ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tripoli, Lubnan pada hari Jumaat, 1 Jun 2012 setelah selesai solat Jumaat yang lepas.
Sheikh Ahmed al-Qasas dan Ustaz Osman Bakhach mengetuai seruan kebangkitan untuk mengembalikan semula Khilafah sebuah Negara Islam Global untuk menghalang pemberontakan di Syria.
2 Pilihan : Kemenangan Islam atau Syahid
Sekalipun diancam dengan pembantaian, kaum Muslim Syam semakin berani dan tidak takut lagi untuk terus berbicara di hadapan penguasa zalim talibarut kafir Amerika. Bahkan mereka telah berikrar untuk memilih dua pilihan, kemenangan Islam atau syahid.
Sungguh berbahagia mereka yang telah mencapai akhir hidupnya dalam keadaan syahid setelah mereka berani berbicara di hadapan penguasa zalim, lalu sang penguasa itu memerintahkan untuk membunuhnya.
Semua ini mengingatkan kita kepada Rasulullah SAW tercinta yang telah bersabda:
"Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan lelaki yang berkata di hadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya" (Hadis Riwayat al-Hakim).
Di Manakah Khalifah Pembela Umat?
Di manakah saudara-saudara seakidah, seagama yang berkuasa mampu menjawab panggilan saudaranya itu? Di manakah para tentara umat Islam yang tersebar luas di berbagai negeri umat Islam itu?
Bukankah Allah SWT telah berfirman, “Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan.” (Surah Al-Anfal [8]: 72). Lalu, di manakah Khalifah / Amirul Mukminin, pemersatu umat dan perisai bagi umat ini?
Umat benar-benar memerlukan satu kesatuan politik di bawah naungan Khilafah Rasyidah sebuah Negara Islam Global yang akan mengerahkan segala potensi umat untuk membebaskan kaum Muslim dari cengkraman penjajah dan talibarutnya. Insya Allah, kedatangannya semakin dekat saja.
Ya Allah, persatukanlah umat Islam sedunia di bawah naungan Khilafah. Berikanlah kesabaran dan kuatkanlah iman saudara-saudara kami di bumi Syam. Segerakanlah pertolongan-Mu datang untuk saudara-saudara kami di bumi Syam, bumi yang diberkahi. Amin. [abuidris/arrayah.info]
Sumber: https://www.facebook.com/osman.bakhach.9
Lihat video seruan di Wilayah Syam di Tripoli, Lubnan
Ahad, 3 Jun 2012
Video : Seruan Kebangkitan Khilafah untuk Menghalang Kekejaman di Syria
Label:
di,
kebangkitan,
Kekejaman,
khilafah,
menghalang,
Seruan,
Syria,
untuk,
Video
Lokasi:
Lebanon
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...