Kegiatan tersebut sudah diadakan diantaranya di depan Masjid An-Nur, di Al-Abbasiyya, Kaherah, Jumaat, 05 Oktober 2012. Sebelumnya, kempen tentang rancangan Perlembagaan Negara Islam juga diadakah di hadapan Universiti Kaherah, Rabu, 03 Oktober 2012.
Khemah bergerak sebagai tempat maklumat juga ditubuhkan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Al-Fath. Sedangkan pada hari Rabu, 10 Oktober 2012, aktiviti dakwah juga diadakan di gerbang Universiti Kaherah, di mana mereka bersama-sama menyebarkan risalah dan berbincang dengan para mahasiswa. Di hadapan Masjid An-Nur, sebuah khemah maklumat didirikan di depan Masjid An-Nur.
Koleksi berbagai macam buku dipamerkan, siaran akhbar bertajuk "Perlembagaan Mesir Harus Menjadi Perlembagaan Islam", dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Wilayah Mesir, bersama salinan dari kitab "Rancangan Perlembagaan Negara Islam" bagi kaum Muslim. Selain itu, beberapa poster menggambarkan struktur Negara Islam menarik perhatiaan jamaah.
Alhamdulillah, sebagaimana dilaporkan, kaum Muslim memberikan respon positif yang besar dari kempen ini. Para aktivis Hizbut Tahrir terlibat banyak perbincangan dengan masyarakat mengklarifikasi hakikat dari Negara Islam dan perlembagaan yang mengakibatkan perhatian yang tinggi ke khemah maklumat.
Situasi serupa juga berlaku di beberapa tempat. Para akvitis Hizbut Tahrir secara meluas berbincang dengan kaum Muslim untuk memahamkan tentang pentingnya Khilafah serta perlembagaan bagi Negara Islam.
Dilaporkan, Insya Allah, Hizbut Tahrir Wilayah Mesir akan meneruskan kempen ini dalam minggu-minggu akan datang, berharap kepada Allah SWT sokongan dan bimbingan-Nya. [ar / kcom / syabab.com / arrayah.info]
Sumber : http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2922-hizbut-tahrir-wilayah-mesir-kampanye-konstitusi-khilafah-di-masjid-an-nuur-dan-di-berbagai-tempat-lainnya-foto.html
Lihat Foto:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan