Selasa, 13 Mac 2012
Seruan Kebangkitan Negara Islam Global setelah 88 tahun Keruntuhannya di Masjid Negara
ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 13 Mac 2012 - Setelah selesai solat Jummat, pada 2 Mac 2012 yang lalu, para pemuda sebuah Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir, telah berkumpul di perkarangan Masjid Negara bersama-sama dengan umat bagi menyampaikan satu seruan kebangkitan bersempena mengingati malapetaka 88 tahun keruntuhhan Daulah Khilafah Islamiyah sebuah Negara Islam Global di Turki yang berlaku pada tanggal 3 Mac 1924.
Seruan kebangkitan ini dimulakan oleh Ustaz Abu Imtiyaz selaku pembuka bicara dengan menyeru para jemaah solat Jumaat yang hadir untuk bersama-sama mendengar dengan teliti pembacaan seruan yang akan disampaikan. Beliau menjelaskan secara sepintas lalu bahawa betapa perlunya umat Islam hari ini menyedari tentang kesan dan akibatnya apabila institusi politik Khilafah itu telah hilang daripada kehidupan umat.
Bacaan seruan kemudiannya telah disampaikan oleh Ustaz Burhanuddin. Beliau memulakan seruan dengan secara ringkas menjelaskan kepada para jemaah tentang realiti keadaan yang dihadapi oleh umat Islam di seluruh dunia pada hari ini, dengan lebih 1001 jenis masalah dan krisis yang berlaku.
“Lihatlah apa yang berlaku di Syria pada saat ini! Bagaimanakah dengan nasib umat Islam di Palestin ketika ini?!”, teriaknya.
“Fikirkanlah keadaan saudara Islam kita di Afghanistan, Iraq, Indonesia dan lain-lain lagi”, tegasnya dengan lantang.
“Bukankah kesemuanya berpunca daripada tidak diterapkan Islam di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara?”.
“Keadaan umat Islam hari ini jika kita bandingkan dengan zaman keemasan Khilafah yang terdahulu ternyata cukup berbeza, umpama langit dan bumi”, katanya lagi.
Catatan emas di era kegemilangan Khilafah di bawah Khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan salah satu contoh yang dapat dilihat bagaimana Islam mampu dan berupaya membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh alam, sesuai dengan firman Allah SWT:
“Dan tiadalah Kami mengutuskanmu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” [Surah al-Anbiyaa’ (21) : 107].
Semasa Khilafah memimpin dan menyatukan dunia dan umat Islam berada di bawah pimpinan seorang Khalifah, ternyata Islam menjadi hebat dan kuat. Wilayah Islam semakin meluas dan umat Islam menjadi umat yang terbaik yang sentiasa memimpin dunia.
Kini, realiti dan keadaan tersebut telah menjadi sebaliknya. Inilah kesan dan akibatnya apabila hilangnya kuasa politik Khilafah daripada pentas dunia dan terpisah daripada batang tubuh umat Islam. Mahu tidak mahu, inilah hakikat pahit yang perlu diakui dan diterima oleh umat Islam.
Di akhir seruan, ustaz Burhanuddin mengajak dan menyeru umat Islam yang mendengar seruan tersebut untuk menyediakan diri dan bersama-sama bergabung dengan Hizbut Tahrir yang sentiasa ada di tengah-tengah mereka bagi memperjuangkan agar tertegaknya Daulah Khilafah Islam. Semoga kegelapan yang meliputi dunia dan umat Islam pada saat ini akan sirna dengan segera dan umat Islam akan dapat meraih semula kemuliaannya sesuai dengan firman Allah SWT:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah daripada yang munkar, dan beriman kepada Allah” [Surah Ali ‘Imraan (3) : 110]. [mykhilafah.com/arrayah.info]
Sumber : http://www.mykhilafah.com/aktiviti-htm/3239-seruan-bersempena-dengan-88-tahun-kejatuhan-daulah-khilafah-di-masjid-negara
Label:
88,
di,
global,
Islam,
kebangkitan,
Keruntuhannya,
Kuala Lumpur,
masjid,
Negara,
Seruan,
setelah,
Tahun
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...