Ahad, 11 Mac 2012

Sistem Pemerintahan Khilafah pasti Melindungi Martabat Wanita


ARRAYAH.INFO, Tunisia, 11 Mac 2012 - Kesetaraan dan hak-hak wanita akan wujud sempurna jika kewujudan kembali Sistem Pemerintahan Khilafah Islamiyah iaitu sebuah Negara Islam Global.

Untuk menjamin kesejahteraan para wanita memerlukan adanya visi politik baru yang tegas yang merangkumi rancangan politik dan ekonomi yang menyeluruh untuk perubahan serta adanya strategi yang jelas tentang bagaimana untuk melindungi martabat dan hak-hak politik, ekonomi, pendidikan dan undang-undang bagi wanita.

Hanya Daulah Khilafah lah yang mampu merubah gejolak saat ini menuju perubahan sejati bagi para perempuan di dunia Islam. Demikian kenyataan Dr Nazreen Nawaz, Anggota Media Pusat Hizbut Tahrir yang juga juru bicara "Persidangan Perempuan Antarabangsa" yang diadakan Muslimat Hizbut Tahrir.

"Kami menyeru semua perempuan yang meyakini betapa pentingnya memberikan hak-hak bagi perempuan untuk bergabung dengan kami dalam persidangan bersejarah yang akan menggambarkan bagaimana sistem Khilafah dapat menjamin keadilan dan keamanan bagi perempuan dari dunia Islam. Sistem Khilafah ini adalah sebuah model sejati untuk melindungi hak-hak wanita secara global," ujar Nazreen Nawaz dalam kenyataan akhbar yang dihantar ke pejabat redaksi.

Acara persidangan ini berlangsung hari Ahad, 10 Mac 2012 ini di La Marsa Les Cotes de Carthage, Tunisia Gammareth, Tunisia.

Persidangan ini akan mengumpulkan para ahli politik perempuan, penulis, ahli akademik, wartawan, guru, tokoh masyarakat, wakil organisasi perempuan dan para perempuan pencetus pendapat dari seluruh dunia. Akan dibentangkan gambaran terperinci tentang bagaimana tegaknya sistem Khilafah yang menerapkan perundangan berdasarkan syariah Islam akan membawa perubahan bererti bagi hak-hak, status, dan kehidupan perempuan.

Para penceramah berasal dari Muslimah Hizbut Tahrir dari Tunisia, Jordan, Palestin, Yaman, Turki, Libya, Sudan, Lubnan, Syria, Indonesia, dan Eropah. Mereka akan menjelaskan bagaimana Khilafah mempunyai penyelesaian jitu dan praktikal bagi pelbagai masalah politik, ekonomi dan sosial yang menimpa kaum perempuan di negara mereka.

Persidangan juga akan menyoroti peningkatan sokongan kaum perempuan Muslim terhadap penubuhan pemerintahan Islam di dunia Islam.

Persidangan ini akan disiarkan melalui live-streaming secara global dan juga akan diiringi pameran tentang makna khilafah dan gambaran status seorang perempuan dalam Islam.

Selama beberapa minggu terakhir, Muslimah Hizbut Tahrir - dari Timur Tengah hingga Rusia, Eropah sampai Afrika, Pakistan, Indonesia, Turki hingga Australia - terlibat aktif dalam kempen global yang diselaraskan dalam pelbagai kegiatan.

Di antaranya; penyebaran risalah-risalah secara beramai-ramai, penyelenggaraan pelbagai seminar dan bazar di pinggir-pinggir jalan, melawat pejabat media, serta menguruskan kempen yang dinamik dan meluas melalui internet dan media sosial untuk menjelaskan mengapa mereka meyakini bahawa sistem Khilafah adalah satu-satunya yang akan memberikan keadilan bagi kaum perempuan di dunia Muslim setelah beberapa dekad hidup dalam penindasan.

Sumber : http://hidayatullah.com/read/21624/11/03/2012/sistem-khilafah-dinilai-melindungi-martabat-perempuan-.html
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular