Sabtu, 26 Mei 2012

Maksiat Berlaku di Himpunan Jutaan Belia 2012, Kemurkaan Allah Pasti Tiba

maksiat
ARRAYAH.INFO, Putrajaya, 26 Mei 2012 - Berita yang dilaporkan berkenaan Himpunan Jutaan Belia 2012 telah mendatangkan kebimbangan kepada umat, apakah yang sedang berlaku dalam masyarakat Malaysia terutama para belia Islam di sana?

Keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam di Malaysia semakin parah. Perhimpunan ini tidak mampu untuk melahirkan umat yang soleh sebagaimana yang dikehendaki oleh Nabi Muhammad SAW.

Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah benar, budaya kita sekarang sudah terpesong daripada ajaran Islam?

Program yang diadakan di sana, seolah-olah ingin menjauhkan belia dari Islam. Cuma satu segmen sahaja iaitu segmen 'Modal Insan' yang mendorong belia kepada Islam berbanding 35 lagi segmen lain. Aktiviti di dalam segmen 'Modal Insan' cuma Solat Hajat, Majlis Tahlil, Doa Selamat, Tadarrus, Majlis Khatam Al-Quran, Khutbah Jumaat, Kolokium, Forum dakwah sahaja yang hanya diadakan di dalam masjid, tidak di luar masjid. Kenapa?

Idea pemisahan agama dari kehidupan adalah idea kufur kerana Islam sama sekali tidak memisahkan agama dari kehidupan. Idea ini dibawa dan dikembangkan oleh Barat ke dunia Islam. Begitulah 34 segmen yang lainnya, ia diadakan mengikut kehendak Barat, bukan megikut kehendak Allah SWT.


Peringatan ALLAH, Tuhan Yang Maha Berkuasa

maksiat
"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padaNya; maka berhaklah negara itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya." [Surah al-Isra' : ayat 16]

Tanpa menafikan faktor ekologi, geografi dan cuaca sebagai sebab berlakunya musibah seperti gempa bumi, tsunami, tanah runtuh serta banjir besar , kita juga wajib menginsafi bahawa segala musibah dan bala yang bakal tiba adalah satu peringatan daripada Allah SWT kepada umat manusia yang kini kebanyakkan dalam keadaan lalai dan leka terhadap tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah.

Banyak maksiat yang mengundang murka dan bala dari Allah SWT. Apabila bala ini datang, tak siapa mampu menghalangnya. Maka, beringat-ingatlah kalian, para pemimpin dan juga rakyat.


Khatimah

fatwa
Yakinlah wahai kaum Muslimin bahawa hal ini tidak akan dapat dilakukan kecuali sekiranya kalian kembali kepada akidah dan syariat Islam yang sebenar yang didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Yakinlah bahawa Perlembagaan kufur Lord Reid, undang-undang dan mahkamah syariah yang ada pada hari ini tidak akan dapat menyelamatkan akidah umat Islam, malah semua inilah yang menjadi perosak akidah umat Islam kerana di dalamnya terdapat hukum selain hukum yang diturunkan oleh Allah SWT.

Yakinlah bahawa tidak akan tertegak syariat Islam secara hakiki tanpa dihancurkan sistem kufur yang ada hari ini dari akar umbinya, lalu digantikan dengan sistem Islam (sistem Khilafah) dengan memberikan kekuasaan kepada seorang Khalifah yang beriman dan bertakwa kepada Allah dan Hari Akhir yang akan menerapkan hukum sebagaimana yang diturunkan oleh Allah SWT.

Dengan penerapan hukum Allah sahajalah, maka akidah pemimpin dan rakyat akan sentiasa terpelihara, Insya Allah. [abuidris/arrayah.info]

13 ulasan:

  1. Himpunan Jutaan Hedonisme. Murka Allah. Acara Drag Race semalam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang... Wallahu alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Acara drag tu salah satu dr acara himpunan jutaan belia ke tuan? Pape pon yg pasti, prog himpunan jutaan belia ni mengundang murka Allah...

      Padam
    2. Cedera je kan? Tak mati. Dengar cerita 4 parah.

      Padam
  2. jika tajuk tu satu doa.. amin. biar umat sedar sapa yg paling berkuasa

    BalasPadam
  3. Saya hanya mampu mendoakan agar family saya dah orang-orang yang masih sedar dan diberi petunjuk akan selamat daripada bala ALLAH.

    Allah Allah.

    T__T

    BalasPadam
  4. demi utk mempengaruhi rakyat ttang umno masih kuat himpunan dgn pelbagai maksiat dihidangkan kpd belia2....mananya fatwa & hassan ali ibrahim ali takan senyap kot....ckp memperjuangkan islam

    BalasPadam
  5. Ada orang yang marah sebab letakkan gmbr KPop yg tengah buat aksi mcm tu dan pertikaikan, kenapa gmbr nyanyian nasyid tak dipaparkan. Masih jugak nak mempertahankan kebenaran yg palsu tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haq dan bathil bila dicampur ia tetap jadi bathil. Penyani sekdi campur dengan nashid ingat jadi ibadah ke?

      Padam
    2. contoh, minum ARAK bersama memakan KURMA.
      Adakah ini membuatkan ARAK itu jadi HALAL??

      jangan jadi bodoh sangat... pakailah akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT.

      Padam
  6. salam...xpyh tggu kpop dtg...konsert2 huru hara kt malesia ni pon ap kurangnyer...ni lah barahnya bla pemerintah xletakkan Allah & Islam sebagai asas utama dan tpenting...kta cuba jauhkan dr kemungkaran, tp puak2 dajjal ni lak ajk pd kemaksiatan...Ingatlah Allah itu xbuta...kemurkaan Allah pasti tiba!!!

    BalasPadam
  7. subhanallah kerana takut hilang kuasa dan hilang harta sanggup buat penganjuran yang elebihi keburukan dpd kebaikan....Allah maha mengetahui segala kehancuran bermula dpd kemurkaan Allah terhadap hambanya yang ingkar

    BalasPadam
  8. ,npa la krjaan pndai2 wt k0nsert kp0p kt HSB tu?bkan best p0n kp0p,bod0h t0l,nnti klau Malaysia kna bala oleh Allah,mmg aq slahkn krjaan la sbab anjurkn k0nsert tu!

    BalasPadam
  9. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    BalasPadam

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular