Penganjur Bersih 3.0 percaya tindakan merempuh penghadang berpunca daripada pihak polis menembak meriam air dan gas pemedih mata. Oleh itu, pihak polis dan penganjur perlu bertanggungjawab kerana telah mencetuskan huru-hara.
Analisis Bersih 3.0 : Perbezaan Polis Negara Sekular dengan Polis Negara Islam
Pihak Polis melepaskan gas pemedih mata kepada peserta Malaysia Bersih 3.0 |
Urusan keamanan dalam negeri dalam Negara Islam ditangani oleh satu struktur yang dinamakan Da’irah al-Amni ad-Dakhili (Jabatan Keamanan Dalam Negeri). Tugas Da’irah al-Amni ad-Dakhili adalah menjaga keamanan dalam negeri bagi Negara Islam.
Beberapa hal yang mungkin akan mengganggu keamanan dalam negeri di antaranya adalah murtad dari Islam dan bughat (pemberontak) yakni golongan yang keluar melepaskan diri dari Negara Islam, baik dengan aktiviti-aktiviti rusuhan dan penghancuran, seperti pelbagai bentuk serangan dan penguasaan ke atas tempat-tempat strategik, disertai pelanggaran terhadap pelbagai hak milik individu atau hak milik umum atau hak milik Negara.
Perbuatan-perbuatan lain yang mengganggu keamanan dalam negeri adalah al-hirabah (terorisme atau keganasan), yakni rompakan jalanan, menyerang orang-orang untuk merampas harta mereka dan mengancam nyawa mereka.
Termasuk juga perbuatan yang mengganggu keamanan dalam negeri adalah seperti pelanggaran terhadap harta-harta masyarakat melalui pencurian, perampasan, rompakan, penyelewengan, gangguan terhadap jiwa (badan) manusia melalui pemukulan, pencederaan dan pembunuhan serta gangguan terhadap kehormatan melalui penyebaran keburukan, fitnah dan qadzaf.
Wahai kaum Muslimin! Demikianlah tugas Jabatan Keamanan Dalam Negeri dan pasukan polis yang berada di bawahnya. Sesungguhnya tugas pasukan polis adalah satu tugas yang mulia demi menjaga keamanan Negara Islam, selama mana mereka mematuhi hukum syara’ di dalam menjalankannya.
Namun ia akan bertukar menjadi suatu tugas yang hina apabila mereka melakukan pelanggaran syara’ seperti melakukan tajassus dan aktiviti keganasan terhadap umat Islam.
Lebih hina lagi sekiranya aktiviti ganas itu dilakukan oleh polis terhadap individu Muslim atau gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan Islam seperti yang dilakukan oleh pasukan polis di kebanyakan negara umat Islam sekarang, termasuklah di Malaysia.
Seharusnya polis sedar bahawa tugas mereka sebenarnya adalah tugas yang mulia, sekiranya mereka menjadi pelaksana kepada hukum Allah dan Rasul.
Namun ia menjadi satu tugas yang hina apabila mereka menjadi pelaksana dan penjaga kepada undang-undang kufur, menjadi penjaga, pak turut dan pesuruh penguasa yang zalim.
Kesimpulan
Umat Islam wajib berusaha mengganti sistem yang buruk ini kepada sistem Khilafah sebuah Negara Islam Global yang pasti akan kembali. Kita telah dan sedang menyaksikan pihak yang sepatutnya menjaga keamanan malah sebaliknya menjadi pihak yang menimbulkan ketakutan dan ketidaktenteraman.
Umat Islam tidak akan mempersoalkan pihak polis jika mereka benar-benar bertindak menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat, tidak terlibat dengan rasuah, penyelewengan kuasa atau lain-lain bentuk kejahatan.
Umat Islam akan bersyukur jika mereka benar-benar menjalankan tanggungjawab mereka menurut syariat Islam. [edit/abuidris/arrayah.info]