Memaparkan catatan dengan label Umat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umat. Papar semua catatan

Khamis, 13 September 2012

Seruan Kepada Seluruh Umat Islam Bekerjasama Membela Kehormatan Nabi Muhammad SAW dengan Mendirikan Khilafah

muhammad
ARRAYAH.INFO, 13 September 2012 - Lagi banyak kafir menghina Nabi kita, maka bertambah banyak cinta kita kepadanya dan semakin kita bekerja keras untuk mendirikan Khilafah.

Rasulullah Muhammad SAW dihina. Kali ini penghinaan itu dilakukan melalui filem berjudul "Innocence of Muslims". Dalam filem jangka masa dua jam itu Nabi Muhammad digambarkan sebagai seorang penipu, lelaki hidung belang yang lemah dan gemar melakukan pelecehan seksual terhadap anak.

Ini adalah penghinaan terhadap Rasulullah Muhammad SAW yang dilakukan oleh orang Kafir Barat untuk ke sekian kalinya. Penghinaan ini menunjukkan kebencian mereka terhadap Nabi Muhammad dan Islam.

Selalu berdalih, pembuatan filem yang menghina itu merupakan bahagian dari kebebasan merekacipta. Tapi faktanya, ini adalah kebebasan untuk melakukan apapun termasuk memburukkan, menghina, dan melecehkan Islam dan Nabi Muhammad SAW.

khilafah
Seruan kepada seluruh umat Islam untuk bahu-membahu dalam membela kehormatan Nabi Muhammad SAW dan menolak dengan keras setiap paham atau doktrin yang tidak Islami seperti doktrin tentang HAM, sekularisme dan liberalisme serta sungguh-sungguh berjuang menegakkan Khilafah.

Kerana hanya Khilafahlah yang akan secara nyata menghentikan semua penghinaan itu, serta melindungi kehormatan Islam dan umatnya, sebagaimana pernah ditunjukkan oleh Khalifah Abdul Hamid II terhadap Perancis dan Inggeris yang hendak mementaskan drama karya Voltaire, yang menghina Nabi Muhammad SAW.

"Ketegasan seorang Khalifah, yang akan melaungkan jihad melawan Kafir Inggeris itulah yang akhirnya menghentikan rencana jahat itu sehingga kehormatan Nabi Muhammad SAW tetap terjaga," tegasnya. [m/htipress/syabab.com/edit/arrayah.info]

Selasa, 4 September 2012

Kekeliruan Umat Islam Bagaimanakah Panduan Penganjuran Sebuah Majlis

kekeliruan
ARRAYAH.INFO, 4 September 2012 - Ada banyak kekeliruan yang berlaku di dalam masyarakat apabila timbul persoalan bagaimanakah panduan penganjuran sebuah majlis seperti hari raya, kenduri kahwin, ilmu, ceramah, perhimpunan dan lain-lain mengikut hukum syarak.

Berikut adalah sedikit (not limited to) panduan kepada penganjur majlis, jika ingin memastikan majlis yang dianjurkan bertepatan dengan hukum syarak.

Ini bukanlah panduan untuk menganjurkan majlis ilmu dan ceramah sahaja tetapi terpakai untuk semua majlis.

1. TUJUAN
Tujuan penganjuran majlis mestilah tujuan yang diharuskan oleh syarak. Tidak boleh menganjurkan majlis yang akan mendatangkan mudharat, menyerukan kefasiqan dan kefajiran dan lain-lain.

2. TEMPAT
Majlis di tempat yang selamat dari dhoror (bahaya) kecederaan, tidak selesa atau membahayakan nyawa.

3. MASA
Menghormati masa ibadah yang wajib seperti solat fardhu. Tidak boleh majlis menyebabkan hadirin tidak dapat melaksanakan solat maghrib contohnya.

4. JAMUAN
Makanan yang dihidangkan tidak boleh makanan yang haram seperti arak, daging babi, bangkai dan lain-lain. Walaupun hadirin ada yang bukan Islam, makanan yang tidak halal mereka boleh ambil tetapi penganjur tidak boleh hidangkan, kerana hadirin yang muslim tidak boleh hadir dalam majlis yang ada dihidangkan arak.

5. ACARA
• Digalakkan memulakan dengan ayat Al-Quran, zikir dan ditutup dengan tasbih.
• Digalakkan ada tazkirah yang menyeru kepada taqwa, kebaikan dan lain-lain.
• Tidak boleh ada penghibur wanita menghibur majlis yang dihadiri tetamu lelaki.
• Penghibur atau lagu yang dimainkan tidak boleh mendendangkan lagu, puisi, sajak, syair yang berunsur lucah, mencaci, takbur, seruan kepada kefasikan dan kefajiran dan lain-lain.
• Pengacara dan penghibur mestilah memakai pakaian menurut hukum syarak, tidak bertabarruj di hadapan lelaki ajnabi, dan lain-lain.
• Tidak boleh ada unsur tasyabbuh kepada orang kafir iaitu meniru perkara yang terkait pandangan hidup mereka (view of life).

6. HADIRIN
Penganjur perlu memisahkan hadirin lelaki dan wanita supaya tidak ada ikhtilath. Hadirin mestilah memakai pakaian menurut hukum syarak.

maksiat
Pergaulan bebas mengundang maksiat.
Tanggungjawab penganjur adalah memastikan majlis selari dengan hukum syarak. Tanggungjawab tetamu adalah memenuhi undangan.

Tidak wajar atau tidak adil jika penganjur menyebabkan tetamu terpaksa berada di dalam majlis yang tidak selari dengan hukum syarak.

Untuk hadirin yang berada di dalam suatu majlis yang ada unsur yang tidak islamik maka ayat berikut adalah panduan dari Allah SWT,
“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain...” (TMQ: Al. An’am:68)

Sekiranya hadirin dijemput ke dalam majlis yang tidak Islamik keseluruhannya seperti majlis joget lambak, LGBT dan sebagainya, maka tidak wajib hadir malah haram.

Islam yang dating kepada kita bukanlah hanya terkait dengan ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji, tetapi mencakupi seluruh kehidupan kita. Seluruh perbuatan kita terikat dengan hukum syarak, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikannya sesuai dengan syarak agar hidup kita diberkati Allah SWT,
“Apa jua yang dibawakan oleh Rasul itu hendaklah kamu pegang dia, dan apa jua yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi dia.” (TMQ: Al. Hasyr:7)

“Dan tidaklah wajar bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (TMQ: Al. Ahzab:36)

Semoga panduan ini bermanfaat, wallahu ‘alam.

Sumber : Hishamudin Ibrahim, Universiti Malaya
https://www.facebook.com/hishamudin.ibrahim.7

Isnin, 20 Ogos 2012

Malulah Kita Dengan Minoriti Umat Islam Rusia yang Tidak Berputus Asa Menegakkan Khilafah

ARRAYAH.INFO, Rusia, 20 Ogos 2012 - Sepanduk di atas bukan dikibarkan di Palestin, bukan juga di Tunisia, bukan juga di Indonesia dan Malaysia atau Negara-Negara Arab lainnya yang majoritinya adalah penduduk Islam.

Sebaliknya sepanduk tersebut dikibarkan di negara kufur iaitu di Rusia yang majoritinya adalah penduduk kafir.

Oleh kerana itu, jika anda tinggal dan berjuang di negara yang majoritinya penduduk Islam.

Maka, malulah, malulah, malulah anda kepada mereka!

Apabila kita membincangkan tentang ‘Negara Islam’ yang wajib didirikan ini, maka kita sesungguhnya berbincang mengenai ‘Khilafah’ kerana Negara Islam itu hakikatnya adalah Khilafah dan bukannya Negara Republik, Negara Monarki, Negara Demokrasi, Negara Berkebajikan dan seumpamanya.

Kewajipan menegakkan Khilafah adalah diambil dari Al-Quran, Al-Hadis dan juga Ijma’ Sahabat. Selain itu, kewajipannya juga ditarik dari kaedah syarak yang masyhur, malah jumhur ulama mengakui akan kewajipan dan kepentingan Khilafah.

Malangnya, masih ada segelintir dari umat Islam, termasuklah mereka yang mendapat jolokan ulama, menyatakan bahawa usaha untuk menegakkan Khilafah ini hanyalah suatu yang utopia (khayalan). Alangkah beraninya mereka mengeluarkan pendapat begini, tanpa memikirkan tentang Allah dan Rasul dalam kenyataan mereka!

Dalam rangka menegakkan Khilafah sebagai kewajiban syariah, sikap seorang Mukmin sepatutnya tunduk dan patuh kepada Allah dan Rasul dan berusaha menunaikan kewajiban ini dengan bersungguh-sungguh. Tidak sayugia bagi seorang Mukmin untuk memperlekehkan, mempersoalkan, meragui, mengelak atau menghalang orang lain dari melakukan kewajiban agung ini, apatah lagi menganggapnya sebagai utopia.

Sebaliknya, dia wajib menerimanya dengan sepenuh keimanan dan kepasrahan kepada Allah. Ini kerana, kewajiban menegakkan Khilafah tidak ada bezanya dengan kewajipan-kewajipan lain yang difardhukan oleh Allah seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Ingkar terhadap kewajiban menegakkan Khilafah, tidak ubahnya seperti ingkar terhadap kewajipan solat, zakat dan kewajiban-kewajiban syariat lainnya.

Bagi mereka yang menganggap usaha mendirikan Negara Islam ini sebagai sebuah utopia, hal ini tidak lain sama ada kerana kejahilan mereka, atau kerana adanya kedengkian dalam hati-hati mereka terhadap gerakan Islam yang berjuang ke arah tersebut atau kerana adanya sikap suka merendah-rendahkan sesama Muslim.

Bagi mereka, usaha ini tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata, apatah lagi dalam konteks dunia sekarang. Kita akui bahawa usaha untuk menegakkan Khilafah adalah suatu usaha yang sangat sulit dan global, namun hal ini bukanlah khayalan atau mustahil. Ini kerana, Khilafah adalah kewajipan dan sekaligus merupakan janji Allah SWT ke atas mereka yang beriman dan beramal soleh.

Justeru, mustahil Allah SWT memerintahkan kepada kita suatu kewajipan yang kita tidak boleh melaksanakannya atau yang bersifat khayalan! Sikap seorang Mukmin apabila diperintahkan Allah SWT dan RasulNya untuk menjalankan suatu kewajipan, adalah mereka berkata “kami dengar dan taat” bukannya mengingkari, meragui, mencemuh atau menganggapnya sebagai suatu utopia.

Sikap merendah-rendahkan, mengejek atau mencemuh dan menganggap utopia usaha menegakkan Khilafah merupakan bentuk pelangggaran dan kemaksiatan terhadap perintah Allah SWT dan boleh merosakkan keimanan seseorang. [abuidris/arryah.info]

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=316915841738395&set=a.100490933380888.569.100112050085443&type=1&permPage=1

Jumaat, 17 Ogos 2012

Umat Islam Menggenapkan 30 Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri 1433H Jatuh Pada Hari Ahad, 19 Ogos 2012

raya
ARRAYAH.INFO, 17 Ogos 2012 - Pengumuman rukyat hilal global Syawal 1433 H. Setelah melakukan pencarian hilal Syawal pada Jumaat petang, 29 Ramadhan 1433 H, seluruh pelusuk dunia tidak ditemukan hilal syar'i.

Maka Ramadhan digenapkan (istikmal) menjadi 30 hari sehingga hari Sabtu, kaum Muslim masih puasa, dan Hari Raya Aidil Fitri 1433H jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012.

Sebagaimana diperintahkan Rasulullah SAW, dari Imam Bukhari telah mengeluarkan di dalam Sahîh-nya dari jalur Muhammad ibn Ziyad, ia berkata: aku mendengar Abu Hurairah ra., berkata: “Rasulullah SAW bersabda atau ia (Muhammad ibn Ziyad) berkata: Abu al-Qasim saw bersabda:

«صُوْمُوْا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوْا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوْا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلاَثِيْنَ»

Berpuasalah kalian kerana melihatnya (hilal) dan berbukalah kalian kerana melihatnya, jika hilal itu tertutup bagi kalian (tidak bisa terlihat) maka genapkanlah hitungan Sya’ban menjadi 30 hari.

Di berbagai negeri hilal Syawal tidak terlihat sehingga Ramadhan digenapkan menjadi 30 hari. Negeri-negeri Arab, termasuk Qatar, Arab Saudi, Jordan, Mesir, Kuwait, Palestin menyatakan bahawa Sabtu merupakan hari menggenapkan bulan Ramadhan, sehingga hari pertama Syawal jatuh pada hari Ahad, 19/08/2012.

Digenapkannya puasa Ramadhan pada hari ini juga telah diumumkan oleh Pejabat Berita Hizbut Tahrir pusat yang menyebutkan bahawa "Setelah penyelidikan hilal bulan Syawal di malam ini malam Sabtu, tidak terbukti rukyat hilal syar'i. Kerana itu hari Sabtu esok bertepatan dengan 18 Ogos adalah penyempurnaan untuk bulan Ramadhan al-Mubarak".

