Khamis, 12 April 2012

Seminar Terbuka - Pilihanraya 13 : Who stands for Islam?


pilihanraya
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 12 April 2012 - Satu Seminar Terbuka yang bertajuk "Pilihanraya 13: Who stands for Islam?" akan di adakan di Shah Alam, Selangor.

Siapa di antara kita yang tidak mengetahui bahawa pilihan raya difahami sebagai proses pemilihan pimpinan - yang membentuk sebuah pemerintahan, daerah mahupun negara?

Pilihan raya merupakan satu mekanisme kepada meraihan kekuasaan dari rakyat di dalam mana-mana negara yang menjalankan prinsip demokrasi (kebebasan).

Tidak menjadi kesalahan kepada umat Islam untuk menyertai pilihan raya selama mana mereka hanya menghadkan aktiviti kepada melakukan amar makruf nahi mungkar, berdakwah, memeriksa dan mengkritik dasar pemerintah kerana perkara ini adalah sesuai dengan tuntutan syara'.

Namun perlu dipastikan bahawa dia tidak terlibat dengan pengiktirafan undang-undang manusialah yang tertinggi dan tidak terlibat dalam penggubalan undang-undang, ini kerana Allah SWT berfirman
"..Sebenarnya (yang menentukan) hukum hanyalah bagi Allah.."

Adapun aktiviti perundangan itu sebenarnya juga tertakluk kepada tegahan Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud;
"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: 'Ini halal dan ini haram', untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya."

Umat Islam yang berada di Shah Alam disyorkan menghadiri Seminar ini yang akan diadakan pada 15 April 2012 bersamaan 23 Jamadil Awal 1433H, hari Ahad, jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari.

Lokasi tempat Seminar adalah seperti berikut:

Tempat:
Dewan Khilafah,
27A, Tingkat 1,
Jalan Saujana Indah 4,
Seksyen U2,
40150 Shah Alam,
Selangor

Sumber : http://www.mykhilafah.com/seminar/3325-seminar-terbuka-pilihanraya-13-who-stands-for-islam

Poster Seminar
pilihanraya

3 ulasan:

  1. geram rasa.

    please hizbut tahrir. dulu korang kata pilihan raya ni haram. tak tetap pendirian?

    "Tidak menjadi kesalahan kepada umat Islam untuk menyertai pilihan raya selama mana mereka hanya menghadkan aktiviti kepada melakukan amar makruf nahi mungkar, berdakwah, memeriksa dan mengkritik dasar pemerintah kerana perkara ini adalah sesuai dengan tuntutan syara'."

    saya sebagai ahli PAS, serious rasa sakit hati. bukan main orang2 cam kitorang ditibai,dibelasah korang yang dikatakan sebagai mereka yang mengikut syariat Allah.

    geram2

    BalasPadam
  2. zuhair
    pilihan raya haram bila ada calon pilihanraya terlibat dengan pengiktirafan undang-undang manusia yang tertinggi dan meka ni terlibat dalam penggubalan undang-undang sekular, abaikan hukum Allah Yang Maha Berkuasa bersumber Al-Quran dan Sunnah. lihat je kat parlimen tu, takde pun rujuk 2 sumber ni.

    Ini kerana Allah SWT berfirman
    "..Sebenarnya (yang menentukan) hukum hanyalah bagi Allah.."

    saya lagi sakit hati bila hukum-hukum dari Tuhan diabaikan.. Oleh itu, kami cuba ubah dengan ikut jalan kenabian dengan memuhasabah penguasa serta berusaha meraih kekuasaan.

    BalasPadam
  3. minta maaf kalau saya nak cakap, korang hizbut tahrir malaysia lambat dalam memahami isu malaysia.

    memang dari awal lagi PAS da cuba nak mengubah undang2 ni. please la berfikir dengan lebih kedepan.

    lambat!

    ni kalau seminar ni kondem PAS pulak, tak tau nak cakap ape. since korang memang juara dalil-mendalil dan solusi masyarakat. since korang takde flaw

    BalasPadam

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular