Rabu, 18 Julai 2012

Kitab : Umat Islam Wajib untuk Memulakan Ramadhan Pada Hari Yang Sama

puasa
ARRAYAH.INFO, 18 Julai 2012 - Sebuah buku bahasa Inggeris membahas tajuk mengapa semua umat Islam diwajibkan untuk memulakan bulan Ramadhan pada hari yang sama tidak kira di mana bulan kelihatan.

Wahai kaum Muslimin! Tidak adanya kesatuan rukyatul hilal (anak bulan kelihatan) hanyalah salah satu dari sekian banyak masalah yang dihadapi oleh kaum Muslimin kerana lenyapnya Khilafah sebuah Negara Islam Global yang mengatur urusan kaum Muslimin dengan hukum Islam, serta menyatukan mereka di bawah panji   ' لا إله إلا الله محمد رسول الله ' .

Kaum Muslimin wajib mengikatkan diri dengan hukum syara', baik dalam mengawali puasa Ramadhan mahupun Hari Raya Aidil Fitri, serta dalam segala aktiviti mereka, sekalipun penguasa mereka tidak menerapkan hukum syara'.

Sebab tidak ada ketaatan kepada makhluk (permerintah sekular) dalam perkara maksiat kepada Allah SWT.

Oleh kerana itu, apabila berita rukyatul hilal (anak bulan kelihatan) untuk bulan Ramadhan telah sampai kepada kalian dari tempat mana pun juga di muka bumi, maka kalian wajib berpuasa.

Begitu pula apabila berita rukyatul hilal untuk bulan Syawal telah sampai kepada kalian dari penjuru mana pun jua di muka bumi ini, maka kalian wajib ber Hari Raya Aidil Fitri. Haram hukumnya berpuasa pada Hari Raya Aidil Fitri.

Sesungguhnya pemecahan mendasar terhadap seluruh masalah kaum Muslimin hari ini berada di tangan kaum Muslimin itu sendiri.

Iaitu mereka wajib berusaha secara bersungguh-sungguh, mengikut jalan kenabian bersama para pengembang dakwah yang ikhlas untuk melanjutkan kembali kehidupan Islam, dengan jalan menegakkan kembali Khilafah sebuah Negara Islam Global , membai'at seorang Khalifah yang akan mempersatukan kembali negeri-negeri umat Islam, dan menerapkan syariat Allah SWT ke atas mereka.

Hanya Khalifah lah yang akan mengangkat segala perselisihan umat Islam serta menyelesaikan ribuan masalah kaum Muslimin di dunia saat ini, sekaligus membawa rahmat bagi seluruh alam dengan jalan dakwah dan jihad. Insya Allah.

Lihat juga analisis pengiraan anak bulan Ramadhan 1433H
moonsighting


Sumber : http://www.khilafah.com/index.php/multimedia/books/10055-book-all-muslims-are-obliged-to-start-ramadhan-on-the-same-day

Download Kitab : 'All Muslims are obliged to start Ramadhan on the same day' di sini.

1 ulasan:

  1. Musuh Islam lega. Tarikh penting pun x leh bsatu.

    BalasPadam

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular