ARRAYAH.INFO, Jakarta, 5 Mei 2012 - Ketiadaan Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global telah menyebabkan kehormatan dan kemulian umat Islam akan terus dinodai oleh kaum kafir laknattullah.
Berulang kembali Paderi Kristian berasal dari Florida Amerika Syarikat, Terry Jones membangkitkan kemarahan kaum muslimin dengan cara menghina dan membakar kitab suci Al-Quran, pada hari Ahad, 29 April 2012 yang lalu.
Ini bukan pertama kalinya, tahun 2010 yang silam Terry juga menganjurkan hari pembakaran kitab suci Al-Quran. Namun tindakannya itu dikecam di seluruh Dunia terutama kaum muslimin.
Tindakbalas penghinaan tersebut, Hizbut Tahrir Indonesia mengadakan seruan mengutuk pembakaran kitab suci Al-Quran, pada hari Jumaat, 4 Mei 2012 di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta. Ribuan berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, mengutuk tindakan keji Paderi Terry Jones.
Penghinaan Terhadap Islam dan Kaum Muslim
Tindakan Jones sebagai tindakan keji, tidak beradab dan sangat merendahkan kehormatan, keagungan serta kesucian Al-Quran. Pembakaran Al-Quran merupakan penghinaan terhadap Islam dan kaum muslimin seluruh dunia.
Pembakaran kitab suci Al-Quran sebagai bukti kegagalan Amerika Syarikat dalam melindungi kehormatan agama Islam dan kitab sucinya. Hal ini sekaligus menunjukkan doktrin penghormatan dan perlindungan Hak Asasi Manusia hanya cakap kosong belaka."
Peristiwa ini, menunjukkan kelemahan umat Islam. Meski jumlahnya sangat banyak yaitu mencapai 1,5 bilion ternyata tidak mampu melindungi kehormatan umat Islam termasuk kitab sucinya.
Selain melakukan seruan, Hizbut Tahrir Indonesia juga membawa beberapa spanduk dan poster dalam bahasa Inggeris, bahasa Arab dan Indonesia. Diantaranya bertuliskan, "Caliphate the true shield of Quran", "Jihad to protect Quran", "You burn Quran, you burned in Hell..!!!", "Kau Bakar Quran-ku, Binasalah Kau!!".
Pada hari Ahad, 29 April 2012, Paderi kontroversial dari Gereja Dove World Outreach Center, Terry Jones, merealisasikan ancamannya dengan mambakar kitab suci umat Islam, Al-Quran dan gambar yang diklaim sebagai gambar Nabi Muhammad SAW di depan gerejanya.
Demikianlah, tanpa keberadaan Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global sebagai perisai umat, kaum Muslim begitu mudahnya dihinakan, termasuk kitab suci umat Islam tersebut.
Sudah saatnya umat menyedari pentingnya Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global sebagai perisai yang akan menghentikan para penghina Islam, Al-Quran, Nabi, serta kaum Muslim. Kini saatnya, umat bahu-membahu untuk bersegera mewujudkannya. Insya Allah, ia semakin dekat untuk ditegakkan.
Sumber :http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2546-hizbut-tahrir-indonesia-mengutuk-pembakaran-al-quran-oleh-pendeta-gila-terry-jones-amerika-gagal-lindungi-kehormatan-agama-f.html
Sabtu, 5 Mei 2012
Al-Quran Dihina dan Dibakar : Perisai dan Pelindung Umat iaitu Khilafah, Wajib Segera Ditegakkan
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...