Selasa, 1 Mei 2012

Kemenangan dan Pertolongan Allah akan Datang, Masanya Sudah Tiba

arrayah
ARRAYAH.INFO, Tunisia, 1 Mei 2012 - Para pemuda (aktivis) Hizbut Tahrir di Tunisia, pada hari Jumaat, 27 April 2012 yang lalu telah menyatakan sokongan terhadap rakyat Syam (Syria) di ibu negara Tunisia, Tunis, di halaman Kasbah, setelah selesai solat Jumaat.

Dalam aksi seruan itu disampaikan sejumlah pernyataan yang mengandungi sokongan terhadap rakyat Syam dan seruan kepada tentera kaum Muslim untuk menyokong Syria dengan mendirikan Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global dan melenyapkan rejim-rejim zalim, serta menegaskan bahawa kita semua adalah satu umat tanpa kecuali.

Aksi seruan itu diwarnai dengan laungan takbir (Allahu Akbar, Allah Maha Besar) serta slogan-slogan yang mengandungi sokongan terhadap rakyat Syam dan revolusinya yang diberkati di pelbagai tempat.

Pada masa yang sama, di bandar Kelibia berlangsung juga masîrah aksi seruan yang diadakan oleh para pemuda (aktivis) Hizbut Tahrir untuk memberikan sokongan pada rakyat Syria.

Dalam aksi seruannya itu, mereka mengibarkan bendera al-Uqab, iaitu al-Liwa 'dan ar-Rayah, sambil menyeru jatuhnya diktator zalim Bashar Assad, dan memulai kembali kehidupan Islam secara keseluruhan.

Mereka memberitahu kepada rakyat Tunisia, media dan seluruh umat Islam bahawa sikap sokongan yang diadakan oleh Hizbut Tahrir akan berlangsung setiap minggu sampai Allah Maha Berkuasa melepaskan kesulitan yang sejauh ini menimpa saudara-saudara seagama.

Mereka menyeru kepada semua kaum Muslim yang ikhlas untuk berdiri bersama-sama serta bergabung dengan Hizbut Tahrir, agar kaum kafir Barat dan para talibarutnya mengetahui bahawa Nasrullah (pertolongan Allah) akan datang dan masanya sudah tiba. [kbht / htipress / syabab.com / arrayah.info]

Sumber : http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2542-hizbut-tahrir-tunisia-kembali-tegaskan-dukungannya-kepada-rakyat-suriah.html
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular