Ahad, 22 April 2012

Masjid Bersejarah Peninggalan Khilafah Uthmaniyah di Cyprus Dibakar

kebakaran
ARRAYAH.INFO, Cyprus, 22 April 2012 - Salah satu masjid bersejarah di wilayah Cyprus peninggalan Khilafah Utsmaniyah dibakar sejumlah pemuda liar Greece.

Pelbagai peninggalan bersejarah dan tingkap-tingkap ukiran Masjid di bandar pelabuhan Limassol, Cyprus itu juga dijilat api setelah pemuda-pemuda liar itu menyimbahkan petrol dan membakarnya.

"Kerugian yang diakibatkan dari aksi tersebut sangat jauh dari nilai-nilai kemanusiaan dan juga menunjukkan bahawa pihak Yunani tidak menginginkan toleransi terhadap tempat-tempat ibadat dan juga tidak mengakui hak-hak umat Islam," kata Presiden Wilayah Turki Cyprus, Darwish Araoglu, mengupas aksi pembakaran masjid itu.

Pembakaran masjid tersebut mengakibatkan rosak dan hilangnya peninggalan bersejarah era Khilafah Utsmaniyah yang merupakan peninggalan sejarah terkenal di Cyprus.

Yang lebih menghairankan lagi, pihak polis Cyprus tidak mengambil berat tuntutan warga Muslim Cyprus atas aksi pembakaran tersebut.

Tidak ada penyiasatan mahupun penangkapan, dan polis hanya menyatakan bahawa aksi tersebut dilakukan oleh segelintir pemuda liar. [IK / RPB / edit / arrayah.info]

Sumber : http://www.bersamadakwah.com/2012/04/masjid-bersejarah-peninggalah-khilafah.html
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular