Jumaat, 30 Mac 2012

Gerakan Anti Islam ingin Menghalang Penyebaran Islam di Eropah


burn
ARRAYAH.INFO, Denmark, 30 Mac 2012 - Kelompok ultra kanan Eropah dijadualkan akan mengadakan aksi di Denmark bertujuan untuk mendirikan apa yang mereka istilahkan sebagai perikatan anti-Islam di seluruh Eropah.

Demonstrasi ini diadakan oleh Liga Pertahanan Inggeris, EDL yang mengatakan ingin menghalang "Islamisasi Eropah". EDL mengharapkan aksi ini akan menjadi permulaan dari sebuah gerakan yang meluas di Eropah.

Aksi ini mendapat tentangan dari beberapa pihak. Pegiat anti rasisme membimbangkan kumpulan Gerakan Islamfobia di Eropah akan bergabung dengan gerakan tersebut.  Jumlah orang yang ikut dalam demo di Denmark tersebut sepertinya hanya sedikit.

Tetapi pemerhati mengatakan yang menjadi penting dari gerakan itu adalah kehadiran ketua kumpulan anti Islam dari negara-negara Eropah.

Mereka dilaporkan telah berada di bandar Aarhus, Denmark sejak Rabu lalu tempat di mana mereka mengadakan pertemuan dan membentuk idea aksi tersebut.


Kelompok ekstrimis

edl
Kelompok utama aksi ini EDL selama ini memang dikenali sebagai kelompok yang ingin menghentikan penghijrahan kaum Musim ke Eropah, kerana dianggap sebagai ancaman yang boleh membawa konflik di kawasan tersebut.

Mereka mengharapkan aksi demo Sabtu (31/03/12) ini akan menjadikan gerakan yang menyebar di seluruh Eropah secara serentak. Ketua EDL Stephen Lennon mengatakan ratusan orang akan ikut dalam aksi ini.
"Kami tidak mengharapkan banyak orang ikut di Aarhus," katanya. "Kami mengharapkan ini akan menjadi awal bagi gerakan Eropah yang akan terus bertambah."

Wartawan BBC melaporkan tidak jelas apakah gerakan EDL akan berjaya atau tidak. Tetapi pegiat anti rasisme membimbangkan retorika anti Islam digunakan untuk meningkatkan ketegangan di bandar-bandar Eropah dan mendorong ekstrimis dari kedua-dua belah pihak.

Matthew Goodwin seorang pemerhati kumpulan kanan-jauh dari Universiti Nottingham mengatakan gerakan ini tetap signifikan meski hanya dihadiri sedikit orang. "Apa yang kita lihat disini untuk pertama kalinya dalam sejarah politik Inggeris adalah sebuah organisasi anti Muslim memimpin untuk cuba menggerakkan kumpulan anti Islam Eropah," katanya.

Polis di Aarhus mengatakan aksi akan berlangsung terpisah dari demonstrasi tandingan yang dilakukan pegiat anti perkauman. Ketua polis Aarhus, Mogens Brondum mengatakan: "Polis boleh dan akan menangani situasi ini."

Sumber : http://www.globalmuslim.web.id/2012/03/kelompok-ultra-kanan-eropa-gelar-demo.html
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular