Khamis, 19 Julai 2012

Anak Bulan Terlihat di Indonesia, 1 Ramadhan 1433H jatuh hari Jumaat

hilal
ARRAYAH.INFO, Asia Tenggara, 19 Julai 2012 - Pasukan rukyatul hilal (anak bulan) perwakilan dari Majlis Mujahidin Indonesia (MMI), Hizbut Tahrir Indonesia, Front Pembela Islam (FPI), dan Al Husniyah telah melihat hilal di pos pemantauan Cakung pada pukul 17.58 petang.

"Telah diambil sumpah empat orang oleh pengadilan Agama Jakarta Timur," kata Ustaz Abu Jibriel mewakili pasukan rukyatul hilal MMI.

Hilal(anak bulan) dikhabarkan terlihat di ketinggian 3,5 darjah. Untuk itu, Arrahmah.com yang mendasarkan pada pandangan bahawa awal Ramadhan harus menggunakan rukyatul hilal, mengkhabarkan kepada kaum Muslimin bahawa 1 Ramadhan 1433 Hijriah jatuh pada hari Jumaat (20/7/2012).

Sementara itu, khabar dari pos pemantauan Solo yang dihadiri oleh berbagai organisasi Islam menyatakan hilal(anak bulan) sulit untuk dilihat.

"Penyebab utama tidak boleh melihat hilal(anak bulan) kerana terhalang awan tebal. Namun demikian secara perhitungan posisi bulan masih berada pada ketinggian 1,5 darjah, jadi kemungkinan memang belum boleh dilihat," ujar petugas Observatorium PPMI Assalam, AR Sugeng Riyadi.

Data Lajniyah Al-Husniyah Rukyatul Hilal Awal Ramadhan menyatakan saksi-saksi tersebut di antaranya Afriano, H. Muhammad Labib, S.pd.I (28 tahun), Nabil, SS (25 tahun).

Data tersebut ditandatangani oleh sekretari Pasukan Lajnah oleh H. Lukmanul Hakim, MM.
[arrahmah.com/arrayah.info]
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular