ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang akan terjadi? Seperti Belize dan Greece, mereka mengancam para pemberi pinjaman untuk mengurangkan hutangnya. Jika tidak, maka para pelabur di negara ini akan sama-sama menanggung kehancuran akibat gagal bayar hutang.
Menurut IMF, ada 10 negara yang mempunyai peratusan hutang terhadap GDP di atas 100%. Beberapa negara pengutang disenaraikan ini merupakan pemain besar di dunia global. Mereka cukup besar dan penting hingga ada kemungkinan majoriti saham anda dilaburkan pada hutang mereka atau anda melakukan perniagaan di sana.
Kedudukan Malaysia dengan nisbah hutang bawah 55% makin hampir ke 'senarai merah'. Anda mungkin boleh bimbang selepas melihat data terkini IMF (per Julai 2012) berikut ini. Negara mana saja yang terancam 'muflis' kerana nisbah hutang terhadap GDP di atas 100%?
Berikut ini senarai lengkapnya, seperti dinyatakan dari Daily Finance (24/8/2012)
1. Jepun
Negara berekonomi ketiga terbesar di dunia (mengikut GDP) ini kembali menduduki posisi puncak dengan nisbah hutang 230%. Tahun lalu, IMF mencatat nisbah hutang Jepun sebesar 229,77% dengan GDP US $ 5,869 trilion.
Menurut pengasas Daily Trading Report, Bran McFadden kepada CNBC, masalah besar Jepun adalah mereka ketagihan berhutang dan lebih parah dari Eropah. Separuh pendapatan negara saat ini digunakan untuk membayar bunga pinjaman.
2. Greece
Tidak mengejutkan melihat nama Greece menduduki di posisi kedua dengan nisbah hutang kepada GDP sebanyak 161%. Awal tahun ini, Yunani mengambil langkah berani dengan meminta pemberi pinjaman untuk mengurangkan hutangnya sebanyak 46,5%. Kalau tidak, Yunani akan mengumumkan kebankrapan. Sepanjang tahun 2011 Athens Stock Exchange Index sudah jatuh sebanyak 63%.
3. Jamaica
Hingga Julai 2012, nisbah hutang Jamaica mencapai 139%. Tingginya hutang Jamaica selalu disebut-sebut sebagai penyebab lambatnya pertumbuhan ekonomi dan membebankan kewangan kerajaan setiap tahun. Pada 4 Februari 2010, Jamaica berjaya mendapat pinjaman dari IMF sebanyak US $ 1,27 bilion untuk tempoh tiga tahun.
4. Lubnan
Negara Timur Tengah ini menanggung nisbah hutang terhadap GDP 136%. Akibat konflik yang berkecamuk di Syria, pertumbuhan GDP Lubnan turut merudum menjadi hanya 1.5% sahaja sepanjang tahun 2011. Keputusan kerajaan Lubnan untuk menaikkan minimum gaji sebanyak 35% Januari lalu setelah ditekan kesatuan buruh membuat IMF kesal.
Menurut Deputy Managing Director IMF, Nemat Shafik yang diambil dari The Daily Star (24/8/2012), anggaran yang sepatutnya boleh digunakan untuk mencipta lapangan kerja baru jadi terpakai untuk menaikkan gaji orang-orang yang sudah punya pekerjaan.
5. Itali
Itali merupakan negara Kesatuan Eropah kedua yang masuk senarai ini dengan nisbah hutang 120%. Keperluan pinjaman tahunan Itali untuk tempoh 2012 - 2013 dianggarkan mencapai 415 bilion euro. Kestabilan ekonomi Itali terdedah pengaruh Greece dan Sepanyol, ditambah menurunnya minat pelabur luar negara. Julai lalu Moody 's mengurangkan kedudukan obligasi Itali dua notch menjadi A3 atau mendekati status junk.
6. Barbados
Negara Kepulauan Caribbean ini menanggung nisbah hutang 117% dari GDP-nya dan menjalani program penjimatan dalam 2 tahun terakhir bagi memenuhi sasaran pengurangan defisit anggaran dari IMF. Pada Julai 2012, Standard & Poors mengurangkan kedudukan hutang Barbados dari investment grade menjadi 'junk' di BB +.
7. Portugal
Satu lagi negara Kesatuan Eropah yang terlilit hutang masuk ke senarai ini. Portugal dengan nisbah hutang yang mencapai 107% dari GDP US $ 248,98 bilion. Menurut Bank of Portugal, sekitar 31 bilion euro hutang syarikat jatuh tahun ini. Jumlah tersebut setara dengan 40% dana bailout 3 tahun dari IMF dan Kesatuan Eropah. Hampir semua sektor terlilit hutang, namun yang paling terpukul adalah sektor pembinaan. Pemerintah Portugal menganggarkan pertumbuhan GDP tahun ini 3.5%.
8. Ireland
Negara anggota Kesatuan Eropah ini termasuk salah satu yang lebih dulu teruk akibat lilitan hutang. Dengan nisbah hutang 105%, kerajaan Ireland berusaha mati-matian mengurangkan defisit anggaran awam. Pada April 2012, kerajaan Ireland menyemak semula ramalan kenaikan GDP dari yang malah menurun. Dari 1,3% menjadi 0,7%.
9. Amerika Syarikat
Negara ekonomi nombor satu di dunia (berdasarkan GDP) ini masuk senarai dengan nisbah hutang 103%. Demi mengimbangi pertumbuhan hutang negara, AS perlu mengekalkan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya 6%. Presiden Barack Obama mempertimbangkan beberapa pilihan, salah satunya menaikkan cukai golongan kaya untuk menambah pendapatan negara.
10. Singapura
Negara jiran kita ini merupakan satu-satunya anggota ASEAN yang masuk senarai dengan nisbah hutang mencapai 101%. Di separuh pertama 2012, syarikat-syarikat Singapura mencatat kenaikan pinjaman sebanyak 7%. Di Singapura, hutang awam sebahagian besar terdiri dari terbitan Singapore Government Securities untuk membiayai anggaran bersara. Sejak 1980-an, kerajaan Singapura tidak pernah mengajukan pinjaman untuk menutup defisit belanja anggaran.
Sumber: detik.com (24/8/2012)
http://hizbut-tahrir.or.id/2012/08/24/10-negara-banyak-utang-yang-terancam-bangkrut/
Jumaat, 24 Ogos 2012
Ekonomi 10 Negara Banyak Hutang yang Terancam Bangkrap
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...