Sabtu, 11 Ogos 2012

Majlis Iftar dan Tazkirah Ramadhan 1433H di Khilafah Centre, Johor Bahru

ARRAYAH.INFO, Johor Bahru, 11 Ogos 2012 - Syabab Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan Majlis Iftar (Berbuka Puasa) dan Tazkirah Ramadhan 1433H di Khilafah Centre, Johor Bahru pada hari Sabtu, 11 Ogos 2012.

Suasana ukhuwah nampak terjalin di antara para syabab dengan para tetamu yang hadir dan kesempatan sela masa yang ada sebelum iftar telah diisi dengan perbincangan yang menyentuh persoalan kebangkitan Khilafah dan umat Islam.

Masing-masing mengambil kesempatan menjelaskan persoalan yang berlaku di kalangan umat Islam hari ini dengan sudut pandangan masing-masing.

Tepat jam 7.17 malam, azan Maghrib dilaungkan menandakan masuknya waktu berbuka puasa. Para hadirin menjamah juadah yang disediakan sebelum bersama-sama menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Sementara menunggu masuknya waktu Isyak, para syabab dan para tetamu mengambil peluang beramah-mesra sambil membincangkan isu-isu global umat Islam.

Pembicara tazkirah Ramadhan telah mengajak para tetamu yang hadir untuk sama-sama bergerak dengan Hizbut Tahrir bagi mendirikan semula sistem Khilafah ini sebagai suatu manifestasi aqidah yang tertanam dalam diri masing-masing.

Majlis berakhir kira-kira pukul 11:30 malam di dalam suasana yang penuh ukhuwah. Semoga Ramadhan 1433H kali ini adalah yang terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa Khilafah di dalam kehidupan yang penuh kesengsaraan dan penderitaan.

Semoga Ramadhan 1434H yang akan datang umat Islam berkesempatan berpuasa di bawah lindungan Khilafah untuk kali keduanya, InsyaAllah. [abuidris/arrayah.info/gambar-mohdsubhi]

Sumber Gambar : https://www.facebook.com/media/albums/?id=1426123980

Lihat Gambar




Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular