Isnin, 26 Mac 2012

Seruan Kebangkitan Khilafah Dihalang oleh Mereka yang Munafik dan yang Fasik


tegakkan khilafah
ARRAYAH.INFO, Puchong, 26 Mac 2012 - Buat julung-julung kalinya, di Masjid As-Salam Puchong Perdana, Puchong, Selangor telah diadakan satu seruan kebangkitan Khilafah dan lafaz takbir yang penuh bersemangat daripada para syabab (pemuda) Hizbut Tahrir di Malaysia sempena 88 tahun Masihi kejatuhan Daulah Khilafah selepas solat Jumaat pada 2 Mac 2012 yang lepas.

Antara tujuan seruan adalah untuk mengingatkan kaum Muslimin agar bangkit dan berusaha bersama-sama Hizbut Tahrir bagi mengembalikan semula Daulah Khilafah yang akan menerapkan sistem Islam secara menyeluruh.

Bagaimanapun bacaan seruan tersebut gagal dihabiskan kerana ia telah dihalang oleh mereka yang munafik dan yang fasik. Walhal masjid adalah rumah Allah yang menjadi hak setiap Mukmin untuk menyampaikan Islam.

Sungguh menyedihkan apabila pihak masjid sendiri yang menghalang usaha mulia ini. Namun demikian, ia sedikit pun tidak melunturkan semangat para syabab Hizbut Tahrir, malah ia semakin menguatkan lagi keimanan dan keyakinan bahawa Allah sekali-kali tidak akan mensia-siakan usaha dakwah ini.

Inilah fitrah di dalam perjuangan di mana Rasulullah SAW dahulu pun dihalang oleh Abu Lahab semasa menyampaikan seruan Islam di Bukit Safa sehingga turunnya Surah Al-Lahab (Surah 111).

Cuma yang amat mengecewakan adalah, jika dahulu Rasulullah SAW dihalang oleh orang-orang kafir, namun sekarang usaha dakwah ini dihalang oleh umat Islam sendiri.

"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik." (Surah At Taubah: 67)

Hizbut Tahrir akan terus berjuang dan terus menyeru dan menyeru umat Islam agar berjuang menegakkan Khilafah walau sebesar mana sekalipun halangan yang ada kerana kami yakin bahawa kemenangan akan pasti datang dalam masa terdekat.

Sumber : http://www.mykhilafah.com/aktiviti-htm/3301-seruan-htm-gegarkan-masjid-as-salam

Gambar seruan kebangkitan Khilafah

khilafah  khilafah
khilafah  khilafah
khilafah  khilafah
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular