Jumaat, 6 Julai 2012

Kaitan Imam Mahdi sebagai Khalifah dengan Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global

mahdi
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yang memilih untuk duduk diam sahaja bukan berusaha untuk bertindak, kerana berpendapat bahawa nanti Imam Mahdi akan muncul tiba-tiba untuk menegakkan Islam – maka kita tidak perlu berbuat apa-apa melainkan menunggu kemunculannya.

Benarkah sikap sebegini? Benarkah Imam Mahdi yang akan menegakkan Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global, dan seterusnya menegakkan syariat Islam dari ufuk timur hingga ufuk barat dunia?

Janji Allah SWT yang dikhabar melalui Al-Quran:
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. [Terjemahan Melayu Quran Surah An-Nurr ayat 55]


mahdi
Kedatangan Imam Mahdi adalah salah satu tanda-tanda utama ketibaan Hari Pembalasan. Berbeza dengan tanda-tanda kecil Kiamat, penampilan Imam Mahdi akan memberi isyarat bahawa Hari Kiamat telah dekat dan bahawa orang-orang yang beriman mesti memastikan bahawa mereka bersedia menantikan keputusan nikmat syurga atau seksaan neraka.

Kisah Imam Mahdi, seperti yang diceritakan dalam sunnah, adalah sebuah kisah harapan di mana perjuangan antara Haq dan Batil, di mana orang-orang yang beriman memperoleh kemenangan ke atas orang-orang kafir, di mana bumi akan ditadbir dengan penuh keamanan dan keadilan yang disebabkan oleh pemerintahan yang adil oleh Imam Mahdi.

Imam Mahdi akan datang pada masa apabila umat Islam berpecah-belah dan di mana kezaliman oleh pemerintah diktator dan penganiayaan ke atas umat berleluasa. Kisah Imam Mahdi seharusnya menggalakkan orang-orang yang beriman bekerja untuk perpaduan umat Islam dan keadilan Islam melalui penubuhan Khilafah sebuah Negara Islam Global dan perlaksanaan Syariah Islam secara keseluruhan.

Orang-orang yang beriman mengetahui bahawa satu hari nanti seluruh dunia akan terang oleh cahaya Islam dan kepalsuan akan lenyap. Tetapi sehingga hari itu datang umat mesti mengambil galakan daripada berita gembira Rasulullah SAW dan berusaha bekerja untuk Islam mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Khilafah sebuah Negara Islam Global tidak akan ditubuhkan oleh Imam Mahdi tetapi dia akan menjadi Khalifah yang akan datang selepas kematian Khalifah sebelumnya. Dalam erti kata lain, Khilafah sebuah Negara Islam Global akan telah ditubuhkan oleh umat Islam sebelum kedatangan Imam Mahdi.

Peringatan Allah SWT:-
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. [Terjemahan Melayu Quran Surah Al-Maaidah ayat 54]


Video Open Circle yang Bertajuk Imam Mahdi dan Khilafah

Ustaz Ishan Ibrahim telah mengupas persoalan ni semasa sesi Open Circle di Dewan Khilafah TTDI Jaya pada 26 Jun 2012.

Lihat video


Sesi Open Circle diadakan setiap Selasa jam 9 malam, bertempat di Dewan Khilafah TTDI Jaya, Shah Alam. Muslimin dan Muslimat sentiasa dijemput hadir untuk menyertai perbincangan-perbincangan mengenai Islam di sana.

Sampaikanlah walau satu ayat... Jazakallah.

Sumber : http://dewankhilafah.com/2012/06/26/imam-mahdi-dan-khilafah/

3 ulasan:

  1. Pesanan yang ku terima dari Sang Pembela Akhir Zaman

    Aku (imam mahdi) adalah sama seperti kamu semuanya… hanyalah manusia mahluk ciptaan Tuhan Yang Maha Esa, jangalah dinantikan kehadiran diri ini kepada kamu semua untuk membawa kemenangan seperti yang kamu semua menduga, sebaliknya hendaklah kamu semua bersatu menuju kedalam perjalanan kembali kepada perintah dan larangan Tuhan Yang Maha Esa, yang telah pun disampaikan melalui Utusan2Nya, dari mula mahluk manusia dicipta, bersangkutan turun menurun zaman berganti zaman yang ada, ilmu Tuhan rahsia yang tersimpan, hanya yang mengerti akan terbuka olehNya sesuatu yang selama ini tiada kelihatan, namun telah pun ada sejak sekian lamanya, Dia (Tuhan) tidak pernah menutup, melainkan hambaNya sendiri yang (menutup) begitu asyik dan tenggelam didalam sandiwara dunia (mainan si pendusta). Berpesan2lah kita semua dan keseluruhannya (jiwa dan raga) kepada Kebenaran…

    Aku sendiri tidak gemar dan jua tiada akan sekali-kali dengan mudah dan bersenang hati (berlapang dada) untuk muncul dan mengisytiharkan kepada seluruh umat manusia (dan juga dunia) untuk menyakini dan menerima kehadiran ku kelak. Kerana itu bukanlah sesuatu yang diri ini berkeinginan dan hajatkan. Dan janganlah kamu wahai sekalian umat manusia (islam) dengan senang dan mudah untuk memutus dan menghukum (seseorang itu) persoalan dan pertanyaan dengan jawapan yang tidak kamu semua miliki dan ketahui melainkan hanya sedikit, sungguh Dia (Tuhan) telah mengisyaratkan kepada diri ku (sebagai hambanya) dan juga kepada mereka2 (pemegang2 dan pembawa2 panji) yang dikasihiNya, agar dipersiapkanlah diri di waktu dan ketika ini (bersiap siaga) pada suatu kejadian atau peristiwa yang kini semakin hampir (waktu yang terdekat) dan bakal terjadi (bukanlah kiamat melainkan alamat atau petanda)adalah hanya untuk sekadar peringatan dan juga hukum dan kudrat alam yang semakin dimamah usia ini, persiapkanlah (kembali) diri kepada semua perkara yang menjadi suruhan dan laranganNya (mengikut kadar yang diri terdaya dan mampu), semoga kita semua mendapat (kasih dan sayangNya) tempat dan ruang disisiNya.

    Nabi Muhammad S.A.W (ketika menyampaikan dakwah) sendiri di dustakan oleh masyarakat dizamannya, ini kan pula kita yang hanya manusia biasa, tanpa ada dibimbing dengan Ilmu Tuhan yang sepatutnya (hak). Kelak Aku ini juga kamu (sebagian diantara kita yang tidak mengerti) perlakukan sama sepertinya.

    Lailahaillallah Muhammadurasullulah…

    BalasPadam
  2. Jelas Imam Mahdi gadungan he he he...... (Khalifah al Mahdi - 666)

    BalasPadam
  3. insyallah.............

    BalasPadam

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular