ARRAYAH.INFO, Syria, 27 Mei 2012 - Demi Allah, jika sekiranya masih ada yang menganggap apa yang berlaku di Syria adalah suatu yang dirancang oleh Barat, jelas mereka masih buta. Ya, buta hati dan buta mata.
Penyembelihan paling tragis yang berlaku di Haulah beberapa hari lalu yang menggugurkan ratusan syuhada' menunjukkan kepada kita bahawa betapa jahat dan zalimnya pemerintah diktator Syria.
Ayuh umat Islam, hiasi malam kita semua dengan doa dan munajat kepada Allah agar rejim Basyar dijatuhkan segera yang mungkin. Adakah kalian semua masih lena tidur dalam keadaan saudara kita di Syria bergelumang dengan darah?
Bumi Syam telah menjadi bumi yang tumbuh subur darah para syuhada. Sedihnya, jumlah warga yang syahid (insya Allah) sudah mencapai 14748 sehingga hari Selasa, 15/05/2012.
Kota Homs menempati urutan teratas di mana tercatat 5993 orang telah syahid. Disusul oleh kota Idlib, sekitar 2679 orang. Urutan ketiga ditempati oleh Hama dengan 1624 syuhada. Kemudian kota Dara'a 1472, Damsyik 1244, Dir Zuwar 521, Allepo (Halab) 460, Damaskus 308, Lattakia 249, Ar-Roqoh 58, Tartous 64, Al-Haskah 53, Qanithrah 18 dan Sawyada 5 orang.
Demikianlah, darah syuhada kaum Muslim terus menerus membanjiri bumi Syam, sebuah negeri yang dikhabarkan Rasulullah SAW sebagai pusat dari kalangan negeri umat Islam.
2 Pilihan : Kemenangan Islam atau Syahid
Sekalipun diancam dengan pembantaian, kaum Muslim Syam semakin berani dan tidak takut lagi untuk terus berbicara di hadapan penguasa zalim talibarut kafir Amerika. Bahkan mereka telah berikrar untuk memilih dua pilihan, kemenangan Islam atau syahid.
Sungguh berbahagia mereka yang telah mencapai akhir hidupnya dalam keadaan syahid setelah mereka berani berbicara di hadapan penguasa zalim, lalu sang penguasa itu memerintahkan untuk membunuhnya.
Semua ini mengingatkan kita kepada Rasulullah SAW tercinta yang telah bersabda:
“Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan lelaki yang berkata di hadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya" (Hadis Riwayat al-Hakim).
Di Manakah Khalifah Pembela Umat?
Di manakah saudara-saudara seakidah, seagama yang berkuasa mampu menjawab panggilan saudaranya itu? Di manakah para tentara umat Islam yang tersebar luas di berbagai negeri umat Islam itu?
Bukankah Allah SWT telah berfirman, “Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan.” (Surah Al-Anfal [8]: 72). Lalu, di manakah Khalifah / Amirul Mukminin, pemersatu umat dan perisai bagi umat ini?
Umat benar-benar memerlukan satu kesatuan politik di bawah naungan Khilafah Rasyidah sebuah Negara Islam Global yang akan mengerahkan segala potensi umat untuk membebaskan kaum Muslim dari cengkraman penjajah dan talibarutnya. Insya Allah, kedatangannya semakin dekat saja.
Ya Allah, persatukanlah umat Islam sedunia di bawah naungan Khilafah. Berikanlah kesabaran dan kuatkanlah iman saudara-saudara kami di bumi Syam. Segerakanlah pertolongan-Mu datang untuk saudara-saudara kami di bumi Syam, bumi yang diberkahi. Amin. [syabab.com/arrayah.info]
Sedekahkan Al-Fatihah untuk Para Suhada
Ahad, 27 Mei 2012
Darah Para Syuhada terus Jatuh Mengalir, Di Manakah Khalifah Pembela Umat?
Lokasi:
Syria
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...