Rabu, 1 Ogos 2012

Tujuan Sukan telah Disesatkan Daripada Persiapan Untuk Jihad Perang di Jalan Allah

sukan
ARRAYAH.INFO, Britain, 1 Ogos 2012 - Pada waktu ini, umat Islam sedang dipimpin oleh ideologi kapitalisme di mana asas manfaat dijadikan sebagai kayu ukur utama dalam pandangan hidup. Akibatnya, seluruh orientasi kehidupan kaum Muslimin telah berjaya disesatkan.

Mereka bukan lagi hidup untuk Islam dan umatnya, jauh sekali dalam mempersiapkan diri bagi kehidupan akhirat. Mereka hidup untuk kesenangan duniawi dan untuk meraih kemewahan material sebanyak mungkin. Dunia sukan dan olahraga kini menjadi industri untuk mewujudkan cita-cita hidup yang penuh dengan kepalsuan, kealpaan dan populariti.

Para atlet dan olahragawan telah muncul sebagai selebriti yang diburu oleh media dan peminat di sana sini, kemudian diikuti dengan penglibatan dalam industri pengiklanan dan perolehan pendapatan yang memukau pandangan mata.

Inilah hakikat realiti industri sukan dan olahraga yang telah jauh tersasar keluar daripada konteksnya yang utama yang bertujuan untuk menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat dan bertujuan untuk melatih kekuatan fizikal bagi persiapan untuk berjihad di jalan Allah.

Di negara-negara Barat khususnya, termasuk juga negara-negara yang menjadi pengikut setia mereka, para atlet dan olahragawan terlibat dengan pelbagai skandal seks, arak, judi, ketagihan dadah dan masalah moral yang kritikal.

Fenomena kehidupan mereka yang rosak ini telah berjaya menyihir pemikiran kaum Muslimin. Siang dan malam tanpa henti kaum Muslimin sentiasa mengikuti segala berita dan perkembangan sukan atau olahraga dengan penuh mendalam sehinggakan mereka nyaris-nyaris tidak tahu menahu tentang urusan agama dan urusan saudara-saudara umat Islam yang lain.

Fitnah ini telah menyeret mereka dari pelbagai golongan usia, mulai daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah kepada orang tua. Inilah antara musibah yang sedang dihadapi oleh kaum Muslimin pada saat ini. Selain itu, sukan dan olahraga juga telah digunakan sebagai sarana untuk meracuni pemikiran mereka dan menghalangi mereka daripada mengingati Allah, untuk bersolat dan berjihad di jalan Allah, di samping membazirkan segala potensi diri mereka untuk terus bermain sukan siang dan malam tanpa memperdulikan segala peristiwa atau keadaan yang menimpa kaum Muslimin yang lain, baik di sekelilingnya mahupun di seluruh dunia. Ini jelas sama sekali diharamkan dalam Islam.

Misi Negara dan Olahraga

Negara Khilafah adalah negara ideologi yang akan menerapkan Islam sebagai dasar negara dan menyebarluaskannya ke seluruh dunia. Misi utama Daulah Khilafah adalah untuk menyebarkan cahaya Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad bagi membebaskan umat manusia daripada penjajahan dan perhambaan kepada sesama manusia menuju kepada penyembahan Allah SWT Yang Maha Esa.

Melalui misi ini, Islam akan menjadi pemimpin bagi segala ideologi di dunia. Kemuliaan yang diperoleh Islam bukan sahaja akan menjadi kebanggaan bagi seluruh umat Islam, bahkan bagi seluruh umat manusia.

Daulah Khilafah dan umat Islam pada hari ini bertanggungjawab bagi mengembangkan Islam ke seluruh dunia demi membebaskan umat manusia daripada kegelapan ideologi kapitalisme, sosialisme atau isme-isme yang lain sehingga mereka dapat melihat dan merasai sendiri betapa indahnya hidup di bawah naungan Islam.

Dalam hal ini, sukan dan olahraga diperlukan hanya semata-mata bertujuan untuk menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh badan agar dapat menjalankan tanggungjawab dalam mengembangkan risalah yang mulia ini. Sukan dan olahraga bukan menjadi kerjaya, tujuan, misi atau orientasi hidup umat Islam sepertimana yang diamalkan manusia pada hari ini yang mana ia sama sekali bertentangan dengan tuntutan Islam.

Justeru, Daulah Khilafah tidak akan menganjurkan sebarang organisasi sukan atau olahraga dan mempertandingkannya bagi meraih gelaran juara atau pingat-pingat yang tidak membawa sebarang makna. Ini termasuklah organisasi sukan di peringkat daerah, negara mahupun antarabangsa seperti acara Sukan Sukma, Sukan SEA, Sukan Commonwealth, Sukan Olimpik dan lain-lain lagi. 

Penganjuran kesemua acara-acara sebegini termasuk dalam kategori permainan yang terorganisasi (lahw[un] munadz-dzam[un]) yang secara nyata memalingkan umat ini daripada visi, misi, tujuan dan orientasi hidup mereka sebagai umat yang mengembangkan risalah dakwah.

Walaupun begitu, ini bukan bermakna bahawa Daulah Khilafah tidak akan membangunkan sebarang kemudahan atau prasarana sukan dan olahraga dalam negara. Segala kemudahan dan prasarana sukan dan olahraga seperti padang, trek larian, gimnasium, kolam renang, arena memanah dan menembak, arena menunggang kuda dan sebagainya akan tetap dibangunkan oleh Daulah Khilafah.

Cuma bezanya adalah kesemua perkara tersebut didedikasikan dan ditumpukan sebagai suatu kemudahan umum untuk menjaga kesihatan dan kesegaran rakyat semata-mata dalam rangka untuk mempersiapkan diri mereka untuk mengembangkan risalah dakwah dan juga untuk melancarkan perang jihad. Wallahu a'lam.

Sumber : http://www.mykhilafah.com/artikel/3585-tujuan-bersukan-dan-polisi-daulah-khilafah-terhadap-sukan-
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular