ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 22 September 2012 – Hizbut Tahrir Malaysia sekali lagi menggegarkan Angkatan Tentera Malaysia dengan menyeru agar bertindak ke atas penghinaan yang dilakukan oleh Sam Bacileke atas Rasulullah SAW melalui penerbitan filemnya Innocence Muslim.
Seruan Hizbut Tahrir Malaysia itu disampaikan oleh Ustaz Umar Hussein, AJK Pusat Hizbut Tahrir Malaysia sebaik sahaja selesai solat Jumaat, 21 September 2012 di Masjid Khalid al-Walid, Jalan Padang Tembak.
Di dalam seruannya, Hizbut Tahrir Malaysia menyatakan bahawa tentera wajib bertindak dalam isu ini kerana Rasulullah SAW adalah Rasul kepada seluruh kaum Muslimin termasuklah warga tentera.
Sungguh tidak wajar jika Angkatan Tentera Malaysia hanya berdiam diri dalam kes penghinaan ke atas Rasulullah SAW kerana setiap Muslim wajib mencintai Rasulullah lebih dari segala-galanya di dunia ini.
Apatah lagi Angkatan Tentera Malaysia sebagai sebuah institusi yang mempunyai kekuatan yang sejati di dalam mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Angkatan Tentera Malaysia mesti bertindak segera kerana ia adalah kewajipan, tegas Ustaz Umar di dalam seruannya.
Umar seterusnya melaungkan bahawa tidak ada solusi yang tuntas di dalam menjawab kebiadaban kuffar Amerika Syarikaat dalam kes ini kecuali apabila tentera bersuara dengan memberi ancaman jihad kepada Amerika Syarikaat.
Para pemimpin yang ada sudah tidak boleh diharap di mana mereka hanya terus membisu dan langsung tidak berani bersuara.
Justeru, harapan umat Islam disandarkan kepada tentera bagi menjawab kelancangan warga Amerika Syarikaat dan negara Amerika Syarikaat dalam menghina Rasulullah SAW dengan jihad fi sabilillah.
Sekitar 300 anggota dan penyokong Hizbut Tahrir Malaysia melaungkan takbir berkali-kali di sepanjang demonstrasi aman tersebut. Para demonstran kemudian bergerak dari masjid Khalid al-Walid menuju ke Kementerian Pertahanan (Mindef) tidak jauh dari situ bagi menyerahkan memorandum kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Memorandum berupa bantahan, gesaan dan peringatan kepada Panglima Angkatan Tentera agar tidak hanya berdiam diri dengan penghinaan yang berlaku ke atas Nabi Muhammad SAW.
Sebaik tiba di pintu pagar Mindef, sekali lagi seruan dilaungkan oleh Umar Hussein bagi mengingatkan Angkatan Tentera Malaysia akan tanggungjawab mereka untuk berjihad demi menjaga kesucian Nabi Muhammad SAW dari terus dicemari oleh puak kuffar.
Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman sebagai ketua delegasi seterusnya meminta untuk berjumpa Panglima Angkatan Tentera Malaysia bagi menyerahkan memorandum atau mana-mana wakil Panglima Angkatan Tentera Malaysia untuk datang menerima memorandum tersebut.
Setelah menunggu lebih kurang 10 minit di perkarangan pagar yang diselang-seli dengan ucapan dan laungan takbir para demonstran, salah seorang pegawai datang dan menerima memorandum tersebut bagi pihak Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan berjanji akan menyerahkannya kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Hampir kesemua anggota Angkatan Tentera Malaysia yang berkawal di depan pagar, khususnya pegawai yang menerima memorandum, telah memberikan kerjasama yang baik kepada Hizbut Tahrir Malaysia di sepanjang proses penyerahan memorandum tersebut.
Anggota Hizbut Tahrir Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia kemudian saling bersalaman sebaik memorandum selesai diserahkan. Pujian wajar diberikan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia yang telah menunjukkan keprofesionalan dan sifat ukhwah yang tinggi semasa menerima memorandum.
Demonstrasi aman ini berakhir dengan bacaan doa oleh Ust Isa Abdullah, yang memohon agar Allah SWT memberikan kekuatan dan kemenangan kepada umat Islam, melalui pertolongan yang diberikan oleh Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha Hizbut Tahrir Malaysia untuk menegakkan Daulah Khilafah yang akan menyatukan umat Islam dan seterusnya mengajar kuffar Barat agar tidak lagi berani menghina Islam, umat Islam dan Rasulullah SAW. Doa turut disambut dan diaminkan oleh kesemua anggota tentera yang ada di situ.
Sumber : http://www.mykhilafah.com/aktiviti-htm/3673-hina-nabi-htm-gegarkan-atm-seru-agar-bertindak
Lihat video seruan
Sabtu, 22 September 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...