Di dalamnya setiap muslim dituntut untuk berkorban dengan menahan rasa lapar dan dahaga demi meraih derajat taqwa. Taqwa adalah puncak hikmah dari ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Perwujudan taqwa secara individu tidak lain adalah dengan melaksanakan semua perintah Allah SWT dan menjauhi semua larangan-Nya.
Sedang perwujudan taqwa secara kolektif adalah dengan menerapkan syariah secara kaffah dalam seluruh aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara di bawah naungan Khilafah sebuah Negara Islam Global. Semua kebaikan yang didapat sepanjang bulan Ramadhan tentu menjadi kurang bermakna jika tidak ditindak lanjuti oleh pelaksanaan syariah secara kaffah, kerana justeru itulah sesungguhnya wujud ketaqwaan yang hakiki.
Rasululullah SAW dan para sahabat telah membuktikan dan menunjukkan kepada kita bahwa Ramadhan bukanlah saat untuk bersahaja atau bersantai. Beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam justeru terjadi di bulan Ramadahan. Perang Badal al Kubra, terjadi pada 17 Ramadhan 2H. Ibnu Hisyam menyatakan perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan.Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini telah mengalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.
Persiapan perang Khandaq dilakukan bulan ramadhan tahun 5 Hijriyah. Dengan mengali parit (Khandaq) sekeliling kota Madinah.. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Zulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahbelah pasukan musuh.
Peristiwa penting lain adalah Fath al Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala. Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.
Pada Ramadhan 10H, Rasulullah SAW mengutus pasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku yang berpengaruh di Yaman langsung menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka solat berjamaah bersama Imam Ali RA. pada hari itu.
Terdapat banyak kemenangan umat Islam di bulan Ramadhan ini.
Ramadhan 53H merupakan kemenangan tentera Islam di pulau Rhodes.
Ramadhan 92H Tariq Ziyad yang memimpin 12 ribu tentera Islam berhasil mengalahkan tentera kuffar berjumlah 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Frederick. Di sini awalnya zaman keemasan Islam di Andalusia, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.
Ramadhan 584H, Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar atas tentera Salib. Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semua kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertemu dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H (6 September 1260M) di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran.
Adalah penting bagi kita untuk memperhatikan pesan Hizbut Tahrir dalam menyambut Ramadhan ini .
- Pertama, Kepada seluruh umat Islam agar dapat melaksanakan Puasa Ramadhan dengan sebaik-baiknya, dengan penuh khusyu’ dan ikhlas, serta dengan penghayatan sehingga seluruh hikmah puasa dapat ditangkap dengan baik. Suasana bulan Ramadhan yang juga disebut syahrul jihad (bulan jihad) hendaknya mampu menambah kekukuhan iman, semangat untuk berpegang teguh kepada Islam, serta lebih giat lagi melakukan amar makruf, nahi mungkar dan berjuang demi terwujudnya kehidupan Islam melalui tegaknya kembali syariah dan Khilafah di muka bumi.
- Kedua, Kepada pemerintah untuk dengan sungguh-sungguh menjaga situasi dan keadaan politik, sosial, ekonomi dan budaya agar tetap kondusif sedemikian sehingga umat Islam dapat melaksanakan puasa Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Tempat-tempat maksiat, termasuk tempat hiburan, yang tiap menjelang bulan Ramadhan selalu mengundang kontroversi, memang semestinya ditutup selamanya. Demikian juga perbuatan maksiat, seperti rasuah, seks bebas, kezaliman dan sebagainya, termasuk abai terhadap perintah dan larangan Allah SWT yang termaktub dalam Al-Quran maupun Al- Hadis, semestinya juga dihentikan.
Bila dan hanya bila penduduk benar-benar beriman dan bertaqwa (melaksanakan seluruh perintah dan meninggalkan seluruh larangan Allah SWT) saja, keberkahan akan senantiasa melimpah pada umat ini.
Oleh : Farid Wadjdi
Malay Edit : Abu Idris / arrayah.info
“Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat”
Sumber : http://www.facebook.com/SyariahKhilafah