Seramai 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota lain pangkat, terlibat dalam perbarisan kehormat di anjung utama Istana Negara.
Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum menerima "Hormat Diraja" daripada barisan kawalan kehormat, yang diikuti dengan lagu "Negaraku."
Serentak dengan lagu "Negaraku' dimainkan, Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda dikibarkan.
Selesai upacara itu, Seri Paduka berdua bersemayam di Bilik Seri Maharaja, sebelum berangkat ke Balairong Seri untuk upacara pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia. - BERNAMA
PERBANDINGAN KEKUASAAN KHALIFAH dengan KEKUASAAN YANG DI PERTUAN AGONG
Khalifah
(Bahasa Arab: خليفة)(Bahasa Inggeris: Caliph) secara harfiyah bermakna "pengganti" atau "wakil" yakni kepimpinan tunggal umat Islam setelah Nabi Muhammad SAW wafat. Mereka digelar sebagai Khalifah Allah (perwakilan Allah) dan Khalifah Rasulullah (pengganti utusan Allah). Gelaran Khalifah ini juga dikenali sebagai Amir al-Mukminin (أمير المؤمنين) yang bermakna "pemimpin orang yang beriman". Sejak tumbangnya pemerintahan Islam iaitu Kekhilafahan Turki Uthmaniyyah, gelaran ini tiada lagi kerana umat telah berpecah-belah kepada batas sempadan negara. Ketokohan kepimpinan khalifah-khalifah terkenal seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Umar Abdul Aziz, Khalifah Harun Al Rashid dan lain-lain.
Syarat Perlantikan Khalifah
Jika sekelompok kaum Muslim di suatu wilayah Islam membaiat atau melantik seseorang, ia sah sebagai Khalifah asal memenuhi syarat berikut:
- Memenuhi syarat in‘iqad seorang Khalifah iaitu muslim, lelaki, baligh, berakal(bukan gila), adil, merdeka (bukan hamba), mempunyai kemampuan memimpin Negara (Daulah Islamiyah).
- Ada wilayah batasan sempadan yang sentiasa berkembang dan rakyatnya yang jelas untuk menerapkan serta melaksanakan syariat Islam secara keseluruhan.
- Keamanan dan kekuasaan di wilayah itu berada di tangan kaum Muslim, bukan diuruskan oleh orang asing.
- Khalifah itu harus langsung menerapkan dan melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh dan sekaligus, tidak ditunda ataupun bertahap-tahap.
di dalam Sistem Syariat Islam ada empat asas perlu diperhatikan
- Kedaulatan di tangan syara’. Hanya syara’ yang berhak menentukan apa yang halal dan haram serta apa yang terpuji atau tercela. Manusia hanya memahami ayat-ayat Allah dan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.
- Kekuasan di tangan umat. Maksudnya umatlah yang memilih Khalifah dengan rela untuk menerapkan Syariat Islam.
- Wajib mengangkat satu Khalifah sahaja di dunia Islam.
- Khalifah yang berhak menentukan ijtihad dan melaksanakan hukum syara’ .
Yang Di Pertuan Agong
Gelaran rasmi ketua negara Malaysia yang digilir setiap lima tahun antara sembilan Raja atau Sultan Negeri-Negeri Melayu. Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat dan mengesahkan perlembagaan. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Syarat Perlantikan Yang Di Pertuan Agong
Digilir setiap lima tahun antara sembilan Raja atau Sultan Negeri-Negeri Melayu.
- Hanya Raja-Raja atau Sultan-Sultan yang boleh memilih
- Hanya Raja-Raja atau Sultan-Sultan yang boleh dipilih
- Raja-Raja atau Sultan-Sultan dipilih dengan giliran
- Apabila Raja atau Sultan berusia muda
- Apabila Raja atau Sultan tidak ingin dipilih
- Apabila Majlis Raja-Raja menyatakan bahawa Raja atau Sultan tidak layak menjadi raja disebabkan oleh gangguan jiwa atau penyakit, yang menyebabkan sang raja tidak optimal dalam memerintah.
Kuasa Yang di Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan
Perlembagaan sekular menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan sekular telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang Di Pertuan Agong.
Antaranya ialah diberi kuasa oleh perlembagaan sekular untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri sendiri, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-Wilayah Persekutuan. Di samping itu, Yang Di Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Di samping itu, Yang Di Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah :
- Melantik seorang Perdana Menteri
- Menangguhkan pembubaran parlimen
- Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.
Khatimah
Adakah amanah yang terpikul di bahu Khalifah ataupun di bahu Yang di Pertuan Agong untuk memastikan kesucian Islam tidak ternoda agar syair Islam terus berkembang dan umat Islam dilindungi daripada musuh kafir dan munafik? Justeru itu, sebagai umat Islam, mereka itu hendaklah memberi taat setia yang tidak berbelah bagi kepada segala perintah Allah SWT yang telah tertulis di dalam Al-Quran untuk segera diterapkan dan dilaksanakan. Sesungguh kekuasaan yang ada pada mereka itu merupakan amanah tanggungjawab yang akan dipersoalkan umat di akhirat kelak.
Amanah untuk mentakbirkan negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil kerana tidak menerapkan syariat Islam secara keseluruhan tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam neraka sebelum hisab (perhitungan amal).
Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ingatlah! Kedudukan kalian sentiasa dibawah pengawasan Allah! Andainya kalian adil, kalian akan mendapat naungan Arasy di Padang Mahsyar nanti. Sebaliknya jika kalian zalim dan menindas rakyat maka kalian adalah golongan pertama akan di masukkan ke dalam neraka tanpa hisab kerana betapa besarnya dosa kalian disisi Allah SWT. (abuidris/arrayah.info)
berat tu tanggungjawab jadi pemimpin. sedar le diri sikit
BalasPadamklu ada kuasa nape tak dapat laksana syariat Islam secara keseluruhan? tunduk pada perlembagaan sekular ke?
BalasPadam