ARRAYAH.INFO, London, 26 April 2012 - Negara-negara Kafir Eropah didapati mendiskriminasi masyarakat Islam semata-mata kerana mereka taat dan mengamalkan kepercayaan mereka, terutama dalam bidang pendidikan dan pekerjaan, kata kumpulan hak asasi, Amnesty International (AI).
Dalam satu laporannya yang tertumpu pada Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol dan Switzerland, AI menggesa kerajaan-kerajaan Eropah supaya melakukan lebih banyak bagi mencabar pandangan stereotaip dan prasangka buruk terhadap Islam.
Laporan itu khususnya kritikal terhadap negara-negara yang mengenakan larangan terang-terangan ke atas pemakaian kain penutup muka, atau vel, serta simbol-simbol keagamaan di sekolah.
'Daripada cuba memberikan hujah balas terhadap prasangka-prasangka itu, parti-parti politik dan pegawai awam sering menyokongnya dalam usaha mereka mendapatkan undi,' kata seorang pakar mengenai diskriminasi AI, Encik Marco Perolini.
'Wanita-wanita Islam dihalang mendapatkan pekerjaan dan anak-anak perempuan dihalang menghadiri kelas-kelas hanya kerana mereka memakai pakaian tradisional, seperti tudung.
'Kaum lelaki boleh dibuang kerja kerana mempunyai janggut yang biasanya dikaitkan dengan Islam,' kata beliau lagi.
Laporan AI itu diumumkan dua hari selepas parti Barisan Kebangsaan (NF) yang anti pendatang mencatatkan pencapaian perangkaan undi rekod dalam pusingan pertama pilihan raya presiden Perancis, dengan 18 peratus pengundi turut menyokong pemimpinnya, Cik Marine Le Pen.
Laporan tersebut, yang bertajuk, Pilihan dan prasangka: diskriminasi terhadap Masyarakat Islam di Eropah, menyatakan undang-undang yang melarang diskriminasi dalam pekerjaan belum lagi dilaksana dengan betul di Belgium, Perancis dan Belanda.
Para majikan dibenarkan melarang pemakaian simbol-simbol keagamaan dan budaya atas alasan bahawa ia akan mencetuskan kemarahan di kalangan pelanggannya dan rakan sekerja, atau ia bertentangan dengan imej korporat atau apa yang disebut sebagai mahu bersikap neutral, kata laporan itu.
AI berkata itu secara langsung bertentangan dengan undang-undang Kesatuan Eropah (EU).
'Undang-undang EU yang melarang diskriminasi atas alasan agama atau kepercayaan dalam bidang pekerjaan kelihatan tidak berkesan di seluruh Eropah, sedang kita melihat kadar pengangguran lebih tinggi di kalangan masyarakat Islam,' kata Encik Perolini.
Ini khususnya benar di kalangan wanita Islam berketurunan asing, tambah beliau.
Sejak sedekad lalu, pelajar sekolah dilarang memakai tudung dan pakaian tradisional keagamaan lain di negara-negara Eropah, termasuk Sepanyol, Perancis, Belgium, Switzerland dan Belanda, kata AI.
Kumpulan itu mengkritik Switzerland kerana melarang pembinaan menara baru bagi masjid.
Menurut kumpulan itu, di wilayah Catalonia, Sepanyol, ramai penganut Islam terpaksa bersolat di luar kerana pihak berkuasa menolak permohonan membina masjid atas alasan ia tidak bersesuaian dengan tradisi dan budaya Catalan. - AFP.
Khamis, 26 April 2012
Negara-Negara Kafir Eropah Mendiskriminasi Masyarakat Islam
Label:
Eropah,
Islam,
Kafir,
Masyarakat,
Mendiskriminasi,
Negara-Negara
Lokasi:
London, UK
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...