Ahad, 18 Mac 2012

Umat di Syria Menolak Demokrasi Sekular, Mahukan Khilafah Pelaksana Syariat Islam Secara Keseluruhan


khilafah
ARRAYAH.INFO, Syria, 18 Mac 2012 - Apakah benar umat di Syria memang mahukan demokrasi? Tapi jawapan sebaliknya yang sangat jelas kita akan dengar langsung dari Allepo (Halab), Syria. "Umat ingin Khilafah sekali lagi!" demikian laungan yang diinginkan oleh umat di Syria pada hari Jumaat, 9 Mac 2012M.

Percaya atau tidak, revolusi di bumi Syam memang mengarah kepada perlaksanaan syariat Islam, bukan demokrasi seperti yang diberitakan media Barat. Ribuan umat Islam di Allepo (Halab) Syria kembali menegaskan apa yang dikehendaki umat di Syria, iaitu Khilafah yang baru.

"Dengarlah wahai dunia apa yang umat inginkan, umat mahukan Khilafah baru," kata Revolusi Pemuda Pembebasan Syria dalam laman webnya (Tahrir.Syria2011).

"Wahai Arab, wahai muslim, takutlah, takutlah kerana umat di Syria. Demi Allah, kekecewaan anda diharamkan, jadi apa yang umat di Syria inginkan," kata pemimpin aksi seruan di hadapan ribuan penduduk dalam aksi Jumaat "Jika mereka meminta pertolongan kepada dalam agama maka kamu wajib memberikan pertolongan ".

Umat pun serentak meneriakkan jawapannya berulang kali dengan jeritan, "Umat ingin Khilafah sekali lagi! Umat ingin Khilafah sekali lagi!".

Aksi seruan ini merupakan aksi seruan lanjutan umat di Syria untuk melawan rejim diktator Assad di saat pasukan Assad membantai kaum Muslim, dari Khalidiyah, Baba Amru Homs, hingga Idlib.

Tentu saja keinginan ini sangat jelas sekali, untuk sekali lagi menegaskan tentang apa yang umat di Syria inginkan. Bukan demokrasi, bukan sekular, melainkan Khilafah yang akan menegakkan syariat Islam secara keseluruhan.

"Wahai Khalid, wahai anak cucu Walid, al-Khilafah yang kita inginkan, dan mengembalikan kemuliaan Islam, jadi apa yang umat di Syria inginkan?," Kata pemimpin aksi seruan disambut gemuruh laungan, "Umat ingin Khilafah baru, Umat ingin Khilafah baru! ".

Demikianlah, umat Islam di bumi Syam tetap berpegang teguh bahkan telah menjadikan persoalan Islam dalam hidup dan matinya, sehingga kemenangan atau syahid yang diraih.

Semoga umat Islam di dunia mendengar apa yang umat di Syria inginkan dan merasa malu atas berdiam dirinya selama ini terhadap perjuangan dan pengorbanan rakyat Syria hingga mereka dibantai rejim Assad.

Beribu-ribu orang telah syahid, sama dengan penghulu syuhada Hamzah. Tak bersenjata, hanya sebatas berkata-kata di depan penguasa yang memaksa, lalu penguasa itu menumpahkan darah. Itulah bumi Syam, sebuah negeri yang dikhabarkan Rasulullah sebagai pusat Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global.

Mereka terus menyeru umat Islam beserta para tentera Islam di seluruh dunia untuk menolong penduduk Syam serta menyelamatkan Syam dari pembunuhan rejim diktator Assad. Insya Allah, Khilafah sebagaimana yang mereka inginkan semakin dekat waktunya.

Ya Allah, ampunilah kami hamba yang lemah ini yang tak mampu berbuat apa-apa untuk menolong saudara hamba di Syria.

Ya Allah, Berikanlah kekuatan, kesabaran, pertolongan dan kemenangan kepada penduduk Syam. Persatukanlah kami segera di bawah Panji Al-Liwa' dan Panji Ar-Rayah, di bawah naungan Khilafah yang sesuai mengikut jalan kenabian, pelindung dan perisai umat. Amin. [tahrir.syria2012/syabab.com/arrayah.info]

Sumber : http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2464-video-ribuan-warga-suriah-di-allepo-halab-teriakkan-yel-yel-qrakyat-ingin-khilafah-sekali-lagiq.html

Lihat video jeritan "Umat ingin Khilafah baru, Umat ingin Khilafah baru! ".

1 ulasan:

  1. kami,rakyat Malaysia bragama Islam p0n mhukn KHALIFAH jga!

    BalasPadam

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular