Ahad, 8 Julai 2012

Muktamar Khilafah di Ramallah, Palestin - Usaha Menegakkan Sebuah Negara Islam Global

ARRAYAH.INFO, Ramallah, 8 Julai 2012 - Muktamar Khilafah anjuran Hizbut Tahrir di Palestin telah diadakan pada petang hari Sabtu, bertarikh 7 Julai 2012 dan dihadiri beribu-ribu orang lelaki dan wanita sebagai satu usaha untuk menyedarkan umat tentang kewajipan menegakkan Khilafah.

Umat ​​Islam di Palestin mempunyai harapan besar, terutama mereka yang berada di Ramallah setelah Muktamar Khilafah, satu usaha untuk menegakkan sebuah Negara Islam Global telah berjaya dilakukan.

Situasi di Tanah Melayu, bagaimana pula keadaannya? Mengapakah majoriti orang Islam di Tanah Melayu tidak seperti orang Ramallah, berusaha mengembalikan Khilafah? Adakah majoriti orang Islam di Tanah Melayu tidak mengenali, apa sebenarnya Khilafah? Atau mungkin mereka tidak mengenali kehidupan Islam yang harus diterapkan pada di setiap saat dan setiap waktu oleh penerapnya iaitu Khilafah?

Bagi yang tidak tahu, Khilafah adalah Negara Islam Global yang akan menggunakan kekuasaannya untuk menerapkan syariat Islam di setiap saat dan setiap waktu di seluruh pelusuk bumi.

Mungkin ada orang yang menganggap mustahil kemungkinan berdirinya Khilafah. Namun fakta dengan mata kasar, anda sudah lihat umat Islam sedang menuntut Khilafah.

Di belakang umat Islam yang sedang menuntut Khilafah ini ada Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir pun sama, iaitu gerakan global yang berusaha mendirikan Khilafah dari mula awal penubuhannya hingga kini tidak pernah berubah-ubah.

Muktamar Khilafah yang berlangsung di seluruh dunia merupakan ketakutan yang menimpa penguasa zalim setiap tahun. Buktinya mereka berusaha dengan seluruh kekuatan mereka, dan para penguasa dan pemimpin munafik yang menjadi bonekanya untuk mencegah dan menekan agar muktamar tersebut tidak terjadi, dan melarang media untuk meliput ketika muktamar tersebut tetap diadakan.

Namun pertanyaannya adalah jika mereka begitu gemetar ketakutan dengan kegiatan ini, maka bagaimana reaksi mereka ketika menerima khabar bahawa berdirinya Khilafah tidak lama lagi? Bersedialah kalian.....terutamanya Pemimpin-Pemimpin Kafir, Fasik, Zalim dan Munafik!
[abuidris/arrayah.info]

Laporan Video





Laporan Bergambar













Sumber : http://www.pal-tahrir.info/events/28-news-comment/4679-%D9%85%D8%A4%D8%AA%D9%85%D8%B1-%D8%A7%D9%84%D8%AE%D9%84%D8%A7%D9%81%D8%A9-%D9%81%D9%8A-%D8%B1%D8%A7%D9%85-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87-%D9%8A%D9%86%D9%87%D9%8A-%D8%A3%D8%B9%D9%85%D8%A7%D9%84%D9%87-%D8%A8%D8%AD%D8%B6%D9%88%D8%B1-%D8%A2%D9%84%D8%A7%D9%81-%D8%A7%D9%84%D8%B1%D8%AC%D8%A7%D9%84-%D9%88%D8%A2%D9%84%D8%A7%D9%81-%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%B3%D8%A7%D8%A1.html
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular