ARRAYAH.INFO, Russia, 30 Mei 2012 - Pada episod kelima program "The World Tomorrow" di TV Russia Today, yang diterbitkan pada 15/05/2012; acara yang dikelolakan oleh Julian Assange pemilik laman web WikiLeaks ini, melakukan wawancara dengan dua orang Muslim, iaitu Moazzam Begg bekas tahanan di penjara Guantanamo, dan seorang peguam Asim Qureshi.
Pemilik laman web WikiLeaks bertanya pada salah satu dari keduanya: "Apa pendapat anda tentang keinginan penyatuan masyarakat Muslim dalam Khilafah Islam?"
Yang pertama menjawab: "Saya yakin bahawa banyak kaum Muslim secara am yang setuju dengan konsep penyatuan kaum Muslim dan penegakkan Khilafah. Dan ini merupakan sikap radikal yang sentiasa dipegang teguh masyarakat. "
Ketika Assange bertanya tentang sistem apakah yang ideal menurut anda?
Yang kedua menjawab: "Akan tetapi seperti yang anda tahu bahawa ini adalah pendapat peribadi saya, di mana saya yakin ketakutan terbesar yang anda lihat adalah ketika mereka berbicara tentang sistem Islam dan Khilafah, maka semua menjadi ketakutan."
Namun dalam realitinya, seperti apa bentuk sistem itu? Apakah hal itu berupa penyatuan negeri-negeri yang berbahasa Arab? Sementara di Eropah, kami mempunyai lima puluh bahasa yang berbeza, dimana masyarakat cuba untuk menyatukan dan menghapuskan egoisme negara-negara, sehingga mereka mempunyai kesatuan mata wang bersama, dan sebagainya.
Yang kedua menambah ketika menjawab tentang masalah bahasa: "Sungguh telah berlangsung penanaman nasionalisme yang datang setelah salah satu dari mereka membuat rancangan peta Afrika. Kemuadian ia mengatakan anda Libya, anda Algeria, serta anda ini dan itu. Apabila bangsa Arab dapat kembali pada konteks era moden, dengan keadaannya yang sekarang, menuju kearah kesatuan, maka hal ini akan memberi mereka kuasa besar. Dan saya yakin hal inilah yang merupakan sumber keprihatinan di Barat, bahawa akan timbuh kekuatan lain di bahagian selatan Eropah. Sedang Barat tidak suka hal itu berlaku. Namun saya yakin bahawa semua itu akan terjadi.
Yang kedua menjawab berkaitan mekanisme penerapan syariah Islam:
"Tidak ada dari kita yang memenuhi syarat untuk berbicara tentang kaedah itu, yang di dalamnya, semua perkara perlu dibincangkan, yakni mekanisme pendirian negara, dan penyusunan perlembagaan, sebab tidak ada satu negara yang menerapkan syariah sejak runtuhnya Khilafah Islam. "
Sehungguhnya hal penting dalam wawancara itu, dan yang perlu diperhatikan bahawa pemilik laman WikiLeaks ini adalah orang Barat yang jauh dari Islam dan kaum Muslim. Namun, ia menyedari bahawa masyarakat Muslim benar-benar menginginkan persatuan dalam naungan Khilafah Islam.
Ia juga menyedari bahawa Khilafah itulah yang akan menyatukan mereka. Sehingga ia menanyakan kepada dua orang Muslim tentang bagaimana mekanisme mendirikan Khilafah, bagaimana membina persatuan masyarakat Muslim, dan bagaimana mekanisme penerapan sistem Islam dalam naungan Khilafah. Semua ini menegaskan bahawa Barat dan Rusia menyedari betul keinginan kaum Muslim untuk bersatu di bawah naungan Khilafah. Dan bedirinya Khilafah sungguh sudah sangat dekat sekali.
Barat, termasuk para tokoh-tokoh pemikir, penyelidik dan politisinya menyedari betul bahawa ada parti, iaitu Hizbut Tahrir yang benar-benar telah menyusun rencana dan mekanisme untuk mendirikan Khilafah dan menerapkan sistem Islam di bawah naungan Khilafah, serta mekanisme untuk menyatukan masyarakat Muslim.
Dan Hizbut Tahrir telah menyeru pada semua itu sejak enam puluh tahun yang lalu. Namun dalam hal ini, mereka ingin tahu sejauh mana kesedaran kaum Muslim berkaitan persoalan ini, dan sejauh mana interaksi mereka dengan Hizbut Tahrir, kemudian mereka akan membuat kesimpulan yang menegaskan bahawa majoriti kaum Muslim sangat merindukan dan menginginkan tegaknya Khilafah, sekalipun belum ada kesedaran umum pada mereka atas persoalan ini. [htipress / syabab.com / arrayah.info]
Lihat video
Rabu, 30 Mei 2012
Dunia Hari Esok : Khilafah sebuah Negara Islam Global adalah Jawapannya
Label:
adalah,
Dunia,
Esok,
global,
Hari,
Jawapannya,
khilafah,
Negara Islam,
Sebuah
Lokasi:
Russia
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...