Selasa, 10 April 2012
Seminar Realiti, Alasan dan Penyebab Terjadinya Fenomena Jenayah Rasuah di Afghanistan
ARRAYAH.INFO, Kabul, 10 April 2012 - Parti Politik Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Wilayah Afghanistan telah mengadakan seminar tentang jenayah rasuah, yang bermaharajalela di Afghanistan. Para penceramah menjelaskan realiti, alasan, dan penyebab terjadinya fenomena tersebut dan persoalan mengapa rasuah menjangkiti masyarakat Islam Afghanistan.
Selain itu, mereka membincangkan penyelesaian atas rasuah dan masalah lain yang berkaitan dengan masalah ini. Mereka menjelaskan dari sudut pandang ideologi Islam, yang mampu menyelesaikan masalah yang menghancurkan nilai-nilai teras masyarakat Afghanistan. Para penceramah mengatakan bahawa hanya pelaksanaan Islam yang lengkap yang boleh membuat rasuah menjadi sejarah.
Persidangan ini dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama disampaikan dua pidato yang dilanjutkan dengan dua filem dokumentari: "Demokrasi, Akar Penyebab Rasuah", dan "Kebangkitan Umat Muslim". Di bahagian kedua, sesi soal jawab dari para hadirin dengan para penceramah.
Dalam pembicaraan pertama, dibahas alasan utama rasuah. Ditekankan bahawa sistem kufur Demokrasi dan pemikirannya tentang kemakmuran dalam hidup ini adalah penyebab sebenarnya rasuah. Hal ini kerana pemikiran seperti itu berasal dan disebarkan oleh sistem kapitalis, ditambah dengan rasuah para penguasa boneka dan ketidakmampuan sistem untuk menyelesaikan masalah dasar warga yang telah menyebabkan rasuah tersebar luas. Kurangnya kesetiaan warga negara terhadap sistem ini, kerana sistem demokrasi kapitalis dan nilai-nilai percanggahan dengan nilai-nilai ideologi Islam yang ditegakkan oleh rakyat, digambarkan sebagai penyebab utama rasuah, kerana rakyat mengabaikan peraturan dan undang-undang suatu sistem yang tidak berdasarkan pada aqidah mereka.
Untuk soalan penyelesaian rasuah pentadbiran kerajaan, dikatakan bahawa rasuah merupakan masalah kapitalisme, seperti pertikaian geopolitik dan ketegangan antara negara-negara seperti Iran dan negara-negara Teluk, Pakistan, dan Afghanistan adalah masalah yang dicipta oleh geopolitik yang direka oleh negara-negara kapitalis. Tidak hanya rasuah tapi masalah-masalah lain yang diciptakan oleh kapitalisme akan hilang begitu sistem kapitalme dan sistem kerajaan demokrasi dicabut dari negara umat Islam.
Pembicara kedua menunjukkan fakta bahawa rasuah disebabkan oleh penswastaan dan kebebasan mutlak, terutama kebebasan pemilikan. Negara-negara yang berada di bawah kawalan (tentera atau politik) pengusung ideologi kapitalisme yang sangat terpengaruh oleh kesan dari idea-idea kapitalisme ini seperti kebebasan ekonomi dan sosial serta sekularisme. Iraq, Afghanistan, dan Somalia adalah beberapa contoh tentang hal ini.
Dalam pembicaraan kedua itu sebuah penyelesaian menyeluruh dari semua permasalahan tersebut dibahas. Prinsp dan mekanisme yang direka oleh Islam, seperti halal dan haram untuk berbuat, pengagihan kekayaan, penggunaan sumber, penyatuan kekuatan kaum Muslim dalam hal sumber dan perdagangan di dalam negeri Muslim ditentukan sebagai mekanisme praktikal untuk meningkatkan semangat ekonomi dan penciptaan kemakmuran. Dikatakan bahawa hal ini tidak mungkin kecuali umat melipat dan memasukkan ke tong sampah sejarah sistem geopolitik yang dibuat oleh negara Kafir kolonialis pada akhir perang dunia I setelah menghapuskan sistem Khilafah di Turki pada awal abad ke-20. Pentingnya pendirian negara Khilafah itu untuk mencapai tujuan-tujuan yang telah ditegaskan.
Pegawai kerajaan, pemimpin suku, para penganalisis, politik, mahasiswa dan guru datang dari seluruh negeri untuk mengambil bahagian dalam persidangan tersebut. Peserta menyambut hangat upaya Hizbut Tahrir untuk menggelar persidangan tersebut tentang topik yang telah menyebabkan kemarahan meluas dan kekecewaan di antara warga Afghanistan. [M / ht-afghanistan / syabab.com / arrayah.info]
Sumber : http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2517-hizbut-tahrir-wilayah-afghanistan-menyelenggarakan-konferensi-di-ibukota-tentang-korupsi-penyebab-dan-solusinya.html
Label:
Afghanistan,
Alasan,
dan,
di,
Fenomena,
Jenayah,
Penyebab,
Rasuah,
Realiti,
Seminar,
Terjadinya
Lokasi:
Kabul, Afghanistan
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...