Seperti disampaikan oleh Osman Bakhash, Direktur Pejabat Berita Hizbut Tahrir Pusat, pada kesempatan ini, Amir Hizbut Tahrir Al-'Alim 'Atha bin Khalil Abu Rusytah Hafidzullah Ta'ala mengucapkan selamat kepada semua umat Islam yang mulia dengan Aidil Fitri.

"Dia memomohan kepada Allah untuk memberkahi kita mendirikan Khilafah yang akan menerapkan hukum Allah di bumi ini, dan membawa pesan Islam ke seluruh dunia sebagai petunjuk dan cahaya. Negara adil yang akan membebaskan negeri dan memberikan keadilan bagi rakyat, negara jihad yang akan melakukan futuhat terakhir dan menggemakan takbir dalam Aidil Fitri mereka, dan dalam futuhat mereka Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaaha illallah Allahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahil hamd," ujar Osman Bakhash. [abuidris/arrayah.info]

Sumber :
http://www.khilafah.com/index.php/ramadan/ramadan/14503-eid-ul-fitr-is-on-sunday-19th-august
http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2764-di-berbagai-penjuru-dunia-kaum-muslim-hari-ini-menggenapkan-ramadhan-idul-fitri-jatuh-pada-hari-ahad-19082012.html

Rabu, 15 Ogos 2012

Mesyuarat Agung Luar Biasa OIC Membincangkan Agenda Penting Perpaduan Umat

oic
ARRAYAH.INFO, Jeddah, 15 Ogos 2012 - Mesyuarat Agung Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diadakan oleh pemerintah Arab iaitu Raja Abdullah bin Abdul Aziz di kota suci Mekah.

Pemimpin Islam pada hari Selasa telah tiba di Mekah, tempat kelahiran Islam, untuk sidang kemuncak Pertubuhan yang mempunyai 57 keanggotaan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berkemungkinan akan melihat penggantungan keahlian Syria, sesuatu tindakan yang amat ditentang oleh sekutu kuatnya Iran.

OIC mewakili 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia dan bahawa ia akan mengadakan mesyuarat malam Selasa di Mekah, kota suci Islam, khususnya ketika 26 Ramadhan 1433H yang mulia adalah malam apabila Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Isu pemberontakan Presiden Syria Bashar al-Assad amat popular dan pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar akan menambah antara isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Sesi sidang kemuncak OIC:

Raja Abdullah bersama-sama dengan Presiden Iran, Mahmood Ahmadinejad mengalu-alukan tetamu dan wakil-wakil negara-negara yang berbeza.

Raja Arab Saudi dalam ucapannya berkata bahawa Islam memberikan kita mesej kesabaran dan toleransi.

Beliau berkata bahawa dunia Islam boleh boleh dapat menghadapi sebarang cabaran yang mendatang melalui perpaduan mereka.

Presiden OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu, juga ditangani wakil negara-negara yang berbeza dan berkata bahawa perpaduan umat Islam adalah satu-satunya cara bagi umat Islam untuk memimpin dunia.

Sumber : http://www.thenewstribe.com/2012/08/15/oic-summit-starts-in-mecca-syria-tops-the-agenda/

Jumaat, 27 Julai 2012

Umat ​​Islam Perlu Memboikot Sukan Olimpik London 2012

London
ARRAYAH.INFO, London, 27 Julai 2012 - Kepada kebanyakan orang, Sukan Olimpik dilihat sebagai satu perayaan kebudayaan sukan, kepelbagaian dan dunia.

london
Walau bagaimanapun, dari perspektif Islam, Sukan Olimpik dilihat sebagai tradisi pagan purba yang telah diadakan untuk memberi penghormatan kepada tuhan-tuhan Yunani kuno.

Ia juga dianggap kejahatan (kemungkaran) sebab-sebab berikut:
  • Sukan Olimpik bukan daripada Islam, dan Rasulullah SAW berkata, "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, dia adalah salah seorang daripada mereka." 
  • Majoriti peserta sukan tidak berpakaian menutup aurat, semasa acara seperti olahraga, tinju, acara terjun, gimnastik, berenang, berenang serentak, angkat berat dan sebagainya. Islam dengan tegas memerintahkan kita untuk merendahkan pandangan kita dan tidak bercampur dengan lawan jenis, kecuali disebabkan kepada keperluan semasa memerhatikan pengasingan, seperti untuk rawatan perubatan, dalam urus niaga perniagaan dan semasa mempelajari Islam.
pagan
  • Sukan Olimpik menggalakkan nasionalisme, yang jelas dilarang dalam Islam dan merupakan punca perpecahan, penindasan dan pembunuhan. Sebagai contoh, beribu-ribu pelarian mati setiap tahun kerana mereka berpaling, bantuan dinafikan dan rawatan perubatan oleh negara-negara jiran untuk satu sebab sahaja: kewarganegaraan mereka. Ia dilaporkan bahawa Rasulullah SAW berkata, "Tidak seorang daripada kita yang menyeru kepada nasionalisme, pergaduhan untuk nasionalisme dan mati untuk nasionalisme," dan, "Allah telah melaknat orang yang mewujudkan sempadan nasionalisme."
  • Beberapa negara-negara yang mengambil bahagian adalah berperang dengan Islam dan terlibat dalam membunuh umat Islam seperti Britain, Israel, Myanmar, Amerika Syarikat dan sekutu mereka. Ia adalah haram untuk umat Islam bersekutu dengan negara-negara tersebut.
obor
  • Sukan Olimpik juga melibatkan beberapa jenis dilarang hiburan yang lain, seperti menari dan pencampuran bebas sepanjang kejohanan dan terutamanya sewaktu upacara pembukaan dan penutup.
  • Umat Islam wajib, sebagai satu syarat iman, mencintai dan membenci kerana Allah SWT. Menikmati permainan dan mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tanda-tanda bahawa seseorang itu gembira dengan cara hidup orang-orang kafir.
Atas sebab-sebab di atas, Sukan Olimpik pasti perlu diboikot oleh umat Islam. [abuidris/arrayah.info]

Ahad, 22 Julai 2012

Khilafah sebuah Negara Islam Global Adalah Perancangan Utama Umat Islam

khilafah
ARRAYAH.INFO, 22 Julai 2012 - Sesiapa yang pernah mengatakan Khilafah itu adalah sebuah mimpi, maka mereka menuduh Allah, dan menuduh undang-undang Allah.

Ini kerana apabila seseorang berkata impian Khilafah itu suatu perkara yang khayalan, seolah-olah mereka telah mempermainkan Allah kerana bertentangan dengan perintah Nya meminta untuk segera menegakkan Khilafah.

Menubuhkan Khilafah adalah wajib untuk melaksanakan syariat Nya dan boleh dilakukan kerana Allah.

Khilafah pernah berdiri selama 1300 tahun yang lalu, jadi adakah benar ia hanya cuma suatu mimpi?

Khilafah pasti menduduki tempat nombor satu di antara negara di dunia dan memang kedudukan nombor satu negara di dunia serta ia boleh menjejaskan hubungan dunia.

Di mana kejadian yang pernah berlaku telah menjejaskan hubungan Khilafah dengan Negara Kuffar.

khilafah
Sejarah Khilafah Uthmaniah yang lalu, Khalifah tahu bahawa di Perancis pada beberapa perhimpunan mereka telah melakukan tindakan menghina Islam.

Adakah anda tahu bahawa Khalifah umat Islam telah menghantar mereka surat meminta sama ada untuk menghentikan tindakan atau tentera perang jihad fi sabilillah akan dihantar untuk menghentikan tindakan yang bertentangan?

Dan mereka telah berhenti walaupun mereka bukan sebahagian daripada Khilafah (Negara Islam)?

Ini adalah pada masa Khilafah Uthmaniah di mana satu fatwa dari Sheikh al Islam diambil Sultan Abdul Hamid Halim Shah dari pemerintah!

Sistem pemerintahan Khilafah ini di mana Khalifah dikeluarkan disebabkan dengan fatwa yang lebih baik daripada sistem yang sedang berjalan, menumpahkan darah serta kematian dan mencari alasan membunuh pokok-pokok, batu dan haiwan!

Walaupun kita tidak boleh mengambil anjing di kalangan anjing pemerintah zalim. Atau yang lebih baik?

Sistem Khilafah di mana Fatwa membuat Khalifah memberi keputusan atau sistem mereka bahawa walaupun kereta kebal, meriam dan darah tidak akan mengambil raja-raja atau menggongcangkan mereka?


Artikel di atas adalah terjemahan daripada video di bawah, mungkin ada kesilapan, jika salah mohon ditegur eh.


Terjemahan Bahasa Inggeris

Khilafah - The Grand Plan for this ummah

who ever says the khilafah is dream is accusing Allah, and accusing Allah s legislation because when someone says it's dream, it means it's an imaginary thing, as if Allah was messing with us when he asked us to establish the Khilafah.

Establishing the khilafah is obligatory to carry out and its doable because Allah wouldn't commission people to do what they cant handle this first

Secondly, the Khilafah was there for 1300 years, so how is it then merely a dream?!

It's ranked number one State in the world, the number one state in the world! and it affects the relations of the world.

I remember an incident where it affected the relations.

One of the Othman Khalifahs knew that in france at some of their gatherings, women were mixing and doing actions that were not commendable of neither by Islam nor anything besides Islam

Do you know that the Khalifah of the Muslims sent them a letter asking them either to stop these action or an army will be sent to stop it forcefully, and they stopped it even though they were not a part of the Islamic State?

This was at the time of the Othmani State, the Othmani State where one fatwa from sheikh al Islam took down Sultan Abdul Hamid from ruling!

I am asking you, isn't this system where the Khalifah is removed due to a fatwa better than those system who are ruling and shedding blood and finding every excuse to kill trees, rocks and animals!

We even can't take down a dog amongst the dogs tyrant rulers. Which is better then?

The system of Khilafah where a Fatwa makes the Khalifah give up his ruling or those systems that even tanks, cannons and blood won't take the rulers down or shake them?

Rabu, 18 Julai 2012

Kitab : Umat Islam Wajib untuk Memulakan Ramadhan Pada Hari Yang Sama

puasa
ARRAYAH.INFO, 18 Julai 2012 - Sebuah buku bahasa Inggeris membahas tajuk mengapa semua umat Islam diwajibkan untuk memulakan bulan Ramadhan pada hari yang sama tidak kira di mana bulan kelihatan.

Wahai kaum Muslimin! Tidak adanya kesatuan rukyatul hilal (anak bulan kelihatan) hanyalah salah satu dari sekian banyak masalah yang dihadapi oleh kaum Muslimin kerana lenyapnya Khilafah sebuah Negara Islam Global yang mengatur urusan kaum Muslimin dengan hukum Islam, serta menyatukan mereka di bawah panji   ' لا إله إلا الله محمد رسول الله ' .

Kaum Muslimin wajib mengikatkan diri dengan hukum syara', baik dalam mengawali puasa Ramadhan mahupun Hari Raya Aidil Fitri, serta dalam segala aktiviti mereka, sekalipun penguasa mereka tidak menerapkan hukum syara'.

Sebab tidak ada ketaatan kepada makhluk (permerintah sekular) dalam perkara maksiat kepada Allah SWT.

Oleh kerana itu, apabila berita rukyatul hilal (anak bulan kelihatan) untuk bulan Ramadhan telah sampai kepada kalian dari tempat mana pun juga di muka bumi, maka kalian wajib berpuasa.

Begitu pula apabila berita rukyatul hilal untuk bulan Syawal telah sampai kepada kalian dari penjuru mana pun jua di muka bumi ini, maka kalian wajib ber Hari Raya Aidil Fitri. Haram hukumnya berpuasa pada Hari Raya Aidil Fitri.

Sesungguhnya pemecahan mendasar terhadap seluruh masalah kaum Muslimin hari ini berada di tangan kaum Muslimin itu sendiri.

Iaitu mereka wajib berusaha secara bersungguh-sungguh, mengikut jalan kenabian bersama para pengembang dakwah yang ikhlas untuk melanjutkan kembali kehidupan Islam, dengan jalan menegakkan kembali Khilafah sebuah Negara Islam Global , membai'at seorang Khalifah yang akan mempersatukan kembali negeri-negeri umat Islam, dan menerapkan syariat Allah SWT ke atas mereka.

Hanya Khalifah lah yang akan mengangkat segala perselisihan umat Islam serta menyelesaikan ribuan masalah kaum Muslimin di dunia saat ini, sekaligus membawa rahmat bagi seluruh alam dengan jalan dakwah dan jihad. Insya Allah.

Lihat juga analisis pengiraan anak bulan Ramadhan 1433H
moonsighting


Sumber : http://www.khilafah.com/index.php/multimedia/books/10055-book-all-muslims-are-obliged-to-start-ramadhan-on-the-same-day

Download Kitab : 'All Muslims are obliged to start Ramadhan on the same day' di sini.

Jumaat, 15 Jun 2012

Wahai Umat! Sambutlah Seruan Kebangkitan Khilafah sebuah Negara Islam Global !

khilafah
ARRAYAH.INFO, Johor Bahru, 15 Jun 2012 - Bersempena dengan bulan Rejab, bulan di mana runtuhnya Khilafah yang terakhir di Istanbul, Turki pada 3 Mac1924, barisan syabab (pemuda) bergabung dengan Hizbut Tahrir Malaysia mengambil inisiatif untuk mengadakan seruan kebangkitan Khilafah di Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai, Johor Bahru bagi mengingatkan kaum Muslimin akan pentingnya penegakkan semula Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global demi menerapkan hukum Allah secara kaffah (keseluruhan) di muka bumi ini.

Barisan syabab pejuang Khilafah ini telah mengadakan usaha seruan tersebut pada hari Jumaat, 15 Jun 2012 setelah selesai solat Jumaat.

Alhamdulillah, respons yang diterima daripada umat sangat memberangsangkan dan umat semakin ambil peduli tentang kebangkitan semula Khilafah.

Sepanduk bertulis 'Mari bersama Hizbut Tahrir tegakkan Khilafah' mengajak umat Islam di Johor Bahru dan juga umat Islam di lain-lain lokasi bersama-sama bergabung tenaga untuk menegakkan semula Khilafah kerana kebangkitan Khilafah di akhir zaman pasti akan berlaku.

Semoga dengan usaha ini, semakin ramai umat Islam di Malaysia akan menyedari betapa pentingnya penegakan kembali Daulah Khilafah agar hukum Allah dapat ditegakkan secara menyeluruh di dalam kehidupan kita, Amin. [abuidris/arrayah.info]

Laporan Bergambar

khilafah

khilafah

khilafah

Sabtu, 2 Jun 2012

Tuntutan Rakyat Ke Atas Pemimpin Ketika Di Dunia dan Juga Di Akhirat

tuntutan
ARRAYAH.INFO, Mesir, 2 Jun 2012 - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas tuduhan berkaitan pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan ketika kebangkitan umat yang membawa kepada penggulingan awal tahun lalu.

Bekas presiden berusia 84 tahun itu disabitkan kesalahan selepas melalui perbicaraan selama 10 bulan di sebuah mahkamah khas. Hosni merupakan bekas pemimpin pertama dibicarakan sejak Kebangkitan Arab awal tahun lalu. Dia didapati bersalah mengarahkan pihak tentera melepaskan tembakan ke atas para penunjuk perasaan.

Seramai 840 orang maut manakala lebih 6,000 orang cedera ketika kebangkitan rakyat, demikian menurut Amnesty International.

Hakim Ahmed Refaat terpaksa menangguhkan prosiding ekoran jeritan dan pergelutan tercetus dalam mahkamah selepas keputusan dibacakan. Laporan menyebut ada kedengaran laungan "hukuman mati satu-satunya penyelesaian" dan "dia (Hosni) yang membunuh harus mati".

Insiden itu, yang disebabkan rasa tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan, memaksa hakim dan Hosni dibawa keluar dari bilik mahkamah khas yang dibentuk di Akademi Polis Kaherah. Hosni memerintah Mesir selama 30 tahun sebelum digulingkan pada Februari 2011.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/global/hosni-mubarak-dipenjara-seumur-hidup-1.52910


Tuntutan Rakyat Ke Atas Pemimpin Ketika Di Dunia

Penguasa yang zalim lantaran ia banyak penyimpangan dan pelanggaran, fasik, korup, diktator, sesat, kufur, menentang hukum Allah SWT selalu ada sejak pasca masa-masa Khulafa’ur rasyidin hingga sekarang.

Mereka memusuhi ulama dan para pejuang dakwah Islam, bahkan mengejar, mengirim mata-mata (polis cawangan khas), memenjarakan dan membunuhnya, namun ada pula yang justeru ‘dibeli’ untuk kepentingan status quonya. Pada umumnya para ulama dan para pejuang dakwah Islam selalu menjadi penentang utama penguasa yang zalim, bahkan umat secara umum tidak akan sejalan seiring dengan penguasa seperti itu.

Bagaimana Islam menyingkapi penguasa yang zalim? Seharusnya ada tiga tahapan yang boleh dilakukan untuk menyingkapi kemungkarannya.
  1. Pertama, menasihatinya dengan hikmah dan pelajaran yang baik agar ia kembali kepada Syariat Allah SWT.
  2. Kedua, tidak mentaatinya sampai penguasa itu taat kembali kepada Allah dan RasulNya.
  3. Ketiga, melucutkannya dari jawatannya dan digantikan dengan penguasa yang beriman.
Sekiranya tuntutan tahapan pertama dan kedua telah dilakukan dan mendapat tentangan, seorang penguasa yang zalim hendaknya dilucutkan dari kekuasaannya; baik dengan cara ia mengundurkan diri atau diwajibkan untuk dilucutkan. Dengan itu, dia tidak dapat berkuasa.

Tidak mentaati penguasa yang telah keluar dari tuntutan syara’, baik perilakunya, keputusannya, dan undang-undangnya, telah dikemukakan Al-Quran dan As-Sunnah yang suci. Al-Quran dan As-Sunnah tidak pernah memberikan ketaatan mutlak kepada penguasa. Ketaatan mutlak hanya kepada Allah dan RasulNya. Ini telah menjadi kesepakatan ulama sejak dahulu hingga kini, dan tak ada perselisihan di antara mereka. Terdapat banyak peringatan di dalam Al-Quran:-

[59] "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." [Terjemahan Melayu Surah An Nisa']

[151] "Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas." [152] "Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan". [Terjemahan Melayu Surah Asy Syu’ara]

[28] "Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran." [Terjemahan Melayu Surah Al Kahfi]

[2] "Janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)." [Terjemahan Melayu Surah Al Maidah]


Tuntutan Rakyat Ke Atas Pemimpin Ketika Di Hari Akhirat

Terlalu besar tanggungjawab yang bakal dipikul sebagai pemimpin di hari akhirat yang kebanyakannya kerugian dan penyesalan.

Peringatan di dalam Al-Quran:-
[66] Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. [67] Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. [68] "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya[Terjemahan Melayu Surah Al-Ahzaab]

Peringatan di dalam Hadis:-
"Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya." [Hadiis Riwayat Muslim].


Kesimpulan

Wahai umat Islam! Kuasa ada di tangan kamu. Tolaklah pemerintah sekular yang sedang duduk berkuasa dengan angkuhnya di saat ini.

Bergeraklah kamu untuk menegakkan Islam secara keseluruhan dengan mendirikan semula Negara Islam Global iaitu Khilafah.

Kerana dengan penerapan Islam secara keseluruhan oleh Khilafah sahajalah yang akan dapat menyebarkan rahmat Islam itu secara menyeluruh kepada seluruh alam. [abuidris/arrayah.info]

Jumaat, 27 April 2012

Selamatkan Akidah Umat Islam Dengan Penerapan Syariah dan Khilafah

akidah
ARRAYAH.INFO, Kulim, 27 April 2012 - Satu Seminar Terbuka yang bertajuk "Selamatkan Akidah Umat Islam Dengan Penerapan Syariah dan Khilafah" akan diadakan di Kulim, Kedah pada hari Sabtu, 28 April 2012 bermula 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari.

Sedarlah wahai kaum Muslimin, bahawa ancaman terhadap akidah umat Islam iaitu kristianisasi tidaklah sehebat ancaman sekularisasi yang ternyata boleh merosakkan akidah dengan dampak yang lebih besar. Selain sekularisme, ancaman liberalisme dan pluralisme juga sama bahayanya.

Berbeza dengan kristianisasi, ancaman sekularisme, liberalisme dan pluralisme merupakan senjata ampuh puak kuffar Barat dalam menggelincirkan akidah umat Islam tanpa disedari oleh umat Islam itu sendiri.

Justeru, bersihkan dan sucikanlah diri-diri kalian, masyarakat kalian serta para penguasa kalian dari segala bahaya penyesatan akidah sekularisme, liberalisme dan juga pluralisme yang jauh lebih berbahaya dari kristianisasi.

Yakinlah wahai kaum Muslimin bahawa hal ini tidak akan dapat dilakukan kecuali sekiranya kalian kembali kepada akidah dan syariat Islam yang sebenar yang didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Yakinlah bahawa Perlembagaan kufur Lord Reid, undang-undang dan mahkamah syariah yang ada pada hari ini tidak akan dapat menyelamatkan akidah umat Islam, malah semua inilah yang menjadi perosak akidah umat Islam kerana di dalamnya terdapat hukum selain hukum yang diturunkan oleh Allah SWT.

Yakinlah bahawa tidak akan tertegak syariat Islam secara hakiki tanpa dihancurkan sistem kufur yang ada hari ini dari akar umbinya, lalu digantikan dengan sistem Islam (sistem Khilafah) dengan memberikan kekuasaan kepada seorang Khalifah yang beriman dan bertakwa kepada Allah dan Hari Akhir yang akan menerapkan hukum sebagaimana yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla.

Dengan penerapan hukum Allah sahajalah, maka akidah pemimpin dan rakyat akan sentiasa terpelihara, Insya Allah.

Dijemput semua yang berkelapangan untuk menghadiri seminar.
Tajuk : Selamatkan Akidah Umat Islam Dengan Penerapan Syariah dan Khilafah
Tarikh: 28 April 2012
Hari : Sabtu
Masa: 8.30 pagi – 01.30 petang

Tempat: Dewan Teratai
Hotel Seri Malaysia
No 2, Taman Tasik Putra
Kulim, Kedah

Seminar ini dianjurkan oleh Khilafah Center dan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia yang akan mengupas berkenaan Akidah Umat Islam.

Kaum muslimin dijemput hadir.

Poster seminar
seminar

Sumber : http://www.mykhilafah.com/seminar/3351-seminar-terbuka-selamatkan-akidah-umat-islam-dengan-penerapan-syariah-a-khilafah

Rabu, 11 April 2012

Ceramah Umum - Umat Islam Wajib Berpolitik


ceramah
ARRAYAH.INFO, Bangi, 11 April 2012 - Kita semua sedar dan meyakini bahawa Rasulullah SAW bukan sahaja seorang ahli ibadah, seorang ketua rumahtangga, seorang ahli ekonomi, seorang hakim dan sebagainya, malah baginda juga adalah seorang ahli politik yang agung.

Kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri teladan. Apakah maksudnya? Tidak lain dan tidak bukan, kita wajib mengikuti Rasulullah SAW dari segala aspek, termasuklah politik.

Sehubungan dengan ini, kita wajib memahami politik sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW, bukannya politik sebagaimana yang diajar oleh Barat.

Politik Rasulullah SAW adalah politik Islam yang datangnya dari Allah SWT, penuh dengan segala kesucian dan kesempurnaan. Adapun politik yang ada sekarang adalah penuh dengan najis dan kekotoran kerana berasal dari kafir Barat. Sebagai contoh yang mudah, di dalam memelihara rakyatnya, seorang pemimpin diharamkan menipu mereka. Tetapi di dalam politik kotor ciptaan Barat yang diamalkan sekarang penipuan sudah menjadi suatu 'kewajipan' bagi ahli-ahli politik.

'Siyasah' (Politik) bermaksud "memerhati dan mengatur urusan umat baik di dalam negeri mahupun luar negeri". Rasulullah SAW bersabda:-
"Dahulu Bani Israel diuruskan ('tasusu') oleh Nabi-nabi, setiap kali Nabi wafat maka akan diganti dengan Nabi yang lain. Ingatlah sesungguhnya sesudahku tidak akan ada Nabi, tetapi akan ada para khalifah (yang akan menjaga urusan kaum Muslimin) dan jumlahnya banyak" [Hadis Riwayat Muslim].

Perkataan 'tasusu' adalah berasal dari akar kata sasa-yasusu-siasatan yang bermaksud 'memerhati dan menguruskan'. Definisi 'politik' yang tepat adalah sebagaimana yang ditunjukkan oleh hadis ini dan beberapa hadis lain yang senada dengannya.

Di dalam hadis ini juga, Rasulullah telah mengkhabarkan kepada kita bahawa kerja baginda adalah 'mengurus' umat Islam sebagaimana Nabi-nabi yang terdahulu menguruskan umat masing-masing.

Dan setelah baginda, urusan (politik) umat ini akan dijaga oleh Khalifah. Ini sekaligus menunjukkan kepada kita bahawa Sistem Pemerintahan Islam itu adalah Sistem Khilafah, yang akan menjaga umat ini, samada di dalam negeri atau di luar negeri. Tugas Khalifah Islam adalah sebagaimana Rasulullah, iaitu menjaga umat Islam, bukan menjahanamkannya, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian dari pemimpin umat Islam sekarang.

Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa (bangun) di pagi hari sementara perhatiannya adalah selain daripada Allah, maka Allah akan berlepas diri daripada orang itu. Dan barangsiapa (bangun) di pagi hari dan tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk daripada golongan mereka (kaum Muslimin)". [Hadis Riwayat Hakim dan Al-Khatib dari Huzaifah ra].

Hadis ini menunjukkan bahawa mengambil berat tentang urusan (politik) umat Islam adalah satu kefardhuan. Yang dimaksudkan 'yahtamma' ('memerhatikan') adalah memelihara dan mengambil tahu kesemua perkara yang berlaku ke atas kaum Muslimin di mana sekalipun mereka berada dan dari aspek mana sekalipun, samada pemerintahan, ekonomi, undang-undang, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Kita akan mengambil kira apa yang telah dilakukan oleh orang kafir ke atas kaum Muslimin, akan mengambil kira segala kezaliman dan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh pemerintah kaum Muslimin ke atas saudara kita, wajib mengatur segala urusan dengan undang-undang Islam dan menegur mereka yang berhukumkan hukum kafir, wajib merubah Negara Kufur menjadi Negara Islam dan sebagainya. Itulah yang dimaksudkan dengan politik.

Sehubungan dengan ini juga, wajib di kalangan umat Islam untuk ada sekurang-kurangnya sebuah parti politik yang kerjanya adalah berdakwah (menyeru) kepada makruf dan mencegah segala kemungkaran. Allah SWT memerintahkan,
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang menang" [Surah Ali Imran (3): 104].

Di dalam keadaan tidak ada Negara Islam, maka wajib pula ke atas parti tersebut berjuang untuk menegakkan Islam dengan mengikuti jalan (thariqah) yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW semasa di Makkah sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah.

Itulah thariqah yang benar lagi suci yang ditunjukkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Rasulullah SAW tidak pernah ikut serta atau bertolak ansur dengan kerajaan kufur atau bergabung dengan mana-mana kaum kuffar di dalam menegakkan Daulah atau Negara.

Rasulullah SAW tidak pernah mengambil langkah-langkah fizikal atau kekerasan di dalam mendirikan sebuah Negara. Jalan yang baginda tuntuni hanyalah semata-mata berdasarkan perintah Allah dan tidak pernah menggunakan logik aqalnya sendiri, walaupun kemenangan berada di depan mata.

Sirah menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah SAW pernah ditawarkan untuk menjadi raja atau pemimpin Makkah oleh kafir Quraish dengan syarat baginda meninggalkan ajaran Islam, tetapi tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh Rasulullah SAW, walaupun pada logiknya adalah baik untuk berbuat demikian. Yang dicari adalah keredhaan, bukan kemenangan. Kemenangan akan menyusul dengan pertolongan Allah.

Sila ikut Kuliah Umum Terbuka Untuk Penjelasan dan Soal Jawab lanjut

Ceramah Umum
Tajuk : Umat Islam Wajib Berpolitik
Tarikh : 14 April 2012
Masa : 9.00 mlm
Tempat :
Khilafah Centre,
No. 47–1 , Jalan 7/7A,
Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor

Berikut Penjelasan dan Soal Jawab lanjut:-
1. Salah faham mengenai politik & penyelewengannya hari ini.
2. Takrifan/Definasi Politik menurut Al-Hadith.
3. Pembentangan dalil-dalil dari Al-Quran & Al-Hadith mengenai kewajipan umat Islam untuk terlibat dalam politik.
4. Rasulullah saw. & para sahabat ra. sebagai ahli politik agung.
5. Skop politik; individu, jemaah (parti politik) & negara.
6. Ciri-ciri parti politik yang shahih.
7. Sesi soal jawab.

ceramah

Jumaat, 23 Mac 2012

Seruan Kebangkitan Umat Islam di Amerika agar Lebih 10000 yang Dibunuh Terbela


killed
ARRAYAH.INFO, Amerika, 23 Mac 2012 - Ulang tahun pertama permulaan kebangkitan diberkati di Syria telah dihalang kebiadaban rejim diktator pemerintah Syria berikutan peningkatan pembunuhan beramai-ramai setiap hari terhadap umat di Syria.

Dunia yang menonton satu-persatu umat iaitu kira-kira 10,000 orang yang mati syahid, dengan puluhan ribu tercedera, ada yang ditahan dan yang dilaporkan seluruh dunia di bawah keadaan yang sangat mengerikan.

Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu dengan lidahnya, jika tidak mampu dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Dengan hadis di atas yang masih bermain di fikiran, satu seruan kepada masyarakat untuk dilakukan. Umat mesti berkumpul untuk saudara-saudara kita di Syria dengan menyeru ayat-ayat yang berikut:

  • Umat ​​Islam di Amerika Syarikat berdiri bersatu bersama-sama dengan rakyat Syria. Kita tidak akan membiarkan suara mereka hilang tidak didengar. O Syria! Perjuangan anda adalah perjuangan kami.
  • Kami menentang sebarang konflik mazhab antara orang Islam dan bukan Islam di Syria.
  • Kami tidak menyokong campur tangan PBB atau NATO dan Liga Arab atau deklarasi OIC. Ia adalah pertubuhan-pertubuhan ini yang telah memberikan legitimasi rejim Assad selama beberapa dekad. Pertubuhan-pertubuhan ini tidak pernah diselesaikan apa-apa masalah ummah dan tidak syak lagi alat untuk kepentingan penjajah Barat seperti yang telah kita dilihat di Afghanistan dan Iraq.
  • Umat ​​Islam tanpa berbelah bahagi berusaha menyeru pelaksanaan syariah dan mengembalikan pemerintahan Islam untuk menggantikan empat dekad penindasan dan kezaliman di bawah rejim kejam Baath.
  • Kami menyokong, menggalakkan dan menyeru pegawai-pegawai tentera dan ikhlas yang sedar dari tentera Syria untuk menjadi tentera Ansar yang mulia mengabdikan diri kepada Allah SWT dan menubuhkan semula Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global.

Untuk Bashar al-Assad, kita mengingatkan nasib orang yang sezaman dengan beliau dari orang-orang seperti Saddam Hussein, Moammar Gaddafi, Hosni Mubarak, Zein al-Abideen dan Ali Abdallah Saleh. Buku sejarah telah tertutup bagi mereka. Anda masih mempunyai masa jika anda menukar sistem pemerintahan, tetapi masa anda dengan cepat semakin berkurangan. Oleh itu, apabila rakyat di Syria berani untuk menjadi kemenangan anda mungkin tidak mempunyai masa untuk bertaubat lebih seperti Firaun Musa (as).

Kami ikhlas menyeru masyarakat untuk menyertai kami pada hari Sabtu, 24hb Mac 2012 untuk menunjukkan sokongan anda ke atas rakyat Syria.


STAND UP AGAINST OPRESSION
Saturday, March 24th 2012
3:00 PM - 4:00 PM
430 N. Michigan Ave, Chicago, IL
United State of America
Organized by Hizb ut-Tahrir America

TRAILER:


Sumber : http://www.hizb-america.org/activism/local/2417-protest-stand-up-against-oppression-in-syria

Ahad, 18 Mac 2012

Umat di Syria Menolak Demokrasi Sekular, Mahukan Khilafah Pelaksana Syariat Islam Secara Keseluruhan


khilafah
ARRAYAH.INFO, Syria, 18 Mac 2012 - Apakah benar umat di Syria memang mahukan demokrasi? Tapi jawapan sebaliknya yang sangat jelas kita akan dengar langsung dari Allepo (Halab), Syria. "Umat ingin Khilafah sekali lagi!" demikian laungan yang diinginkan oleh umat di Syria pada hari Jumaat, 9 Mac 2012M.

Percaya atau tidak, revolusi di bumi Syam memang mengarah kepada perlaksanaan syariat Islam, bukan demokrasi seperti yang diberitakan media Barat. Ribuan umat Islam di Allepo (Halab) Syria kembali menegaskan apa yang dikehendaki umat di Syria, iaitu Khilafah yang baru.

"Dengarlah wahai dunia apa yang umat inginkan, umat mahukan Khilafah baru," kata Revolusi Pemuda Pembebasan Syria dalam laman webnya (Tahrir.Syria2011).

"Wahai Arab, wahai muslim, takutlah, takutlah kerana umat di Syria. Demi Allah, kekecewaan anda diharamkan, jadi apa yang umat di Syria inginkan," kata pemimpin aksi seruan di hadapan ribuan penduduk dalam aksi Jumaat "Jika mereka meminta pertolongan kepada dalam agama maka kamu wajib memberikan pertolongan ".

Umat pun serentak meneriakkan jawapannya berulang kali dengan jeritan, "Umat ingin Khilafah sekali lagi! Umat ingin Khilafah sekali lagi!".

Aksi seruan ini merupakan aksi seruan lanjutan umat di Syria untuk melawan rejim diktator Assad di saat pasukan Assad membantai kaum Muslim, dari Khalidiyah, Baba Amru Homs, hingga Idlib.

Tentu saja keinginan ini sangat jelas sekali, untuk sekali lagi menegaskan tentang apa yang umat di Syria inginkan. Bukan demokrasi, bukan sekular, melainkan Khilafah yang akan menegakkan syariat Islam secara keseluruhan.

"Wahai Khalid, wahai anak cucu Walid, al-Khilafah yang kita inginkan, dan mengembalikan kemuliaan Islam, jadi apa yang umat di Syria inginkan?," Kata pemimpin aksi seruan disambut gemuruh laungan, "Umat ingin Khilafah baru, Umat ingin Khilafah baru! ".

Demikianlah, umat Islam di bumi Syam tetap berpegang teguh bahkan telah menjadikan persoalan Islam dalam hidup dan matinya, sehingga kemenangan atau syahid yang diraih.

Semoga umat Islam di dunia mendengar apa yang umat di Syria inginkan dan merasa malu atas berdiam dirinya selama ini terhadap perjuangan dan pengorbanan rakyat Syria hingga mereka dibantai rejim Assad.

Beribu-ribu orang telah syahid, sama dengan penghulu syuhada Hamzah. Tak bersenjata, hanya sebatas berkata-kata di depan penguasa yang memaksa, lalu penguasa itu menumpahkan darah. Itulah bumi Syam, sebuah negeri yang dikhabarkan Rasulullah sebagai pusat Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global.

Mereka terus menyeru umat Islam beserta para tentera Islam di seluruh dunia untuk menolong penduduk Syam serta menyelamatkan Syam dari pembunuhan rejim diktator Assad. Insya Allah, Khilafah sebagaimana yang mereka inginkan semakin dekat waktunya.

Ya Allah, ampunilah kami hamba yang lemah ini yang tak mampu berbuat apa-apa untuk menolong saudara hamba di Syria.

Ya Allah, Berikanlah kekuatan, kesabaran, pertolongan dan kemenangan kepada penduduk Syam. Persatukanlah kami segera di bawah Panji Al-Liwa' dan Panji Ar-Rayah, di bawah naungan Khilafah yang sesuai mengikut jalan kenabian, pelindung dan perisai umat. Amin. [tahrir.syria2012/syabab.com/arrayah.info]

Sumber : http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2464-video-ribuan-warga-suriah-di-allepo-halab-teriakkan-yel-yel-qrakyat-ingin-khilafah-sekali-lagiq.html

Lihat video jeritan "Umat ingin Khilafah baru, Umat ingin Khilafah baru! ".

Sabtu, 17 Mac 2012

Seruan Kebangkitan di Lubnan agar Derita Umat Islam di Syria Diselesaikan Segera


syam
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 17 Mac 2012 - Umat Islam itu bagaikan satu tubuh, ketika salah satu bagian tubuh sakit, maka yang lainnya akan merasakkan sakit. Demikianlah, umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Lubnan, tidak mendiamkan derita yang menimpa saudara-saudaranya yang dibantai oleh rejim kejam Bashar al-Assad di Syria.

Aksi seruan untuk kaum Muslim Syria diadakan di Lubnan, mengecam kekejaman Bashar al-Assad yang telah lama membantai kaum Muslim, termasuk pembantaian di Homs, Syria.

Walaupun dalam keadaan sejuk dan hujan lebat para pemuda Hizbut Tahrir di Lubnan bersama-sama umat keluar melakukan seruan kebangkitan di Tripoli, Syam selama lebih daripada satu jam setengah pada hari Jumaat, bertarikh 16 Mac 2012M.

Di Lubnan khususnya, hampir setiap Jumaat, Hizbut Tahrir Lubnan bersama kaum Muslim di Lubnan menggelar aksi seruan untuk mendukung saudara mereka di Syria melawan rejim Bashar al-Assad. Para pengibar panji-panji Rasulullah pun bermunculan di bumi Syam, mulai dari Syria, Lubnan, Jordan hingga ke Masjid Al-Aqsa.

Demikianlah, kaum Muslim di seluruh penjuru dunia tidak akan membiarkan darah syuhada saudara mereka yang melawan kezaliman terus mengalir. Atas tuntutan iman, mereka ikut bersama saudara mereka untuk melawan Bashar al-Assad.

Pergolakan yang terjadi di Timur Tengah hari ini semakin menunjukkan ujian keimanan kaum Muslim, serta mendekatkan pertolongan Allah semakin dekat hingga kemenangan tegaknya Khilafah Islamiyah yang akan menyatukan kaum Muslim sedunia kembali berdiri. Insya Allah, para pengibar panji-panjinya kini bermunculan di bumi Syam. Takbir! [abuidris/arrayah.info]

Lihat gambar-gambar seruan kebangkitan di
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.273155686093893.64157.156126674463462&type=3

Lihat video seruan kebangkitan



Sidang akhbar yang diberikan oleh Ketua Pejabat Penerangan Hizbut Tahrir Lubnan

Teks Penuh dalam Bahasa Arab : http://www.tahrir.info/index.php?option=com_content&view=article&id=423:2012-03-14-12-21-32&catid=2:-&Itemid=6

Lihat video
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular