Selasa, 26 Jun 2012

Muktamar Khilafah di Belanda, Eropah - Usaha Menegakkan Sebuah Negara Islam Global

muktamar
ARRAYAH.INFO, Belanda, 26 Jun 2012 - Umat ​​Islam di Eropah mempunyai harapan besar, terutama mereka yang berada di Belanda setelah Muktamar Khilafah, satu usaha untuk menegakkan sebuah Negara Islam Global telah berjaya dilaksanakan.

Pada hari Ahad, bertarikh 17 Jun 2012, di bandar Amsterdam. Hizbut Tahrir, Parti Politik Islam bersama minoriti orang Islam di Belanda telah berjaya melaksanakan Muktamar Khilafah sebagai satu usaha untuk menyedarkan umat tentang kewajipan menegakkan Khilafah.

Jumlah umat Islam di Belanda hanyalah 946,000 orang daripada 16,653,734(5.7%) juta orang penduduk berbanding dengan umat Islam di Tanah Melayu lebih besar iaitu 16,581,000 orang daripada 28,728,607(60.4%) juta orang penduduk.

Walaupun orang Islam di Belanda minoriti tapi usaha mereka tidak pernah kenal erti putus asa untuk mengembalikan semula kehidupan Islam secara keseluruhan dengan ditegakkan kembali Negara Islam Global iaitu Khilafah.

kamera
Situasi di Tanah Melayu, bagaimana pula keadaannya? Mengapakah majoriti orang Islam di Tanah Melayu tidak seperti orang Belanda, berusaha mengembalikan Khilafah? Adakah majoriti orang Islam di Tanah Melayu tidak mengenali, apa sebenarnya Khilafah? Atau mungkin mereka tidak mengenali kehidupan Islam yang harus diterapkan pada di setiap saat dan setiap waktu oleh penerapnya iaitu Khilafah?

Bagi yang tidak tahu, Khilafah adalah Negara Islam Global yang akan menggunakan kekuasaannya untuk menerapkan syariat Islam di setiap saat dan setiap waktu di seluruh pelusuk bumi.

Mungkin ada orang yang menganggap mustahil kemungkinan berdirinya Khilafah. Namun fakta dengan mata kasar, anda sudah lihat umat Islam sedang menuntut Khilafah.

Di belakang umat Islam yang sedang menuntut Khilafah ini ada Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir pun sama, iaitu gerakan global yang berusaha mendirikan Khilafah dari mula awal penubuhannya hingga kini tidak pernah berubah-ubah.

Sesungguhnya ketakutan terhadap Khilafah dan muktamar ini adalah ketakutan yang nyata. Hal ini ditegaskan oleh pernyataan para pemimpin politik, pemimpin munafik, dan ketua negara, seperti Cameron, Sarkozy, Putin dan lain-lainnya tentang ketakutan terhadap Khilafah dan kemungkinan hilangnya kawalan atas revolusi Arab, serta terjadinya bencana bagi mereka.

penonton
Sementara Muktamar Khilafah yang berlangsung di seluruh dunia merupakan ketakutan yang menimpa mereka setiap tahun. Buktinya mereka berusaha dengan seluruh kekuatan mereka, dan para penguasa dan pemimpin munafik yang menjadi bonekanya untuk mencegah dan menekan agar muktamar tersebut tidak terjadi, dan melarang media untuk meliput ketika muktamar tersebut tetap diadakan.

Namun pertanyaannya adalah jika Barat begitu gemetar ketakutan dengan kegiatan ini, maka bagaimana reaksi mereka ketika menerima khabar bahawa berdirinya Khilafah Islam sudah tidak lama lagi? Bersedialah kalian.....terutamanya Pemimpin-Pemimpin Zalim dan Munafik!
[abuidris/arrayah.info]

Sumber gambar : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.312a356345521245.69678.100002406451416&type=3
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular