Khamis, 24 Mei 2012

Kembalinya Khilafah, Negara Islam Global, Kota Rom akan Dibuka oleh Al-Fateh II

rom
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Raja yang menaklukinya ialah sebaik-baik raja dan tentera yang berada di bawah pimpinannya ialah sebaik-baik tentera." [Hadis Riwayat Ahmad Bin Hanbal, Al-Musnad (4/335)]

Bagi merealisasikan hadis tersebut, usaha menakluk Konstantinopel telah dimulakan oleh Khalifah Ali (34H), Khalifah Muawwiyah bin Abu Sufian (84H), Khalifah Sulaiman Abdul Malik (91H), Khalifah Harun al-Rasyid (165H), Sultan Beyazid (1391H, 1397H, 1400H) dan Sultan Murad (825H); tetapi, semuanya gagal.

Akhirnya, pada 20 Jamadil Awal 857H bersamaan 29 Mei 1435M barulah Kota Konstantinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya kepada hadis Nabi Muhammad SAW yang mengatakan kota itu akan ditawan oleh orang Islam.

Selepas 800 tahun lebih hadis itu diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW, barulah ia menjadi kenyataan.


Kembalinya Khilafah, Negara Islam Global, Kota Rom akan Dibuka oleh Al-Fateh II

Perang Khandaq ataupun Perang Ahzab yang berlaku pada tahun 5H. telah diriwayatkan di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW, ketika Nabi Muhammad SAW sedang menggali parit sebagai persiapan menghadapi perang tersebut, mereka terjumpa sebuah batu besar. Para sahabat cuba memecahkannya tetapi tidak berjaya.

Kemudian, Nabi Muhammad SAW mengambil penukul, Nabi Muhammad SAW berdoa lalu memukul batu itu. Pada pukulan pertama, kelihatan percikan api dan batu itu pecah separuh. Pada pukulan kedua, kelihatam lagi percikan api dan batu itu pecah semuanya.

Kemudian, Nabi Muhammad SAW bersabda (yang bermaksud):
"Pada pukulan pertama, aku melihat gedung dan istana-istana kisra di Hirab (Parsi). Pada pukulan kedua, aku melihat istana-istana merah di Romawi (Rom). Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka."

Seandainya ada Khilafah, maka kita akan menyaksikan bukan sekadar pembebasan umat Islam dan tanah-tanah kaum Muslimin dari cengkaman penjajah oleh Khalifah, malah kita akan menyaksikan Khilafah membuka (futuhat) negeri-negeri baru yang tidak pernah dibuka oleh umat Islam generasi terdahulu.

Kita akan menyaksikan bukan sahaja negara-negara kecil, malah negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah ditaklukkan oleh Khilafah sebuah Negara Islam Global. Kita akan menyaksikan pusat Kristian (Rom) akan jatuh ke tangan Islam, sebagaimana dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tatkala ditanyakan oleh sahabat:
"Di antara dua kota, yang manakah akan dibuka terlebih dahulu, Kontantinople atau Rom? Jawab Rasulullah SAW, ‘Konstantinople iaitu kotanya Heraklius" [Hadis Riwayat Ahmad].

Konstantinople telah pun dibuka oleh panglima Islam dan tentera Islam yang terbaik di bawah pimpinan Sultan Muhammad al-Fateh setelah lebih 800 tahun janji Rasulullah SAW. Namun kota kedua yang dijanjikan oleh Rasulullah akan dibuka iaitu Rom, masih lagi belum dibuka hingga kini.

Siapakah lagi yang akan membuka kota Rom ini dengan jihad dan futuhat, jika bukan Khilafah yang kedua?


Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sukarkah untuk kalian memahami bahawa Agama Islam ini sesungguhnya telah dikembangkan oleh generasi terdahulu tatkala mereka dipimpin oleh seorang Khalifah melalui jalan dakwah dan jihad ke seantero dunia?

Sukarkah untuk kalian memahami bahawa segala kebesaran, kehebatan dan kemuliaan yang diraih oleh umat Islam terdahulu adalah kerana mereka bernaung di bawah Daulah Khilafah yang senantiasa berdakwah dan berjihad membuka negeri-negeri baru dan menerapkan hukum Allah di tanah mana pun yang mereka pijaki?

Justeru, fahamilah bahawa hanya dengan adanya Khilafah, maka barulah umat ini akan meraih semula kemuliaannya sebagai umat yang terbaik yang dikeluarkan oleh Allah untuk manusia. Ya Allah! Jadikanlah tahun ini yang terakhir tanpa Khilafah....Amin ya Rabbal Alamin.
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular