Isnin, 13 Ogos 2012

Seruan Kebangkitan Khilafah di Kubah al-Sakhrah, Palestin, Ramadhan 1433 H

kubah
ARRAYAH.INFO, Masjid Al-Aqsa, 13 Ogos 2012 - Subhanallah. Di kota suci ketiga umat Islam iaitu di kawasan Kubah al-Sakhrah (Dome of the Rock), Palestin, terus-menerus memperjuangkan tegaknya kembali Khilafah sebuah Negara Islam Global.

Usaha itu telah berlaku pada hari Jumaat, 10 Ogos 2012, di mana sebuah banner yang bertulis 'Umat Memerlukan Khilafah Islam' telah dipasang di pintu utama Kubah al-Sakhrah.

Nota ringkas terjemahannya bertulis di dalam bahasa Melayu merujuk gambar di atas:-

Dari Al Aqsa     Untuk penduduk Syam (Syria, Jordan, Lubnan)
Kita telah dijanjikan Negara Islam
Al Aqsa memanggilmu, Wahai Tentara Syam
Tentara Khilafah yang akan datang...
10 Ogos 2012 
solat
Seperti tahun-tahun sebelumnya, para pemuda menghidupkan malam lailatul qadar di Masjid Al-Aqsa, baik di dalam maupun di luar halaman masjid.

Panji Ar-Rayah, panji Rasulullah SAW pun berkibar di setiap sudut Masjid Al-Aqsa. Ramadhan ini benar-benar menjadi sebuah harapan dan kerinduan umat untuk kembali kepada sistem hukum Al-Quran, Khilafah.

Demikianlah, seruan Khilafah dengan terang terus bergema dari Baitul Maqdis. Ini semakin menunjukkan bahawa khabar gembira kebangkitan Islam akan terus hampir hingga Khilafah benar-benar berdiri kembali, dengan ibukotanya di Baitul Maqdis. Insya Allah, tidak akan lama lagi! [abuidris/arrayah.info]

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150977699040658&set=a.382753405657.168837.175817530657&type=3&theater
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular