Rabu, 21 Mac 2012

Rejim Diktator Tali Barut Amerika Menangkap 25 Aktivis Penyeru Khilafah di Pakistan


seruan
ARRAYAH.INFO, Pakistan, 21 Mac 2012 - Rejim diktator Pakistan terus menerus memerangi para pengembang dakwah penyeru Khilafah sebuah Negara Islam Global yang pasti kembali mengikut jalan kenabian.

Sekurang-kurangnya 25 orang termasuk seorang anggota pusat Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir yang ditangkap polis, sumber mengatakan pada hari Khamis lepas.

Sumber seperti diambil The News Tribe mengatakan bahawa polis telah memecah masuk pertemuan rahsia parti di lokasi I-9 Islamabad, ibu kota Paksitan, dan menangkap 25 orang. "Taimoor, pemimpin pusat Hizbut Tahrir juga ditahan," tambah sumber.

Pasukan keselamatan dan polis telah memulakan operasi penangkapan terus menerus terhadap organisasi penyeru Khilafah itu, terutama setelah kes Brigade Ali yang menginginkan Khilafah.

"Secara tiba-tiba menangkap para pengganas dari CIA dan Blackwater, penguasa pengkhianat Pakistan malah menculik para anggota Hizbut Tahrir dari rumah-rumahnya."

seruan
"Hari ini dalam serangan polis Islamabad telah menculik lebih dari 15 ahli. Hizbut Tahrir mengumumkan untuk meneruskan perjuangan secara aman mereka," tegas Naveed Butt anggota Pejabat Media Hizbut Tahrir Pakistan pada hari Jumaat.

Hizbut Tahrir di Pakistan sangat tekun menyerukan dakwah dan mencerahkan pemikiran umat, serta mengungkap persekongkolan para penguasa korup dengan para penjajah.

"Penguasa khianat berusaha membersihkan tentera Pakistan dari orang-orang sedar untuk melindungi imperialis Amerika," judul sebuah risalah yang dikeluarkan Hizbut Tahrir Wilayah Pakistan awal Februari lalu.

"Wahai para perwira di angkatan bersenjata Pakistan! Ketahuilah bahawa Amerika bekerja untuk mengawal umat yang besar ini melalui faksi yang paling kuat dari umat ini, iaitu angkatan bersenjata muslim."

seruan
"Dan dari sisi lain Amerika bercita-cita mengekalkan masyarakat tetap tersesatkan melalui larangan dan pemaksaan pemantauan terhadap Hizbut Tahrir. Padahal Hizbut Tahrir adalah Parti Politik Islam Global yang bangkit di tengah-tengah umat. Seluruh kekuatan imperialis penjajah yang memiliki rencana-rencana melawan umat berusaha mengharamkan Hizbut Tahrir di pelbagai negara Islam melalui para penguasa talibarut kekuatan imperalis itu."

"Hal itu seperti yang diperlakukan Rusia dan di Asia Tengah. Juga seperti yang diperlakukan Amerika dan Inggeris di Pakistan, Bangadesh dan Jazirah Arab. Hal itu dilakukan melalui penguasa boneka sekaligus agen talibarut bakal penghuni neraka laknatullah."

"Akan tetapi, meski semua itu terjadi, Hizbut Tahrir terus tumbuh mekar dan menjadi Parti Politik Islam terbesar secara global yang berjuang lebih daripada empat puluh negeri di bawah satu kepimpinan."


seruan
"Hizbut Tahrir berdampingan dengan orang-orang sedar di dalam angkatan bersenjata atas izin Allah, nescaya mampu membebaskan umat dari perhambaan imperialisme."

Demikianlah, rejim diktator Pakistan sudah tidak memiliki rasa malu lagi demi menyenangkan tuannya Amerika Syarikat untuk menangkap para pengembang dakwah ikhlas yang bekerja bersama-sama umat untuk melaksanakan Islam.

Sampai bila-bila? "Kemudian akan datang Khilafah yang sesuai dengan kaedah kenabian ...," sabda Nabi Muhammad saw. dalam sebuah hadisnya mengkhabarkan. [syabab.com/arrayah.info]

Sumber : http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2468-rezim-diktator-pakistan-tangkap-25-aktivis-hizbut-tahrir-penyeru-khilafah-di-islamabad.html
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular