Barisan syabab pejuang Khilafah ini telah mengadakan usaha seruan tersebut pada hari Jumaat, 15 Jun 2012 setelah selesai solat Jumaat.
Alhamdulillah, respons yang diterima daripada umat sangat memberangsangkan dan umat semakin ambil peduli tentang kebangkitan semula Khilafah.
Sepanduk bertulis 'Mari bersama Hizbut Tahrir tegakkan Khilafah' mengajak umat Islam di Johor Bahru dan juga umat Islam di lain-lain lokasi bersama-sama bergabung tenaga untuk menegakkan semula Khilafah kerana kebangkitan Khilafah di akhir zaman pasti akan berlaku.
Semoga dengan usaha ini, semakin ramai umat Islam di Malaysia akan menyedari betapa pentingnya penegakan kembali Daulah Khilafah agar hukum Allah dapat ditegakkan secara menyeluruh di dalam kehidupan kita, Amin. [abuidris/arrayah.info]
Laporan Bergambar