
Adalah tidak layak untuk dikatakan bahawa 'Malaysia sebuah Negara Islam' dengan merujuk penduduk Malaysia majoritinya beragama Islam.
Satu sesi diskusi Open Circle pada 3 April 2012 yang lalu di Dewan Khilafah, TTDI Jaya yang bertajuk 'Malaysia = Negara Islam?' telah dibentangkan oleh Ustaz Hamzah.
Secara ringkasnya, tujuh ciri-ciri yang ada pada sistem pemerintahan Islam – yang realitinya tidak ada pada sistem pemerintahan di Malaysia:
- Pemerintah - seorang Khalifah
- Proses perlantikan pemerintah - Bai’ah
- Undang-undang pegangan pemerintah - Al-Quran dan As-Sunnah
- Peranan pemerintah - Pelindung umat Islam
- Bilangan pemerintah di seluruh Dunia - Satu
- Perwarisan kerusi pemerintahan - Tiada
- Bentuk negara - Bukan berbentuk empayar
Kesimpulan
Hanya dengan meninjau dari beberapa aspek dari sistem pemerintahan yang diterapkan di Malaysia ia sudah dapat menyangkal status Malaysia sebagai sebuah “Negara Islam”.
Ini belum lagi menyentuh aspek sistem-sistem ekonomi, sosial, undang-undang hukuman, dan lain-lain. Ternyatalah bahawa telah jelas Malaysia hari ini bukanlah sebuah Negara Islam.
Lihat video diskusi Open Circle
Sumber : http://dewankhilafah.com/2012/04/03/malaysia-negara-islam/
Open Circle diadakan setiap Selasa 9 PM di Dewan Khilafah TTDI Jaya, Shah Alam. Sila layari http://dewankhilafah.com untuk maklumat lanjut.