ARRAYAH.INFO, Kulim, 27 April 2012 - Satu Seminar Terbuka yang bertajuk "Selamatkan Akidah Umat Islam Dengan Penerapan Syariah dan Khilafah" akan diadakan di Kulim, Kedah pada hari Sabtu, 28 April 2012 bermula 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari.
Sedarlah wahai kaum Muslimin, bahawa ancaman terhadap akidah umat Islam iaitu kristianisasi tidaklah sehebat ancaman sekularisasi yang ternyata boleh merosakkan akidah dengan dampak yang lebih besar. Selain sekularisme, ancaman liberalisme dan pluralisme juga sama bahayanya.
Berbeza dengan kristianisasi, ancaman sekularisme, liberalisme dan pluralisme merupakan senjata ampuh puak kuffar Barat dalam menggelincirkan akidah umat Islam tanpa disedari oleh umat Islam itu sendiri.
Justeru, bersihkan dan sucikanlah diri-diri kalian, masyarakat kalian serta para penguasa kalian dari segala bahaya penyesatan akidah sekularisme, liberalisme dan juga pluralisme yang jauh lebih berbahaya dari kristianisasi.
Yakinlah wahai kaum Muslimin bahawa hal ini tidak akan dapat dilakukan kecuali sekiranya kalian kembali kepada akidah dan syariat Islam yang sebenar yang didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Yakinlah bahawa Perlembagaan kufur Lord Reid, undang-undang dan mahkamah syariah yang ada pada hari ini tidak akan dapat menyelamatkan akidah umat Islam, malah semua inilah yang menjadi perosak akidah umat Islam kerana di dalamnya terdapat hukum selain hukum yang diturunkan oleh Allah SWT.
Yakinlah bahawa tidak akan tertegak syariat Islam secara hakiki tanpa dihancurkan sistem kufur yang ada hari ini dari akar umbinya, lalu digantikan dengan sistem Islam (sistem Khilafah) dengan memberikan kekuasaan kepada seorang Khalifah yang beriman dan bertakwa kepada Allah dan Hari Akhir yang akan menerapkan hukum sebagaimana yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla.
Dengan penerapan hukum Allah sahajalah, maka akidah pemimpin dan rakyat akan sentiasa terpelihara, Insya Allah.
Dijemput semua yang berkelapangan untuk menghadiri seminar.
Tajuk : Selamatkan Akidah Umat Islam Dengan Penerapan Syariah dan Khilafah
Tarikh: 28 April 2012
Hari : Sabtu
Masa: 8.30 pagi – 01.30 petang
Tempat: Dewan Teratai
Hotel Seri Malaysia
No 2, Taman Tasik Putra
Kulim, Kedah
Seminar ini dianjurkan oleh Khilafah Center dan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia yang akan mengupas berkenaan Akidah Umat Islam.
Kaum muslimin dijemput hadir.
Poster seminar
Sumber : http://www.mykhilafah.com/seminar/3351-seminar-terbuka-selamatkan-akidah-umat-islam-dengan-penerapan-syariah-a-khilafah
Jumaat, 27 April 2012
Selamatkan Akidah Umat Islam Dengan Penerapan Syariah dan Khilafah
Lokasi:
Kulim, Kedah, Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan