Ahad, 1 April 2012

Hadiah 100 Juta Dolar daripada Amerika atas Ketaatan Menolak Syariah Islam di dalam Perlembagaan Tunisia


dolar
ARRAYAH.INFO, Tunisia, 1 April 2012 - Akhbar Amerika menilai bahawa sokongan Amerika Syarikat terhadap Tunisia adalah hadiah bagi Parti "An-Nahdhah" kerana menolak untuk meletakan syariah Islam dalam Perlembagaan. Sementara Mesir tidak melakukan hal itu, dan harus dijatuhi hukuman.

Akhbar Amerika "The Wall Street Journal" mengatakan bahawa sokongan yang telah diluluskan oleh kerajaan Presiden Barack Obama pada hari Khamis lalu, adalah sokongan kerana Parti An-Nahdhah Tunisia telah menunjukkan ketaatan dan kesetiaan kepada  Amerika Syarikat, dan yang paling penting adalah menghilangkan "kata berasaskan Islam "dari perlembagaan baru bagi negara, dan hubungan baiknya dengan Barat. Sehingga inilah yang menjadikannya layak mendapat ganjaran istimewa. Sebaliknya, langkah seperti ini tidak ditempuh oleh Ikhwanul Muslimin di Mesir, kerana itu ia layak dijatuhi hukuman.

Akhbar itu menuduh kerajaan Presiden Barack Obama lambat dan pengecut dalam menangani revolusi Arab. Namun  Amerika Syarikat menyedari kesalahannya dan cenderung menyokong reformis Barat di Tunisia, dengan mengekspresikan sambutannya melalui perpaduan yang menonjol dan menghulurkan bantuan bagi setiap usaha demokrasi Arab yang baru lahir di Tunisia dan lain-lain. Hal ini menegaskan bahawa  Amerika Syarikat mempunyai kesempatan untuk membantu ahli-ahli politik baru di Tunisia yang taat padanya.

Surat khabar itu mengatakan bahawa penegasan Parti An-Nahdhah menjauhkan perlembagaan baru dari hukum Islam, atau berasaskan pada syarat-syarat syariah Islam, sebagai sumber undang-undang, telah meningkatkan kepuasan Amerika Syarikat, dan menilainya bahawa Tunisia adalah eksperimen satu-satunya yang menyeru optimisme di kawasan Arab, serta menilainya sebagai contoh pluralisme politik di wilayah tersebut, dan Tunisia merupakan negara musim semi Arab yang lebih beruntung dan memenangi peralihan demokrasi secara halus.

Akhbar itu menyatakan bahawa Mesir masih memerlukan pemerintahan yang baik dalam bayang-bayang persaingan tentera, kumpulan Islamis dan liberal atas kekuasaan. Sebagaimana juga Libya dan Syria yang tengah menuju ke jurang perang saudara, dan pada masa yang sama kuasa di Yaman membekukan.

Akhbar itu menilai bahawa seruan Kongres Amerika Syarikat agar menarik sokongan pada negara-negara Arab yang mengalami perubahan politik radikal, adalah seruan yang mudah, namun kurang bijak, sebab kerajaan Amerika Syarikat perlu menyokong rejim yang baru lahir, dan bukan melepaskannya.

Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat Hillary Clinton pada hari Khamis mengumumkan pemberian bantuan dana jangka pendek pada Tunisia sebanyak 100 juta dolar yang akan diperuntukkan untuk membayar hutang Tunisia ke Bank Dunia, pembiayaan program-program keutamaan Tunisia yang dilakukan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan penciptaan lapangan kerja di negeri ini, juga sedang dirundingkan untuk memberikan pinjaman 30 juta dolar, dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam menyokong Tunisia, serta memastikan lebih banyak peluang bagi ekonomi rakyat Tunisia.

Gerakan An-Nahdhah Tunisia benar-benar menolak untuk memasukkan ke dalam perlembagaan baru Tunisia, teks bahawa prinsip-prinsip syariah Islam sebagai sumber undang-undang, dan inilah yang membuat marah gerakan Salafi, yang keluar dalam demonstrasi besar-besaran untuk menuntut penerapan syariah Islam (islammemo . cc, 31/3/2012).

Sumber : http://hizbut-tahrir.or.id/2012/04/02/as-beri-hadiah-100-juta-dolar-untuk-konstitusi-sekuler-tunisia/
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular