegakkan institusi ini. Hal tersebut sebenarnya wajar dan menunjukkan betapa berhasilnya usaha yang dilakukan kaum kafir penjajah dan para pengkhianat Islam untuk mengaburkan pandangan kaum muslim terhadap Islam.

Seiring berjalannya waktu, semakin lemah pemahaman dan pemikiran kaum muslim, dan pada saat yang sama, justeru sebaliknya, masuklah pemahaman-pemahaman asing meracuni benak mereka, sehingga Islam dan Negara Khilafah itu seakan-akan benar dilupakan para penghuninya.

Ingin kembali pada Khilafah, mereka lebih memilih hidup dalam naungan sekularisme dan penjajahan ideologi kerana dianggap lebih menjanjikan (walaupun hanya merupakan fatamorgana). Wajar jika revitalisasi Negara Khilafah tersebut seolah sukar difahami, bukan sahaja akibat telah mengkristalnya pemahaman kufur dan idea Barat di benak mereka, tetapi juga kerana telah termarginalisasi dan teraleniasinya idea-idea islam dalam wacana pemikiran mereka. Bahkan sebenarnya keadaan lebih parah lagi, sebab kebanyakan kaum muslim tidak mengetahui apa itu Khilafah.

Oleh kerana itu kitab ini hadir untuk kembali menegaskan, bahawa menegakkan Khilafah Rasyidah yang dijanjikan merupakan kewajipan terbesar kaum muslimin saat ini. Syaikh Ali Belhaj, tokoh besar Parti Front Islamic Salvation (FIS) Algeria merangkumi seluruh dalil Al-Quran dan Hadis yang relevan dan tepat perihal penunjukkan wajib dan pentingnya menegakkan Islam dengan Khilafah.

Tak lupa beliau juga memuatkan seluruh argumentasi rasional yang dikemukakan ulama 'besar pada masa keemasan Islam di masa lampau-yang nampaknya tak akan dipertikaikan. Sebutlah Syaikul Islam Ibnu Taimiyah, Imam Al-Mawardi, Abu Ya'la al-Farra, Ibnu Khaldun, Imam al-Qhurtubi, dan para fuqaha dan mujtahid-mujtahid besar Islam yang lain.

Mari kita semak petikan salah satu pendapat Imam al-Mawardi dalam Al-Ahkam As-Shulthaniyyah, beliau berkata:
"Mengangkat seorang Imam (Khalifah) yang akan menjadi penguasa urusan dunia dan pemimpin umat adalah sebuah kewajiban. Dengan itu, agama dapa terjaga dan kekuasaannya berjalan mengikut hukum-hukum agama "(hlm.29).

Pendapat An-Nawawi dalam Syarh Muslim, juz 12 halaman 205, menyatakan:
"Mereka (para imam mazhab) telah bersepakat bahawa kaum muslim wajib mengangkat seorang Khalifah" (hlm.39)

Mari kita semak juga pendapat Dr. Dhiya'uddin Ar-Rays dalam bukunya, Al-Islam wa al-Khilafah, pada halaman 99 beliau menyatakan demikian:
"Walhasil, Khilafah menduduki kedudukan yang paling penting dalam agama dan selalu diperhatikan oleh kaum muslim. Syariat Islam telah menetapkan bahawa mendirikan Khilafah adalah salah satu kewajipan asas di antara kewajipan agama yang lain, bahkan merupakan kewajiban terbesar (al-Fardh al-A'zham), kerana di atas kekhilafahan-lah bertumpu pelaksanaan seluruh kewajiban lain "(hlm 39-40 ).

Tidak berlebihan kiranya jika kitab ini menjadi rujukan kaum muslimin pada umumnya untuk memahami pentingnya perjuangan dakwah Khilafah, dan pada para pengembang dakwah pada khususnya, untuk membantu mereka meyakinkan dan mengajak kaum Muslim lain untuk menyokong, dan berjuang bersama merumuskan agenda, seraya membina kesamaan visi global Umat Islam iaitu menegakkan kembali Negara Khilafah Islamiyah.

Judul Asli: Tanbih al-Ghafilin wa I; lam al-Ha'irin bi An i'adah al-Khilafah min A'zham Wajibat Hadza ad-Deen

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=516716528343061&set=a.109436459071072.17398.100000141544270&type=1&ref=nf

Muka hadapan kitab : Menegakkan Kembali Negara Khilafah, Kewajiban Terbesar Dalam Islam
kitab

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular