Rabu, 6 Jun 2012

3 Teori Palsu Mengenai Kebangkitan Khilafah sebuah Negara Islam Global

khilafah
ARRAYAH.INFO, Madinah, 6 Jun 2012 - Analisis teori yang tepat untuk kebangkitan Khilafah sebuah Negara Islam Global. Perlu diingatkan, perjuangan membentuk empayar Negara Islam global memerlukan perjuangan lokal. Seorang daie yang tinggal di sesuatu wilayah dan berdakwah di sekitar lingkungan hidupnya lebih berkesan berbanding disibukkan untuk usaha dakwah di tempat yang asing.

Orang yang tinggal di Malaysia, adalah tidak munasabah untuk melakukan dakwah di Rusia atau di Pakistan, dengan hanya pergi berdakwah beberapa hari atau bulan, tetapi menghabiskan sebahagian besar hidupnya di kampung halaman dan menyepi dari dakwah.

Perjuangan lokal dengan pemikiran yang global dengan menyatukan dirinya dengan sebuah Parti Politik Islam Global menyeru kepada kesatuan yang global dengan perubahan tiga perkara iaitu Pemikiran, Perasaan dan Peraturan yang ada ditengah masyarakat itu dan mendirikan sebuah Khilafah sebuah Negara Islam Global, itulah sahaja caranya dakwah yang berkesan dan sistematik untuk melihat kebangkitan yang hakiki umat Islam yang berpandukan tatacara Rasulullah SAW mendirikan Negara Islam Madinah.

Berikut 3 Teori yang dikatakan Palsu Mengenai Kebangkitan Khilafah sebuah Negara Islam Global:-

1. Membina Daulah Islamiyah satu persatu, kemudian bergabung membentuk Daulah Khilafah dengan skala global:

Ini adalah idea yang termasyhur di kalangan umat Islam di seluruh dunia yang merindukan kebangkitan Islam. Mereka punya kesedaran akan kewajipan menegakkan Khilafah, namun masih tercari-cari formula yang tepat (dan cepat) ke arah itu. Faktanya, mendirikan negara-negara Islam secara terpisah antara satu sama lain hanyalah melambatkan usaha kebangkitan secara global. Satu perkara yang tidak masuk akal sekiranya Malaysia sudahpun mendirikan Negara Islam, tetapi terpaksa menunggu Indonesia, Syria, Mesir dan lain-lain untuk turut sama menjadi Negara Islam lalu sama-sama bergabung membentuk Negara Khilafah. Faktanya, perkara "penyatuan global" ini tidak langsung termasuk dalam mimpi puak-puak yang dikata pro Islam, dan meraih kekuasaan di wilayah masing-masing.
“Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kalian kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kalin dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kalian akan dikumpulkan” [Surah al-Anfal (8):24].

Keberhasilan meraih kekuasaan sekalipun melalui sistem taghut demokrasi yang ada yang menyimpang dari syara' hanya sahaja menciptakan pelbagai masalah yang memerlukan reformasi demi reformasi. Sebuah harakah Islam yang memenangi kekuasaan bersama sekutu kafir akan sahaja berdepan dengan pelbagai kesulitan yang mendesak untuk mereka berkompromi dalam banyak isu demi sekutu, jauh sekali memikirkan perkara penyatuan global, yang mewajibkan seluruh kaum muslimin bersatu di bawah naungan Khilafah. Meletakkan pemimpin ke posisi tertinggi negara dengan harapan terbentuknya Negara Islam juga hanya angan kosong apabila masalah demi masalah lain yang bertali arus timbul menyibukan umat dengan reformasi demi reformasi untuk pelbagai perkara.

Idea negara-negara Islam yang kecil bergabung membentuk sebuah Negara Khilafah juga sebenarnya memberi ruang yang cukup luas buat Kuffar Barat untuk memecahkan kesatuan yang cuba dibentuk. Negeri-negeri kecil yang lemah ini tidak mungkin mampu berdepan dengan Empayar Kafir Amerika atau Eropah sendirian.

2. Mendirikan Daulah Islam bermula dari individu, keluarga, masyarakat dan akhirnya negara:

Idea ini sekali imbas nampak intelek, realistik dan syarie. Namun penelitian yang lebih mendalam akan mengungkap ke dangkalan idea ini. Masyarakat adalah terdiri dari unsur:-
  • Pemikiran,
  • Perasaan
  • dan Peraturan.
Untuk mengubah masyarakat kita wajib mengubah ketiga unsur ini, atau ia hanya sekadar usaha yang gagal. Sesebuah masyarakat yang terdiri dari individu yang muslim, tetapi diatur dengan sistem kufur, tetap sahaja tergolong sebagai sebuah masyarakat kufur. Berbeza halnya dengan masyarakat kafir sebagai ahlul zimmi di dalam Daulah Khilafah, yang tunduk kepada kekuasaan umat Islam dan kedaulatan syarak, maka mereka adalah masyarakat Islam. Rasulullah SAW mengikitraf warga kafir di dalam Daulah Madinah sebagai masyarakat Islam yang dilindungi sebagai kafir zimmi.

Kaedah mendirikan Daulah Khilafah melalui konsep ini juga sungguh tidak masuk akal apabila difahami sistem yang taghut akan terus-menerus melahirkan individu yang rosak, keluarga yang rosak, dan masyarakat yang rosak. Katakanlah terdapat 2,3 keluarga di sebuah wilayah yang benar-benar soleh, menjaga segala batas syarak sebaiknya, yang hidup di kalangan ratusan keluarga lain yang rosak agamanya, apakah keluarga yang soleh ini akan mampu mengubah individu-individu dalam ratusan keluarga yang lain lalu menegakkan Daulah Khilafah, dalam keadaan aturan yang berjalan tetap sahaja menciptakan lebih banyak individu dan keluarga yang rosak? Jawapannya tentu sekali TIDAK!

3. Membina Daulah atau Negara bermula dari pembinaan akhlak dan hati:

Ini gagasan paling dangkal dalam memahami proses perubahan masyarakat. Seandainya pernyataan seperti ini diterima, sepatutnya kita akan menerima idea seorang yang ingin membaiki sebuah pesawat mestilah seorang yang berakhlak baik sehingga mampu membaiki pesawat berbanding mencari orang yang mahir dengan ilmu teknikal pesawat untuk membaikinya. Akhlak tidak ada kaitan langsung dengan keupayaan membaiki pesawat.

Perubahan akhlak dan hati tidak ada kaitan langsung dengan perubahan sistem hidup masyarakat. Masyarakat Hindu dan Buddha yang memiliki kesopanan dan akhlak universal yang baik, menjunjung kesopanan akhlak dan menerapkannya dalam kehidupan tetap saja disebut masyarakat kafir walaupun hatinya baik. Mengubah masyarakat tetap sahaja memerlukan perubahan ketiga perkara iaitu Pemikiran, Perasaan dan Peraturan yang ada ditengah masyarakat itu.

Tidak dinafikan, umat Islam wajib berakhlak dengan aturan Islam dengan sebenar-benarnya, bukan sekadar ibadat semata-mata. Dalam kitab al-siyasah al-Islaam karangan Imam Ibnu Taimiyah beliau menukilkan usaha mendirikan Imamah (Khilafah) sebahagian dari Islam dan sarana bertaqarrub kepada Allah adalah kewajipan. Taqarrub kepada Allah dalam hal kepimpinan yang dilakukan dengan cara mentaati Allah dan Rasul Nya adalah sebahagian taqarrub yang paling utama.

Adaptasi kitab Reformasi Vs Revolusi karangan Muhammad Mushthofa Ramadhan (2005 )

Sumber : https://www.facebook.com/notes/sabri-yaacob/3-teori-palsu-mengenai-kebangkitan-islam/364387686949832
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular