Rabu, 11 April 2012

Ceramah Umum - Umat Islam Wajib Berpolitik


ceramah
ARRAYAH.INFO, Bangi, 11 April 2012 - Kita semua sedar dan meyakini bahawa Rasulullah SAW bukan sahaja seorang ahli ibadah, seorang ketua rumahtangga, seorang ahli ekonomi, seorang hakim dan sebagainya, malah baginda juga adalah seorang ahli politik yang agung.

Kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri teladan. Apakah maksudnya? Tidak lain dan tidak bukan, kita wajib mengikuti Rasulullah SAW dari segala aspek, termasuklah politik.

Sehubungan dengan ini, kita wajib memahami politik sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW, bukannya politik sebagaimana yang diajar oleh Barat.

Politik Rasulullah SAW adalah politik Islam yang datangnya dari Allah SWT, penuh dengan segala kesucian dan kesempurnaan. Adapun politik yang ada sekarang adalah penuh dengan najis dan kekotoran kerana berasal dari kafir Barat. Sebagai contoh yang mudah, di dalam memelihara rakyatnya, seorang pemimpin diharamkan menipu mereka. Tetapi di dalam politik kotor ciptaan Barat yang diamalkan sekarang penipuan sudah menjadi suatu 'kewajipan' bagi ahli-ahli politik.

'Siyasah' (Politik) bermaksud "memerhati dan mengatur urusan umat baik di dalam negeri mahupun luar negeri". Rasulullah SAW bersabda:-
"Dahulu Bani Israel diuruskan ('tasusu') oleh Nabi-nabi, setiap kali Nabi wafat maka akan diganti dengan Nabi yang lain. Ingatlah sesungguhnya sesudahku tidak akan ada Nabi, tetapi akan ada para khalifah (yang akan menjaga urusan kaum Muslimin) dan jumlahnya banyak" [Hadis Riwayat Muslim].

Perkataan 'tasusu' adalah berasal dari akar kata sasa-yasusu-siasatan yang bermaksud 'memerhati dan menguruskan'. Definisi 'politik' yang tepat adalah sebagaimana yang ditunjukkan oleh hadis ini dan beberapa hadis lain yang senada dengannya.

Di dalam hadis ini juga, Rasulullah telah mengkhabarkan kepada kita bahawa kerja baginda adalah 'mengurus' umat Islam sebagaimana Nabi-nabi yang terdahulu menguruskan umat masing-masing.

Dan setelah baginda, urusan (politik) umat ini akan dijaga oleh Khalifah. Ini sekaligus menunjukkan kepada kita bahawa Sistem Pemerintahan Islam itu adalah Sistem Khilafah, yang akan menjaga umat ini, samada di dalam negeri atau di luar negeri. Tugas Khalifah Islam adalah sebagaimana Rasulullah, iaitu menjaga umat Islam, bukan menjahanamkannya, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian dari pemimpin umat Islam sekarang.

Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa (bangun) di pagi hari sementara perhatiannya adalah selain daripada Allah, maka Allah akan berlepas diri daripada orang itu. Dan barangsiapa (bangun) di pagi hari dan tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk daripada golongan mereka (kaum Muslimin)". [Hadis Riwayat Hakim dan Al-Khatib dari Huzaifah ra].

Hadis ini menunjukkan bahawa mengambil berat tentang urusan (politik) umat Islam adalah satu kefardhuan. Yang dimaksudkan 'yahtamma' ('memerhatikan') adalah memelihara dan mengambil tahu kesemua perkara yang berlaku ke atas kaum Muslimin di mana sekalipun mereka berada dan dari aspek mana sekalipun, samada pemerintahan, ekonomi, undang-undang, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Kita akan mengambil kira apa yang telah dilakukan oleh orang kafir ke atas kaum Muslimin, akan mengambil kira segala kezaliman dan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh pemerintah kaum Muslimin ke atas saudara kita, wajib mengatur segala urusan dengan undang-undang Islam dan menegur mereka yang berhukumkan hukum kafir, wajib merubah Negara Kufur menjadi Negara Islam dan sebagainya. Itulah yang dimaksudkan dengan politik.

Sehubungan dengan ini juga, wajib di kalangan umat Islam untuk ada sekurang-kurangnya sebuah parti politik yang kerjanya adalah berdakwah (menyeru) kepada makruf dan mencegah segala kemungkaran. Allah SWT memerintahkan,
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang menang" [Surah Ali Imran (3): 104].

Di dalam keadaan tidak ada Negara Islam, maka wajib pula ke atas parti tersebut berjuang untuk menegakkan Islam dengan mengikuti jalan (thariqah) yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW semasa di Makkah sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah.

Itulah thariqah yang benar lagi suci yang ditunjukkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Rasulullah SAW tidak pernah ikut serta atau bertolak ansur dengan kerajaan kufur atau bergabung dengan mana-mana kaum kuffar di dalam menegakkan Daulah atau Negara.

Rasulullah SAW tidak pernah mengambil langkah-langkah fizikal atau kekerasan di dalam mendirikan sebuah Negara. Jalan yang baginda tuntuni hanyalah semata-mata berdasarkan perintah Allah dan tidak pernah menggunakan logik aqalnya sendiri, walaupun kemenangan berada di depan mata.

Sirah menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah SAW pernah ditawarkan untuk menjadi raja atau pemimpin Makkah oleh kafir Quraish dengan syarat baginda meninggalkan ajaran Islam, tetapi tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh Rasulullah SAW, walaupun pada logiknya adalah baik untuk berbuat demikian. Yang dicari adalah keredhaan, bukan kemenangan. Kemenangan akan menyusul dengan pertolongan Allah.

Sila ikut Kuliah Umum Terbuka Untuk Penjelasan dan Soal Jawab lanjut

Ceramah Umum
Tajuk : Umat Islam Wajib Berpolitik
Tarikh : 14 April 2012
Masa : 9.00 mlm
Tempat :
Khilafah Centre,
No. 47–1 , Jalan 7/7A,
Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor

Berikut Penjelasan dan Soal Jawab lanjut:-
1. Salah faham mengenai politik & penyelewengannya hari ini.
2. Takrifan/Definasi Politik menurut Al-Hadith.
3. Pembentangan dalil-dalil dari Al-Quran & Al-Hadith mengenai kewajipan umat Islam untuk terlibat dalam politik.
4. Rasulullah saw. & para sahabat ra. sebagai ahli politik agung.
5. Skop politik; individu, jemaah (parti politik) & negara.
6. Ciri-ciri parti politik yang shahih.
7. Sesi soal jawab.

ceramah

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Mohon emailkan kpd saya iklan utk program2 spt ini. Sbb prog ini tak diiklankan dlm website mykhilafah. jadi kalau sy dapat alert melalui email, tidaklah sy terlepas. tkasih. cheque_2000 -at- yahoo.com

    BalasPadam
  2. alam semesta berbentuk trompet...

    BalasPadam
  3. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    BalasPadam

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular