ARRAYAH.INFO, Putrajaya, 26 Mei 2012 - Berita yang dilaporkan berkenaan Himpunan Jutaan Belia 2012 telah mendatangkan kebimbangan kepada umat, apakah yang sedang berlaku dalam masyarakat Malaysia terutama para belia Islam di sana?
Keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam di Malaysia semakin parah. Perhimpunan ini tidak mampu untuk melahirkan umat yang soleh sebagaimana yang dikehendaki oleh Nabi Muhammad SAW.
Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah benar, budaya kita sekarang sudah terpesong daripada ajaran Islam?
Program yang diadakan di sana, seolah-olah ingin menjauhkan belia dari Islam. Cuma satu segmen sahaja iaitu segmen 'Modal Insan' yang mendorong belia kepada Islam berbanding 35 lagi segmen lain. Aktiviti di dalam segmen 'Modal Insan' cuma Solat Hajat, Majlis Tahlil, Doa Selamat, Tadarrus, Majlis Khatam Al-Quran, Khutbah Jumaat, Kolokium, Forum dakwah sahaja yang hanya diadakan di dalam masjid, tidak di luar masjid. Kenapa?
Idea pemisahan agama dari kehidupan adalah idea kufur kerana Islam sama sekali tidak memisahkan agama dari kehidupan. Idea ini dibawa dan dikembangkan oleh Barat ke dunia Islam. Begitulah 34 segmen yang lainnya, ia diadakan mengikut kehendak Barat, bukan megikut kehendak Allah SWT.
Peringatan ALLAH, Tuhan Yang Maha Berkuasa
"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padaNya; maka berhaklah negara itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya." [Surah al-Isra' : ayat 16]
Tanpa menafikan faktor ekologi, geografi dan cuaca sebagai sebab berlakunya musibah seperti gempa bumi, tsunami, tanah runtuh serta banjir besar , kita juga wajib menginsafi bahawa segala musibah dan bala yang bakal tiba adalah satu peringatan daripada Allah SWT kepada umat manusia yang kini kebanyakkan dalam keadaan lalai dan leka terhadap tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah.
Banyak maksiat yang mengundang murka dan bala dari Allah SWT. Apabila bala ini datang, tak siapa mampu menghalangnya. Maka, beringat-ingatlah kalian, para pemimpin dan juga rakyat.
Khatimah
Yakinlah wahai kaum Muslimin bahawa hal ini tidak akan dapat dilakukan kecuali sekiranya kalian kembali kepada akidah dan syariat Islam yang sebenar yang didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Yakinlah bahawa Perlembagaan kufur Lord Reid, undang-undang dan mahkamah syariah yang ada pada hari ini tidak akan dapat menyelamatkan akidah umat Islam, malah semua inilah yang menjadi perosak akidah umat Islam kerana di dalamnya terdapat hukum selain hukum yang diturunkan oleh Allah SWT.
Yakinlah bahawa tidak akan tertegak syariat Islam secara hakiki tanpa dihancurkan sistem kufur yang ada hari ini dari akar umbinya, lalu digantikan dengan sistem Islam (sistem Khilafah) dengan memberikan kekuasaan kepada seorang Khalifah yang beriman dan bertakwa kepada Allah dan Hari Akhir yang akan menerapkan hukum sebagaimana yang diturunkan oleh Allah SWT.
Dengan penerapan hukum Allah sahajalah, maka akidah pemimpin dan rakyat akan sentiasa terpelihara, Insya Allah. [abuidris/arrayah.info]
Sabtu, 26 Mei 2012
Maksiat Berlaku di Himpunan Jutaan Belia 2012, Kemurkaan Allah Pasti Tiba
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...