Jumaat, 25 Mei 2012

Israel adalah Ancaman Serius Terhadap Keselamatan Global

ancaman
ARRAYAH.INFO, Jerman, 25 Mei 2012 - Analisis tinjauan pendapat terbaru menunjukkan bahawa majoriti rakyat Jerman menentang polisi konfrontasi rejim Israel di kawasam Timur Tengah.

Tinjauan pendapat itu muncul menjelang kunjungan Presiden Jerman, Joachim Gauck ke Tel Aviv dan Palestin.

Menurut kajian yang diterbitkan oleh majalah berita Stern, sekitar 59 peratus daripada responden memandang entiti Yahudi sebagai agresif, yang menunjukkan peningkatan 10 peratus berbanding dengan tinjauan serupa pada Januari 2009.

Sementara itu, kira-kira 70 peratus dari mereka yang ditinjau mengatakan Tel Aviv sedang mengejar kepentingannya tanpa mengira bangsa yang lain. Responden dengan jumlah yang sama juga menyatakan bahawa Jerman tidak mempunyai kewajipan khusus terhadap Israel.

Hasil tinjaun ini keluar tidak lama selepas sasterawan Jerman Gunter Grass yang memperoleh penghargaan Nobel, mengkritik keras sikap Israel. Grass dalam puisinya yang berjudul "Apa yang Harus Katakan," yang diterbitkan di harian Jerman Süddeutsche Zeitung pada 4 April 2012 menyebut Israel mengancam keamanan dunia.

Puisi itu mencetuskan kemarahan Tel Aviv. Kedutaan Israel di Berlin mengeluarkan kenyataan keras terhadap Gunter Grass.

Pada 8 April 2012, Menteri Dalam Negeri Israel Eli Yishai mengeluarkan larangan bagi Gunter memasuki Israel, dan menuduhnya mengobarkan api kebencian terhadap Tel Aviv.

Menurut tinjauan yang dilakukan tahun 2011 oleh Friedrich Ebert Foundation yang berpusat di Berlin, lebih dari 50 peratus orang Eropah percaya bahawa Israel adalah ancaman yang paling serius terhadap keselamatan global.

Editor: Endah Hapsari  Sumber: IRIB / IRNA
http://www.republika.co.id/berita/internasional/global/12/05/24/m4hz1l-rakyat-jerman-israel-adalah-ancaman-global
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular